You are on page 1of 22

MPU21032:

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN


TOPIK 7:
PERLEMBAGAAN SEBAGAI TIANG SERI PERPADUAN DI
MALAYSIA

NAMA PENSYARAH: PN. NURUL AIN BINTI OTHMAN

VIJAYAVISHNU A/L G. JAYASANGAR 15DKA21F1069


NURUL FAZREEN ADILA BINTI ZAINAL 15DKA21F1063
NUR INTAN SYAFFINAZ BINTI MANSOR 15DKA21F1066
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT


1 KATA ALU-ALUAN 1

2 OBJEKTIF 2

3 PENGENALAN 3

4 LATAR BELAKANG 4-13

5 KONTAK SOSIAL ANTARA KAUM 14-18

6 KESIMPULAN 19

7 SUMBER RUJUKAN 20
KATA ALU-ALUAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera bersyukur


ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmatnya
dapat kami menyelesaikan tugasan kerja kursus
ini dengan jayanya . kami menjulang sepenuh
penghargaan kepada puan nurul ain binti
Othman pensyarah mata pelajaran penghayatan
etika dan peradaban ( MPU 21032) , di atas
kesudian beliau memberi tugasan ini kepada
kami . beliau juga banyak membantu kami
sepanjang proses pembentukan tugasan ini
berlangsung. selain itu , tidak lupa juga kepada
rakan-rakan yang memberi sokongan dan
dorongan dari segi fizikal dan mental sepanjang
penghasilan tugasan ini . akhir kata , kami juga
mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-
rakan yang banyak membantu kami mengucapkan
tugasan ini . sikap kerjasama yang ditunjukkan
oleh rakan-rakan ternyata membuahkan hasil
dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan yang
diberikan ini . tanpa bantuan daripada semua
pihak tidak mungkin kami dapat menyiapkan
kerja kursus ini dengan sempurna.
Objektif

1. Memahami maksud keluhuran dan peruntukan-


peruntukan utama yang terkandung dalam
perlembagaan persekutuan.
2. Menghuraikan perlembagaan sebagai asas etika dan
peradaban di Malaysia.
3. Menganalisis isu semasa perlembagaan.
4. Memahami sistem pemerintahan negara, demokrasi
berparlimen, raja berperlembagaan, pengasingan
kuasa dan pilihan raya.
PENGENALAN

Perlembagaan merupakan undang-undang yang mengandungi


peraturan dan prinsip yang bertindak sebagai dasar kepada
pembentukan kerajaan dan menjadi panduan kepada kerajaan
untuk melaksanakan kuasa dalam pentadbiran negara.
Kebanyakkan negara di dunia ini mempunyai perlembagaan
dalam bentuk bertulis termasuk Malaysia, iaitu prinsip-prinsip
perlembagaan yang dikumpul dan dikanunkan dalam satu
dokumen. Namun terdapat juga perlembagaan dalam bentuk
tidak tertulis, iaitu sejenis perlembagaan yang tidak dikanunkan
di dalam satu dokumen. Di dalam bab ini dijelaskan tentang
sejarah penggubalan Perlembagaa Malaysia, konsep keluhuran
perlembagaan, peruntukan utama dalam perlembagaan,
kontrak sosial dan sistem pemerintahan negara. Perlembagaan
negara ini dipengaruhi oleh perjuangan nasianolisme melayu
dan bumiputera serta penglibatan etnik-etnik lain yang
berunding sesama mereka dan dengan sultan negeri-negeri dan
british. Perlembagaan Malaysia memperuntukkan kedudukan
anak watan dalam kalangan melayu dan bumiputera, Orang
asli dan juga etnik-etnik lain. Selain itu , perlembagaannya
bersifat mengurus etnonasionalisme anak watan dan keperluan
masyarakat etnik yang sivil. Pengalaman pemerintahan
persekutuan di Negeri Sembilan dijadikan asas untuk membina
negara moden Malaysia. Kepentingan setiap rakyat, negeri dan
kumpulan minority diambil kira dan dilindungi oleh
Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang setiap negeri.
LATAR BELAKANG

DEFINISI DAN KONSEP PERLEMBAGAAN

Definisi dan konsep perlembagaan Malaysia dikenali sebagai


Perlembagaan Persekutuan. Pada 31 ogos 1957, Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu diperkenalkan buat kali pertama.
Kemudian, diperkenalkan pula sebagai perlembagaan Perlembagaan
Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Perlembagaan ialah
dokumen yang mengandungi semua undang-undang tertinggi yang
mustahak bagi penubuhan dan kewujudan sebuah negara dan sistem
politiknya. Perlembagaan menjadi sumber kepada undang-undang
dalam negara berkenaan. Semua undang-undang lain tidak boleh
bertentangan dengan undang-undang dan prinsip perlembagaan dan
jika bertentangan, maka undang-undang perlembagaan yang lebih
unggul diterima pakai sebagai undang-undang yang lebih utama. Secara
ringkasnya, perlembagaan persekutuan menyentuh bidang kuasa
eksekutif, legislative,kehakiman, kedudukan islam, kewarganegaraan,
bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang melayu, bumiputera
Sabah dan Sarawak dan lain-lain.
Selain itu, perlembagaan juga ialah sebuah dokumen yang
mengandungi peruntukan-peruntukan asas tertentu yang secara
tersendiri mencerminkan pertimbangan suasana muhibah,
penerimanya yang murni dan kesefahaman antara rakyatnya.
Perlembagaan bukan sekadar satu dokumen undang-undang tetapi
ialah dokumen yang tidak terpisah daripada sejarah, perkembangan
tradisi sesuatu negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai etnik.
Beberapa kesimpulan tentang makna perlembagaan iaitu :
i. Undang-undang dasar yang menjadi teras panduan
pemerintahan negara.
ii. Kerangka asas yang membentuk dan memandu system
pemerintahan sesebuah negara.
iii. Undang-undang tertinggi dan asas kepada semua undan-
undang lain di dalam negara
iv. Rujukan tentang aspirasi dan pelan induk pemerintahan
negara.
v. Mengawal pemerintahan dan yang diperintah dalam
mempertahankan kewujudan dan kesinambungan negara.

Tujuan Perlembagaan
• Sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara dan setiap individu perlu
mematuhi keluhurannya.
• Panduan mengatur dan menyelaras pemerintahan sesebuah negara.
• Panduan bagi pembentukan undang-undang sama ada di pihak kerajaan
atau rakyat atau sesiapa sahaja
• Memelihara keamanan dan kestabilan politik.
• Memperuntukkan hak-hak tertentu kepada setiap warganegara dalam
konteks perhubungan kaum.
• menjamin kestabilan politik dan keamanan sesebuah negara

Konsep Ketertinggian Perlembagaan


 perlembagaan merupakan satu dokumen undang- undang tertinggi yang
menjadi rujukan pemerintahan negara.
 Ia juga adalah sumber segala perundangan atau sumber rujukan perundangan
tertinggi negara
 Ketiga-tiga badan kerajaan iaitu perundangan, kehakiman dan eksekutif
mahupun Yang Di Pertuan Agong adalah tertakluk kepada Perlembagaan
 Perkara 4(1) bahawa perlembagaan Malaysia adalah undang-undang utama
persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan yang berlawanan
dengan perlembagaan adalah setakat mana yang berlawanan itu akan terbatal.

Ketertinggian Perlembagaan
 Mahkamah berkuasa membatalkan mana-mana undang-undang yang digubal
oleh mana-mana statut apabila didapati bertentangan dengan perlembagaan.
Oleh itu semua rang undang-undang adalah tertakluk kepada perlembagaan
 Parlimen atau badan perundangan, kehakiman dan eksekutif mendapat kuasa
masing-masing daripada perlembagaan dan tertakluk kepada sekatan-sekatan
yang dikenakan oleh perlembagaan.
 YDPA sebagai ketua negara juga menjalankan kuasa mengikut perlembagaan.
YDPA diberi kuasa memerintah Persekutuan tetapi sebagai raja berperlembagaan,
baginda dikehendaki mengikut nasihat jemaah menteri atau menteri yang diberi
kuasa oleh Jemaah Menteri.
 Kebebasan asasi (perkara 5-13) merupakan elemen penting dalam sesebuah
negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen.

Sumber pembentukan perlembagaan


 Sumber-sumber Perlembagaan Malaysia Terdiri daripada:
 1.Perlembagaan Bertulis- Hukum Kanun Melaka, Undang-Undang Laut Melaka,
Batu Bersurat Terengganu membuktikan telah wujud sistem perlembagaan di
Tanah Melayu diikuti Perlembagaan Johor dan Perlembagaan Terengganu yang
memperuntukkan seorang Menteri mestilah Melayu, rakyat sultan dan beragama
Islam.
 2.Perlembagaan Tidak Bertulis—merangkumi semua prinsipperlembagaan yang
tidak terkumoul dalam satu surat ataudokumen seperti- Akta Parlimen,
Keputusan-keputusan hakim dan adat.

Bentuk Perlembagaan
Perlembagaan Malaysia merupakan perlembagaan bertulis kerana:
 1. kukuh dan sukar dipinda
 2. Parlimen boleh membuat undang-undang yang terkandung dalam
perlembagaan namun dilarang membuat undang-undang yang bertentangan
dengan kebebasan asasi.
 3. Kuasa mentafsir perlembagaan hanya diberikan kapada mahkamah bagi
melindungi perlembagaan tersebut.

Sejarah penggubalan perlembagaan


 Dikuatkuasa pada 31 Ogos 1957.
 Dibentuk berasaskan dokumen Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
 Telah digubal oleh Suruhanjaya Reid yang diketuai oleh Lord Reid, Sir Ivor
Jenning, Sir William Mckell, B. Malik dan Hakim A. Hamid
 Mengandungi 15 Bab, 183 Perkara dan 13 Jadual
 Menyentuh bidang kuasa perundangan, kehakiman dan eksekutif
 Menyentuh juga aspek bahasa, agama, kewarganegaraan, hak istimewa dan
sebagainya.
Ciri-ciri Perlembagaan Persekutuan Malaysia
• Persekutuan (Federalisme)
• Raja Berperlembagaan
• Demokrasi Berparlimen
• Islam agama rasmi
• Bahasa Melayu

Kedudukan istimewa Melayu/Bumiputera


• Ketertinggian Perlembagaan
• Pengasingan 3 Badan Tertinggi
• Hak-Hak Asasi Rakyat
• Kebebasan undang-undang

MALAYAN UNION
• sebab sebab diperkenalkan
• pembatalan malayan union

MALAYAN UNION 10 OKT 1945

Sebab-sebab Malayan Union diperkenalkan


1. Menyatukan negeri-negeri dan meningkatkan kecekapan pengurusan
pentadbiran. Negeri-negeri seperti Negeri-Negeri Melayu Bersekutu,Negeri-
Negeri Selat dan Negeri-Negeri MelayuTidak Bersekutu.
2. .British menyimpan perasaan anti-Melayu kerana orang Melayu
bekerjasama dengan Jepun dan pengenalan Malayan Union dapat
melemahkan kuasa Raja-Raja Melayu.
3. Menjadi asas kepada British untuk masyarakat tempatan bagi memerintah
negara sendiri.
MALAYAN UNION

Tentangan Orang Melayu


1. Kuasa Raja-Raja Melayu dilenyapkan.
2. Singapura dipisahkan dari Malayan Union dan ia kekal sebagai tanah
jajahan Inggeris.
3. Hak kerakyatan diberikan berdasarkan prinsip jus soli iaitu penduduk asing
yang telah bermastautin lebih sepuluh tahun dan lahir selepas Malayan
Union, secara terus menjadi warganegara.
4. Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa
menyebabkan penduduk peribumi tidak memiliki apa-apa keistimewaan.

MALAYAN UNION

Tentangan Orang Melayu

4. Cara Harold Mac Michael mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu yang


menggunakan cara paksaan dan ugutan seperti Sultan Kedah telah diberi kata dua
iaitu menandatangani persetujuan Malayan Union atau dilucutkan dari tahta
pemerintahan.
Intipati dan Syarat Utama Malayan Union

• Semua negeri-negeri Melayu kecuali Singapura disatukan di bawah


pemerintahan gabenor British yang dibantu Majlis Mesyuarat Persekutuan
dan Majlis Undangan
• Singapura dikeluarkan dari Persekutuan dan dijadikan Tanah jajahan
Mahkota
• Kedaulatan Raja-raja Melayu dihapuskan-hanya boleh bersuara dalam hal
agama islam
• Hak kerakyatan yang sama tanpa mengira bangsa dan keturunan-memberi
hak kewarganegaraan secara automatik sekiranya berusia 18 tahun ke atas
dan telah menetap selama 10 tahun
• Warganegara diberi kepada sesiapa yang lahir selepas pengenalan Malayan
Union.

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948

• British telah membatalkan perlaksanaan Malayan Union setelah mendapat


tentangan hebat daripada orang Melayu.
• British menubuhkan Jawatankuasa Kerja pada Julai 1946 yang terdiri
daripada empat wakil raja-raja Melayu, dua wakil UMNO dan enam
pegawai British – yang bertanggungjawab merangka sebuah perlembagaan
baru yang boleh diterima oleh orang Melayu.
• British menubuhkan Jawatankuasa Perundingan pada Disember 1947 yang
terdiri daripada orang Eropah, Cina dan India dengan tujuan untuk
mendapatkan pandangan orang bukan Melayu mengenai perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu.

Kandungan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

• Persekutuan Tanah Melayu merangkumi 9 buah negeri termasuk Pulau


Pinang dan Melaka. Singapura menjadi tanah jajahan mahkota berasingan.
• Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu diketuai Pesuruhjaya Tinggi British
yang dilantik oleh kerajaan British dan dibantu Majlis Undangan
Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Persekutuan.

Majlis Mesyuarat Persekutuan dianggotai oleh:

a. Pesuruhjaya Tinggi
b. Tiga orang Examination-Officio
c. Sembilan orang presiden dari Majlis-Majlis Negeri dan dua orang wakil dari
Majlis Tempatan Pulau Pinang dan Melaka
d. Sebelas orang anggota rasmi dan lima puluh anggota tidak rasmi.
e. Sultan diberi semula hak-hak dan kuasa ke atas negeri masing-masing dan
mempunyai kuasa memerintah tetapi dengan nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri dan Majlis Undangan Negeri.
f. kerajaan negeri diberi hak ke atas perkara kesihatan, pendidikan, tanah dan
pertanian.
g. Syarat kewarganegaraan diketatkan iaitu seseorang pemohon mestilah lahir di
Tanah Melayu dan telah bermastautin selama 15 tahun dari 20 tahun. Umur
minimum bagi ke dua-dua kes adalah 18 tahun dan mempunyai pengetahuan
Bahasa Melayu yang baik.
h. Orang Melayu diberi hak-hak istimewa sebagai kaum bumiputera dan orang
Melayu mempunyai perwakilan terbesar dalam Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri.

Kearah kemerdekaan TM

• Kerjasama antara etnik ke arah kemerdekaan.


• Penubuhan Jawatankuasa Perhubungan Masyarakat 1949 (CLC) yang terdiri
daripada pelbagai etnik telah berusaha menyelesaikan sesetengah masalah
perlembagaan, politik dan ekonomi.
• Jawatankuasa ini ditubuhkan bagi membincangkan berbagai isu seperti
kewarganegaraan dan kedudukan istimewa orang Melayu serta dasar
pendidikan.
• Tokoh-tokoh yang menganggotai jawatankuasa ini: Dato’ Onn Jaafar, Dato’
Abdul Wahab Abdul Aziz, Tan Cheng Lock, C.C. Tan, E.E.C Thuraisingham.

Langkah Ke arah Kemerdekaan

Perjanjian London
Ketetapan yang dipersetujui:
• Pembentukan sebuah persekutuan dengan kerajaan pusat yang kuat.
• Pemeliharaan kedudukan, keistimewaan, kehormatan dan hak Raja-raja
Melayu.
• Pengwujudan jawatan ketua negara yang bergelar Yang di Pertuan Agong.
• Pemeliharaan hak-hak istimewa orang Melayu serta hak-hak yang sah milik
kaum-kaum lain.
• Pembentukan sebuah sistem kewarganegaraan yang seragam untuk
seluruh Persekutuan Tanah Melayu.

Ke arah kemerdekaan TM

Suruhanjaya Reid

• Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu digubal oleh


Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan pada 1956.
• Keahlian: Lord Reid (British), Sir Ivor Jennings (British), Sir William
Mckell (Australia), B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid
(Pakistan).

Kearah kemerdekaan TM
• Suruhanjaya meminta cadangan dan pandangan daripada parti-parti politik,
orang ramai, individu-individu dan Raja-raja Melayu.
• Ini menjelaskan Perlembagaan merupakan kontrak sosial dan perjanjian
perdamaian.
• Melalui permuafakatan sosial ini, orang bukan Melayu diberikan hak
kewarganegaraan yang longgar berasaskan prinsip jus soli. Kedudukan
orang Melayu dikekalkan dalam Perlembagaan dan begitu juga tentang
kedudukan agama Islam,Bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang
Melayu serta kedudukan Raja-raja Melayu.
• Melalui kontrak sosial ini, orang bukan Melayu telah diberikan hak
kewarganegaraan yang longgar berasaskan prinsip jus soli.
• Manakala orang Melayu diperuntukkan dalam perlembagaan mengenai
agama Islam, Bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu serta
kedudukan Raja-raja Melayu.
Unsur-unsur Tradisi

• Merujuk kepada sistem yang wujud sebelum kedatangan zaman moden


iaitu sebuah sistem yang kesahannya bergantung kepada agama dan nilai-
nilai asal lainnya
Kontrak sosial meliputi:
 bahasa,
 agama,
 kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera (Sabah dan Sarawak)
 pemerintahan beraja

Unsur-unsur tradisi ini perlu kerana

◦ Telah wujud ratusan tahun sebelum perlembagaan diwujudkan pada tahun


1957.
◦ Berperanan menstabilkan sistem politik negara dan laporan yang dibuat oleh
Suruhanjaya Reid
menekankan betapa pentingnya perlembagaan mengambil kira faktor-faktor
sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum tahun 1957
◦ Dilindungi di bawah Akta Hasutan dan dianggap sebagai isu-isu sensitif yang
dilarang daripada
dijadikan isu perbincangan awam.
• Ia juga merupakan satu pra-syarat dan permuafakatan yang telah
dipersetujui dan diterima oleh orang Melayu dan bukan Melayu. Ini
bermakna:
 Orang Melayu diberikan hak istimewa,
 Islam menjadi agama persekutuan dan
 Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan sebagai pra-syarat
penerimaan hak kewarganegaraan oleh etnik bukan Melayu.

• Pra-syarat ini menunjukkan bahawa pemimpin terdahulu telah menerima


satu formula bagi menyelesaikan masalah yang wujud tanpa melibatkan
konflik antara etnik di Tanah Melayu pada ketika itu.

Unsur-Unsur Tradisi: Kesultanan

 Telah wujud dalam sistem sosial dan raja berkuasa mutlak


 Selepas merdeka, berkonsepkan Raja Berperlembagaan – bertindak atas nasihat
Kabinet
 Dilindungi di bawah Perkara 38(4)
 Yang di Pertuan Agong berperanan seperti:

◦ Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan


◦ Mengampun dan menangguhkan sabitan kesalahan di mahkamah tentera
◦ Berkuasa membuat perlantikan menurut perlembagaan
◦ Lambang perpaduan
◦ Pemelihara kepentingan dan harapan setiap etnik
◦ Ketua agama bagi negeri tidak beraja
◦ Lambang keadilan
◦ Institusi perlembagaan bersifat Melayu dan Islam
Unsur-Unsur Tradisi: Agama Islam

 Perkara 160 memberi definisi Melayu sebagai seorang beragama Islam, lazim
bercakap bahasa
Melayu dan menurut adat istiadat Melayu. Dalam hal ini, Melayu dan Islam
adalah unsur yang saling
berkaitan dan tidak boleh dipisahkan untuk tujuan undang-undang dan
Perlembagaan.

 Yang di-Pertuan Agong dilantik daripada kalangan raja-raja di negeri-negeri


Melayu dan di dalam
setiap perlembagaan negeri mensyaratkan seoran raja mestilah berbangsa
Melayu, beragama Islam dan
keturunan diraja.

Agama Islam

• Walaupun dalam keadaan darurat, kedudukan agama Islam tidak boleh dipinda
dan ini kekal terjamin
(Perkara 150 (6a)).

• Adalah sah bagi kerajaan, sama ada kerajaan pusat atau negeri
memperuntukkan sejumlah wang bagi
pembangunan Islam di Malaysia (Perkara 2 (2).
• Peruntukan Islam ini terjamin dalam keadaan mana sekalipun kerana untuk
memindanya, ia perlu kepada sokongan majoriti lebih dua pertiga parlimen dan
perkenan Yang di-Pertuan Agong (Perkara 159 (5).

Bahasa Melayu

 Perkara 152 iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tanpa
menafikan
hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka.

 Namun, perkara ini juga melindungi bahasa- bahasa lain dan seterusnya
memperuntukkan
bahawa tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan
(selain daripada maksud rasmi) atau mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain.
 Begitu juga kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan pembelajaran
bahasa lain
dalam persekutuan.
 Dilindungi di bawah Perkara 150 (6A) dalam keadaan darurat
 Perkara 10(4) perkara sensitif
 Perkara 160(B), teks dalam bahasa kebangsaan mengatasi teks dalam bahasa
Inggeris
Unsur-Unsur Tradisi:
Kedudukan Istimewa orang Melayu

 Peruntukan istimewa orang Melayu disentuh dalam Perkara 153, Perkara 89


dan 90, Perkara 8(5)(f) dan Jadual Ketigabelas - persempadanan kawasan
pilihanraya
 orang Melayu ditakrifkan dalam Perkara 160(2) sebagai seseorang yang
menganuti agama Islam, lazimnya bercakap dalam Bahasa Melayu, menurut adat
istiadat Melayu, dan:
 Lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau di Singapura atau ibu atau
bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura atau pada hari Merdeka itu
ia adalah berdomisil di Persekutuan atau di Singapura

Perkara 18 Sarawak dan Perkara 20 Sabah

• Perjanjian Malaysia yang dibuat pada tahun 1963, merupakan satu persetujuan
yang telah disepakati antara pemimpin Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak yang
dikenali sebagai Perkara 20 bagi Sabah dan
Perkara 18 bagi Sarawak.
• Antara tuntutan adalah tentang imigresen, bahasa, kewangan dan hak istimewa
bumiputera Sabah dan Sarawak seperti yang terkandung dalam Senarai II dan
Senarai III.
• Kedudukan Sabah dan Sarawak dalam perlembagaan dilindungi oleh kuasa Yang
di-Pertua Negeri berkenaan dan pindaan hanya boleh dibuat sekiranya kedua-
duanya memberikan persetujuan.
• Parlimen tidak boleh meminda kedudukan istimewa bumiputera Sabah dan
Sarawak iaitu menyamai peranan dan kuasa Majlis Raja-Raja berhubung dengan
kedudukan orang Melayu di Semenanjung.
Kesimpulan

 Kita perlu mengambil iktibar dari pengorbanan yang


telah ditunjukkan oleh generasi terdahulu dalam
menghayati erti sedia berkorban, toleransi dan rela
berkongsi kuasa.
 Permuafakatan sosial atau social contract ini perlu
diterima oleh semua rakyat Malaysia tanpa perlu
mempersoalkannya lagi.
 Melalui pembudayaan sikap ini, secara langsung ia
dapat menghindarkan negara Malaysia daripada berada
dalam keadaan tidak stabil yang boleh merosakkan
perpaduan yang sudah sedia terjalin.
SUMBER RUJUKAN

1 Pusat Maklumat Rakyat, http://pmr.penerangan.gov.my.

2 Abdul Manaf Haji Ahmad. 2009. Kontrak Sosial, Kuala


Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

3 Shamsul Asri Baharuddin. 2012. Modul Hubungan Etnik


(Edisi Kedua), Institut Kajian Etnik, Kuala Lumpur: Universiti
Kebangsaan Malaysia.

4 Abdul Halim Ramli. ND. Perdebatan Antara Kaum Mengenai


Isu Kerakytan Sebelum Merdeka,Jurnal Sejarah. 57.

You might also like