You are on page 1of 9

KAJIAN KES SEJARAH

NAMA: NUR ADRIANA BT SHARIFUDDIN


KELAS:5 KHAWARIZMI
SEKOLAH:SEKOLAH RAJA PEREMPUAN TAAYAH

TAJUK:12 PENGUKUHAN KEDAULATAN NEGARA


STANDARD KANDUNGAN :12.1 Konsep Kedaulatan
PENGHARGAAN

Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga
yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada guru tercinta saya, Pn Noor
Salasiah bt Razli kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya
menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi
saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini.Mereka telah memberikan saya segala
kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya Berjaya menghabiskan tugasan
ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan
terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap
pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka.

Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau
sebaliknya dalam pembuatan kerja kursus ini.Terima kasih.

JADUAL KERJA

BIL TARIKH PERKARA CATATAN

1 5/10/2021 TAKLIMAT KAJIAN KES BERSAMA GURU GOOGLE MEET


SEJARAH

2 7/10/2021 PEMBINAAN PERNYATAAN MASALAH RUMAH

3 11/10/2021 PEMBINAAN OBJEKTIF DAN KAEDAH RUMAH

4 14/10/2021 PENULISAN LAPORAN RUMAH

5 18/10/2021 PEMBINAAN RUMUSAN RUMAH

6 2/11/2021 PENYERAHAN KAJIAN KES SEKOLAH


TAJUK: KEDAULATAN

STANDARD KANDUNGAN :12.1 Konsep Kedaulatan

STANDARD PEMBELAJARAN: 12 Pengukuhan Kedaulatan Negara

PERNYATAAN MASALAH:

1) Takrifkan kedaulatan mengikut Bahasa dan pendapat beberapa tokoh

2)Jelaskan jenis jenis kedaulatan

3)Huraikan ciri ciri negara berdaulat

4) Sejauhmanakah kepentingan mewujudkan negara yang berdaulat

OBJEKTIF KAJIAN

1)Dapat mengetahui konsep kedaulatan negara iaitu kedaulatan merujuk kepada kekuasaan
tertinggi yang dimiliki oleh sesebuah negara.secara umumnya kedaulatan merupakan kuasa tertinggi
yang dimiliki oleh sesebuah institusi dalam masyarakat,politik untuk membuat keputusan tentang
hal hal yang berhubung dengan pentadbiran dan politik

2)Dapat memahami jenis jenis kedaulatan.Negara yang mengamalkan kedaulatan berdasarkan jenis
jenis kedaulatan yang ada kedaulatan berbeza mengikut bentuk pemerintahan yang diamalkan oleh
sesebuah negara.setiap negara mempunyai hak untuk menentukan bentuk dan jenis kedaulatan
yang diamalkannya

3)dapat menyatakan ciri ciri kedaulatan .setiap negara yang bebas dan merdeka mempunyai ciri
tertentu bagi menentukan kedaulatannya.negara kita turut mempunyai ciri yang menjadi
indentitinya

KAEDAH KAJIAN

Buku teks

Ms 2-15

Melayari internet

https://pubhtml5.com/gicg/fccf/basic

buku ilmiah

SEJARAH PEMBINAAN NEGARA BANGSA


LAPORAN

PENGENALAN

Kedaulatan ialah kuasa tertinggi dalam suatu wilayah. Kedaulatan memerlukan hierarki di dalam
negara, serta autonomi luaran untuk negara. Di mana-mana negara, kedaulatan diberikan kepada
individu, badan, atau institusi yang memiliki autoriti tertinggi atas orang lain untuk menetapkan
undang-undang atau mengubah undang-undang yang ada. Dalam teori politik, kedaulatan adalah
istilah substantif yang menetapkan autoriti keabsahan tertinggi atas beberapa politi. Dalam undang-
undang antarabangsa, kedaulatan adalah pelaksanaan kuasa oleh sebuah negara. Kedaulatan de jure
merujuk kepada hak undang-undang untuk melakukannya; kedaulatan de facto merujuk kepada
kemampuan fakta untuk melakukannya

1) Kedaulatan negara kita dapat dilihat dengan lebih jelas sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dan pembentukan Malaysia pada 16 September
1963 pula mengukuhkan serta memantapkan negara bangsa kita yang bebas . Takrikan kedaulatan
mengikut bahasa dan pendapat beberapa tokoh

Takrif kedaulatan mengikut Bahasa Yunani Kedaulatan ialah supernuus atau superanus yang
bermaksud agung atau tertinggi. Perkataan ini merujuk negara yang bebas dan merdeka. Takrif
Bahasa Inggeris Kedaulatan Dalam bahasa Inggeris, kedaulatan ialah sovereignty yang bermaksud
negara mempunyai kuasa penuh terhadap pemerintahan. Selain itu, Perkataan kedaulatan dalam
bahasa Arab berasal daripada kata daulah yang bermaksud kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan.

Beberapa orang tokoh memberikan tafsiran mereka tentang kedaulatan yang sesuai dengan
zamannya. Daripada Aristotle iaitu ahli Falsafah Yunani mengatakan Kedaulatan merupakan kuasa
tertinggi dalam sistem pemerintahan sesebuah negara. Kedaulatan merujuk kerajaan yang terikat
oleh undang-undang.

Seterusnya daripada Ibnu khaldun yang merupakan ilmuwan islam mengatakan bahawa Kedaulatan
merupakan kekuatan dan kekuasaan sesebuah negara berasaskan semangat kekitaan bangsanya.
Kekuatan semangat kekitaan yang diiringi dengan kekuatan semangat beragama menyebabkan
sesuatu bangsa rela untuk berkorban demi mencapai cita-cita yang sama
2) Kedaulatan berbeza mengikut bentuk pemerintahan yang diamalkan oleh sesebuah negara. Setiap
negara mempunyai hak untuk menentukan bentuk dan jenis kedaulatan yang diamalkannya.
Jelaskan jenis jenis kedaulatan

Terdapat beberapa jenis kedaulatan seperti kedaulatan tradisional, kedaulatan moden, kedaulatan
undang-undang dan kedaulatan antarabangsa. Kedaulatan tradisional merujuk sistem pemerintahan
berkuasa mutlak yang menguasai sepenuhnya segala urusan negara. Kedaulatan ini wujud sejak
tamadun awal manusia. Kedaulatan negara kita pula berpaksi pada kedaulatan Raja-raja Melayu.
Kedaulatan terletak pada kekuasaan dan kewibawaan raja. Raja merupakan pemerintah yang
mempunyai kuasa tertinggi. Kedudukan dan kedaulatan raja diperkukuh oleh taat setia rakyat.

Selain itu ,Kedaulatan Moden Kedaulatan moden dikaitkan dengan idea kemunculan negara bangsa
selepas Revolusi Keagungan di England dan Revolusi Perancis. Kedaulatan juga dikaitkan dengan hak
rakyat dan kerajaan berperlembagaan. Selepas Perang Dunia Pertama, kedaulatan dikaitkan dengan
nasionalisme yang menggunakan unsur persamaan rumpun bangsa dan bahasa untuk membentuk
negara bangsa masing-masing. Kedaulatan negara kita sebagai sebuah negara bangsa pula lahir hasil
gabungan negeri yang dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Persekutuan Malaysia
1963.

Seterusnya, Kedaulatan undang-undang bermaksud kerajaan dan rakyat terikat oleh undang-undang
yang perlu dipatuhi. Kedaulatan undang-undang menjamin keadilan dalam kehidupan
bermasyarakat serta menjadikan negara aman, stabil dan makmur. Badan kehakiman yang bebas
dan berwibawa diwujudkan untuk memelihara dan melaksanakan kedaulatan undang-undang.
Kedaulatan undang-undang menjadi prinsip keempat dalam Rukun Negara. Istana Kehakiman di
Putrajaya.

3)setiap negara yang bebas dan merdeka mempunyai ciri tertentu bagi menentukan
kedaulatannya,oleh yang demikian Huraikan ciri ciri negara berdaulat

Ciri negara yang berdaulat ialah mempunyai pemerintahan, mempunyai sempadan, mempunyai
perundangan dan mempunyai rakyat yang menjadikan negara kita sebagai sebuah negara bebas dan
berdaulat.

Mempunyai Pemerintahan negara berdaulat diwujudkan untuk menjaga kestabilan politik,


keamanan, pertahanan dan ekonomi. Pemerintahan ini dijalankan secara teratur. Malaysia sebagai
sebuah negara persekutuan mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi
Berparlimen. Ketua Utama Negara ialah Yang di-Pertuan Agong dan Ketua Kerajaan ialah Perdana
Menteri yang dibantu oleh Jemaah Menteri.

Selain itu ,Mempunyai Sempadan merupakan garis pemisah antara negeri atau negara. Malaysia
merupakan negara yang berkongsi sempadan darat, air dan udara dengan negara jiran, iaitu
Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei dan Filipina. Sempadan Malaysia diakui oleh masyarakat
antarabangsa, khasnya PBB. Penetapan sempadan memudahkan urusan pemerintahan, pentadbiran,
pertahanan dan pembangunan ekonomi negara kita.

Seterusnya ,Sistem perundangan menjadi asas kepada peraturan negara. Sistem perundangan
penting untuk memelihara kesejahteraan, menjamin keadilan dan melindungi rakyat. Asas kepada
sistem perundangan negara kita berpandukan Perlembagaan Persekutuan. Parlimen
bertanggungjawab menggubal dan menentukan sistem perundangan negara kita. Istiadat
Pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 pada 18 Mei 2020.
Akhir sekali ,Rakyat merupakan penduduk di sesebuah negara. Rakyat terikat kepada undang-
undang dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh pemerintah. Rakyat negara ini terdiri daripada
pelbagai kaum, agama dan adat resam. Mereka disatukan melalui satu bahasa dan kebudayaan,
Rukun Negara serta identiti nasional yang sama.contohnya Setem kenangan berkaitan dengan
keunikan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.

4) Kepentingan Mewujudkan Negara berdaulat Kedaulatan Negara penting bagi mewujudkan


keberkesanan pentadbiran,kemakmuran ekonomi,kesejahteraan sosial dan kecemerlangan
hubungan luar.oleh itu pada pendapat anda ,sejauhmanakah kepentingan mewujudkan negara yang
berdaulat?

Pada pendapat saya, Keberkesanan pentadbiran melalui Sistem Jemaah kepada negara untuk
menjalankan Menteri masih kekal diamalkan hingga hari ini. urusan pentadbiran tanpa campur
tangan pihak luar dilaksanakan dengan berkesan melalui Jemaah Menteri dan kementerian yang
berkaitan. Kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang dilakukan melalui pengagihan
kuasa mewujudkan keberkesanan pentadbiran. Sistem pentadbiran juga diperkukuh melalui
peruntukan undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan. Kemakmuran Ekonomi Kedaulatan
penting untuk negara melaksanakan dasar kemakmuran ekonomi. Selepas negara mencapai
kemerdekaan, pelbagai usaha dilakukan untuk memajukan dan meningkatkan taraf hidup rakyat
berbilang kaum di Malaysia. Pembangunan ekonomi meliputi bidang pertanian, perindustrian dan
perdagangan yang diperkenalkan melalui dasar pembangunan ekonomi negara. Tun Abdul Razak
Hussein ,Perdana Menteri Malaysia kedua melawat kawasan luar bandar bagi memantau
pelaksanaan program pertanian.

Seterusnya, Kecemerlangan Hubungan Luar Negara Kedaulatan penting bagi memberikan hak
kepada negara untuk menjalinkan hubungan dengan negara lain. Hubungan ini dibentuk melalui
penggubalan dasar luar negara kita. Selain dapat menjalinkan hubungan diplomatik dan
persahabatan dengan negara lain, negara juga dapat mengadakan perjanjian dan kerjasama dalam
pelbagai bidang. Kesannya, Malaysia menikmati pelbagai faedah dan kelebihan dalam usaha
mempertahankan kedaulatan. Keanggotaan Malaysia dalam pertubuhan serantau dan antarabangsa
pula meningkatkan imej negara. Masyarakat antarabangsa mengakui peranan dan kebolehan negara
kita setaraf dengan negara lain di dunia. Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ketiga Jelaskan
kepentingan mewujudkan bertemu dengan Anwar Sadat, Presiden Mesir di Mesir negara berdaulat.
pada tahun 1977 untuk mengukuhkan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Mesir.
Kedaulatan dapat mewujudkan kesejahteraan dan Membuat Rasionalisasi kemakmuran kepada
rakyat. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu memahami pentingnya mengekalkan Rasionalkan
kepentingan kedaulatan negara yang diperoleh pada masa ini dalam menentukan bentuk sistem
pentadbiran negara

KESIMPULAN

Pemahaman terhadap ciri negara yang berdaulat wajar dipertingkatkan untuk melahirkan rakyat
Malaysia yang berbangga dengan identiti negara. Kepentingan mempertahankan kedaulatan negara
bagi melahirkan masyarakat yang berganding bahu untuk membangunkan negara dan menjamin
kesejahteraan rakyat. Pemerintah dan rakyat saling bekerjasama, bersefahaman serta bermuafakat
bagi mempertahankan kedaulatan negara. Diri dan Keluarga Menyokong dan melibatkan diri dalam
proses pembangunan negara dan berusaha gigih untuk memajukan diri. Negara Perpaduan rakyat
berbilang kaum dan semangat rela berkorban merupakan keunikan negara kita untuk
mempertahankan kedaulatannya. Angkatan Tentera Malaysia menjaga kedaulatan negara kita.
Seterusnya , Perbezaan ideologi, kaum dan parti politik dalam sesebuah negara sepatutnya tidak
dijadikan halangan kepada usaha memakmurkan negara. Tidak kira petani, nelayan, kakitangan
awam atau buruh, semuanya perlu mempunyai semangat kecintaan menebal ke atas negara.
Tanpanya, individu dan masyarakat akan berpecah belah kerana masing-masing lebih menumpukan
kepada diri atau puak masing-masing dan lupa tanggungjawab terhadap negara. Semangat
patriotisme lebih penting kepada negara pada masa kini. Ini kerana negara didiami rakyat berbilang
agama, bangsa dan ideologi politik yang begitu ketara. Jika rakyat meletakkan semangat perkauman,
kefahaman ideologi politik atau parti politik lebih utama daripada negara, tentulah pembangunan
dan kemajuan tidak akan dapat dicapai.Oleh itu dalam situasi masyarakat sebegini, keperluan
semangat patriotisme dalam kalangan rakyat begitu penting.
LAMPIRAN

https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fwww.e-
sentral.com%2Fbook%2Finfo%2F79907%2FSejarah-Malaysia-Wacana-Kedaulatan-Bangsa-
Kenegaraan-Dan-
Kemerdekaan&psig=AOvVaw23MZOQ3rGWZErVM96VxqU2&ust=1635416422653000&source=imag
es&cd=vfe&ved=0CAsQjRxqFwoTCNjrlY6v6vMCFQAAAAAdAAAAABAa

You might also like