You are on page 1of 33

Modul BESTARI SEJARAH SPM 2021 JPN Pulau Pinang

MODUL
BESTARISE
JARAH

SKEMA
1
Modul BESTARI SEJARAH SPM 2021 JPN Pulau Pinang

SENARAI KANDUNGAN
PERKARA HALAMAN
BAB 1 3-5
Kedaulatan Negara

BAB 2 6–8
Perlembagaan Persekutuan

BAB 3 9 – 11
Raja Berperlembagaan dan
Demokrasi Berparlimen

BAB 4 12 – 14
Sistem Persekutuan

BAB 5 15 -18
Pembentukan Malaysia

BAB 6 19 – 21
Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia

BAB 7 22 – 24
Membina Kesejahteraan Negara

BAB 8 25 – 27
Membina Kemakmuran Negara

BAB 9 28 – 30
Dasar Luar Malaysia

BAB 10 31 – 33
Kecemerlangan Malaysia di Persada Dunia

2
Modul BESTARI SEJARAH SPM 2021 JPN Pulau Pinang

BAB 1 : KEDAULATAN NEGARA


SOALAN STRUKTUR

Kedaulatan merupakan satu konsep berkaitan dengan kenegaraan yang diasaskan dan
diamalkan sejak zaman tamadun Yunani.
a Nyatakan takrif kedaulatan. [2 markah]

- Kekuasaan tertinggi
- Kewibawaan sesebuah negara
- Yang bebas
- Mempunyai hak
- Untuk melaksanakan pemerintahan
- Dan pentadbiran Negara

b Terangkan ciri-ciri negara yang berdaulat. [4 markah]

- Mempunyai pemerintahan
- Untuk menjaga kestabilan politik
- Keamanan
- Pertahanan
- Ekonomi
- Dijalankan secara teratur
- Mempunyai sempadan
- Garis pemisah antara negeri atau Negara
- Mempunyai perundangan
- Asas kepada peraturan negara
- Untuk memelihara kesejahteraan,
- Menjamin keadilan
- Melindungi rakyat
- Mempunyai rakyat
- Merupakan penduduk di sesebuah Negara
- Terikat kepada undang-undang
- Dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh pemerintah

c Malaysia merupakan sebuah negara yang berdaulat.


Bincangkan cara untuk mengekalkan kedaulatan negara. [4 markah]
PERKARA PERINCIAN

ISI/FAKTA Memupuk semangat patriotisme dalam kalangan rakyat

HURAIAN Hal ini demikian dapat melahirkan masyarakat yang mempunyai


perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara

HURAIAN Oleh sebab itu segala ancaman dari dalam dan luar negara
LANJUTAN dapat dielakkan

CONTOH Seperti isu pencerobohan di Lahad Datu

INFEREN Kesimpulannya, semangat patriotisme dapat memastikan


S kedaulatan negara terus terjaga

[mana-mana jawapan munasabah/ rubrik penskoran]

3
Modul BESTARI SEJARAH SPM 2021 JPN Pulau Pinang

SOALAN ESEI

Kedaulatan penting untuk mengekalkan dan mengukuhkan kestabilan sistem politik, ekonomi
dan sosial. Terdapat beberapa jenis kedaulatan seperti kedaulatan tradisional, kedaulatan
moden, kedaulatan undang-undang dan kedaulatan antarabangsa.
a) Berikan takrifan bagi kedaulatan berikut;
i kedaulatan tradisional. [3 markah]

- Sistem pemerintahan berkuasa mutlak


- Menguasai sepenuhnya segala urusan Negara
- Wujud sejak tamadun awal manusia
- Kedaulatan Negara kita berpaksi pada kedaulatan Raja-raja Melayu
- Terletak pada kekuasaan
- Kewibawaan raja
- Raja merupakan pemerintah yang mempunyai kuasa tertinggi
- Diperkukuh oleh taat setia rakyat

ii kedaulatan moden. [3 markah]

- Idea kemunculan negara bangsa


- Selepas Revolusi Keagungan di England dan Revolusi Perancis
- Hak rakyat
- Kerajaan berperlembagaan
- Selepas Perang Dunia Pertama, dikaitkan dengan nasionalisme
- Menggunakan unsur persamaan rumpun bangsa dan bahasa
- Untuk membentuk Negara bangsa
- Kedaulatan Negara kita lahir hasil gabungan negeri
- Dikenali Persekutuan Tanah Melayu 1957
- Dan Persekutuan Malaysia 1963

b) Bincangkan kepentingan mewujudkan negara berdaulat. [6 markah]

- keberkesanan pentadbiran
- kebebasan kepada Negara
- untuk menjalankan urusan pentadbiran
- tanpa campur tangan pihak luar
- dibantu Jemaah Menteri dan Kementerian berkaitan
- kerjasama kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri
- melalui pengagihan kuasa
- diperkukuh melalui peruntukan undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan -
kemakmuran ekonomi
- untuk Negara melaksanakan dasar kemakmuran ekonomi
- untuk memajukan
- dan meningkatkan taraf hidup rakyat berbilang kaum
- pembangunan ekonomi meliputi bidang pertanian, perindustrian dan perdagangan -
melalui dasar pembangunan ekonomi Negara
- kesejahteraan sosial
- untuk melaksanakan dasar sosial bagi kesejahteraan rakyat
- melahirkan generasi berilmu dan berkemahiran melalui pendidikan
- memberikan sumbangan untuk pembangunan Negara
- perkara berkaitan bahasa kebangsaan, kebudayaan, sukan dan Rukun Negara
diperkenalkan
- untuk memupuk perasaan muhibah

4
Modul BESTARI SEJARAH SPM 2021 JPN Pulau Pinang

- dan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat


- kecemerlangan hubungan luar Negara
- untuk menjalinkan hubungan dengan Negara lain
- melalui penggubalan dasar luar Negara
- menjalinkan hubungan diplomatik / persahabatan dengan Negara lain -
mengadakan perjanjian / kerjasama dalam pelbagai bidang
- Malaysia dapat menikmati pelbagai faedah dan kelebihan
- Untuk mempertahankan kedaulatan
- Keanggotaan Malaysia dalam pertubuhan serantau / antarabangsa meningkatkan
imej Negara
- Masyarakat antarabangsa mengakui peranan / kebolehan negara setaraf negara
lain di dunia

c) Sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab, bagaimanakah anda dapat


mempertahankan kedaulatan negara kita. [6 markah]
PERKARA PERINCIAN

ISI/FAKTA Memberikan kesetiaan kepada raja dan negara

HURAIAN Hal ini demikian dapat menyokong semua usaha dan dasar kerajaan
yang akan dilaksanakan

HURAIAN Oleh sebab itu sebarang masalah yang timbul dapat diselesaikan
LANJUTAN dengan mudah dan berkesan.

CONTOH Seperti masyarakat Melayu, Cina dan India dapat bekerjasama

INFEREN Kesimpulannya, kesetiaan kepada raja dan negara dapat


S menjamin keamanan negara dan sekaligus dapat
mempertahankan kedaulatan negara kita daripada ancaman luar.

PERKARA PERINCIAN

ISI/FAKTA Mematuhi undang-undang negara

HURAIAN Hal ini demikian dapat memastikan masyarakat dapat hidup


dalam suasana yang aman dan damai.

HURAIAN Disamping itu, masyarakat juga dapat mengamalkan semangat


LANJUTAN perkongsian serta bertoleransi dan saling menghormati antara satu
sama lain

CONTOH Seperti mengadakan aktiviti gotong royong di kawasan perumahan

INFEREN Kesimpulannya, kedaulatan negara dapat dipertahankan dengan


S lahirnya masyarakat yang mematuhi undang-undang negara

[mana-mana jawapan munasabah/ rubrik penskoran]

5
Modul BESTARI SEJARAH SPM 2021 JPN Pulau Pinang

BAB 2 : PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN


SOALAN STRUKTUR

Mahkamah Tinggi England dijadikan model dalam pembentukan struktur Mahkamah Atasan di
negara kita. Ia ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
a) Nyatakan dua Kawasan yang terlibat dengan penubuhan mahkamah atasan di negara kita
seperti yang dinyatakan dalam perlembagaan tersebut. [2 markah]

- Persekutuan Tanah Melayu


- Sabah dan Sarawak
- Singapura

b) Pelbagai cabaran dihadapi oleh negara untuk mewujudkan masyarakat yang mematuhi
sistem perundangan negara.
Jelaskan cabaran-cabaran tersebut. [4 markah]
PERKARA PERINCIAN

ISI/FAKTA Perbezaan latar belakang bangsa dan kaum

HURAIAN Hal ini demikian setiap kaum akan berusaha memelihara


kepentingan kaum masing-masing

HURAIAN Oleh sebab itu mewujudkan rasa perkauman dalam kalangan


LANJUTAN masyarakat dan menyukarkan usaha memupuk perpaduan dalam
kalangan pelbagai kaum.

CONTOH Seperti kaum Melayu, Cina dan India

INFEREN Kesimpulannya, masyarakat pelbagai kaum haruslah mengenepikan


S semangat rasis dan seterusnya berpegang kepada prinsip 1 bangsa
iaitu bangsa Malaysia.

[mana-mana jawapan munasabah/ rubrik penskoran]

c) Huraikan tindakan yang boleh dilakukan untuk mengatasi cabaran tersebut. [4 markah]
PERKARA PERINCIAN

ISI/FAKTA Menolak amalan perkauman

HURAIAN Hal ini demikian tanpa amalan perkauman, rakyat dapat hidup
Bersatu padu tanpa prasangka antara satu sama lain

HURAIAN Oleh sebab itu semua pihak harus memainkan peranan penting
LANJUTAN dalam dalam usaha menyekat amalan perkauman sejak bangku
sekolah lagi

CONTOH Seperti memperkasakan mata pelajaran sejarah

INFEREN Kesimpulannya, amalan perkauman perlulah dihapuskan


S demi kelangsungan negara yang berdaulat.

[mana-mana jawapan munasabah/ rubrik penskoran]SOALAN ESEI


6
Modul BESTARI SEJARAH SPM 2021 JPN Pulau Pinang

SOALAN ESEI

Perlembagaan Persekutuan telah melalui beberapa pindaan sejak kemerdekaan.


Pindaan ini bertujuan untuk memastikan kelancaran pentadbiran negara.

a) Terangkan pindaan perlembagaan yang dilakukan pada tahun 1965. [4 markah]

- Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman membawa usul pindaan Perlembagaan -


Pindaan ini dinamakan pindaan Singapura dibawa di Parlimen pada 7 Ogos 1965 -
Parlimen meluluskan usul ini
- Kelulusan pindaan ini membolehkan Singapura keluar dari Malaysia
- Semua perkara berkaitan dengan Singapura dimansuhkan dalam Perlembagaan
Malaysia.
- Imiresen, kewangan, hubungan luar negara dan pertahanan

b) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah perkara-perkara sensitif yang


terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dipersoalkan? [8 markah]
PERKARA PERINCIAN

ISI/FAKTA Menjejaskan keamanan negara/ negara menjadi huru hara

HURAIAN Hal ini demikian akan menyebabkan hubungan antara kaum akan
menjadi renggang

HURAIAN Oleh itu semua warganegara Malaysia perlulah mengelakkan hal


LANJUTAN yang boleh menggugat kestabilan negara

CONTOH Seperti isu kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan


kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan negara.

INFEREN Kesimpulannya, usaha untuk memelihara keamanan negara


S perlulah dilaksanakan oleh semua warganegara tanpa
mempersoalkan isi kandungan perlembagaan negara.

PERKARA PERINCIAN

ISI/FAKTA Membantutkan pembangunan negara

HURAIAN Hal ini demikian akan menyebabkan negara mundur dan merintis
kepada perasaan tidak puas hati antara kaum

HURAIAN Oleh itu Memburukkan nama Malaysia di mata dunia


LANJUTAN

CONTOH Seperti Peristiwa 13 Mei 1969

INFEREN Kesimpulannya, memberi peluang kepada musuh negara


S untuk mengancam kedaulatan negara
[mana-mana jawapan munasabah/ rubrik penskoran]

7
Modul BESTARI SEJARAH SPM 2021 JPN Pulau Pinang

c) Pada pandangan anda, apakah iktibar yang dapat dicontohi daripada usaha pemimpin
negara yang berjaya dalam membentuk Perlembagaan Persekutuan? [8 markah]
Pada pandangan saya, iktibar yang dapat dicontohi daripada usaha pemimpin negara yang
berjaya dalam membentuk Perlembagaan Persekutuan adalah dengan
PERKARA PERINCIAN

ISI/FAKTA Bertolak ansur antara pemimpin untuk mempertahankan negara

HURAIAN Hal ini demikian kekayaan negara juga dapat dikongsi secara
bersama tanpa mengira kaum dan agama

HURAIAN Oleh itu Hal ini dapat menyelesaikan masalah melalui meja rundingan
LANJUTAN

CONTOH Contohnya jika berlaku masalah, pemimpin mesti mengenepikan


fahaman politik masing-masing sama ada UMNO, MCA, MIC, PAS
mahupun DAP.

INFEREN Kesimpulannya, semua kaum dapat hidup secara harmoni dan


S aman kesan dari pemimpin-pemimpin yang bijaksana.

PERKARA PERINCIAN

ISI/FAKTA Sanggup berkorban untuk negara

HURAIAN Hal ini demikian dapat menjamin perpaduan antara kaum

HURAIAN Oleh itu Negara terhindar dari pergaduhan dan huru hara
LANJUTAN yang membolehkan rakyat hidup dalam kemakmuran.

CONTOH Sebagai contoh, pelbagai kaum seperti Melayu, India dan Cina
dapat hidup secara harmoni

INFEREN Kesimpulannya, negara dapat berdiri sama tinggi dan duduk


S sama rendah dengan negara maju yang lain

[mana-mana jawapan munasabah/ rubrik penskoran]


8
Modul BESTARI SEJARAH SPM 2021 JPN Pulau Pinang

BAB 3 : RAJA BERPERLEMBAGAAN DAN DEMOKRASI

BERPARLIMEN SOALAN STRUKTUR

a) Nyatakan tiga institusi beraja yang terdapat di negara kita. [3 markah]

- Majlis Raja-raja
- Institusi beraja di negeri-negeri
- Institusi YDPA pada peringkat Persekutuan

b) Terangkan kuasa dan peranan YDPA dalam pemerintahan negara. [3 markah]

- melantik Perdana Menteri dan Jemaah Menteri


- melantik jawatan penting. Contoh Peguam Negara
- pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia
- melantik diplomat Malaysia ke luar negara
- ketua agama Islam di negerinya dan negeri yang tiada sultan
- menjaga kedudukan istimewa orang Melayu, bumiputera Sabah Sarawak dan kepentingan
sah kaum lain.
- mengisytiharkan darurat yang boleh mengancam keselamatan awam dan negara -
berkuasa memanggil dan membubarkan arlimen
- memperkenankan Rang Undang-undang yang melalui proses pembentanagn di Dewan
Rakyat dan Dewan Negara

c) Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, jelaskan


peranan institusi beraja dalam memakmurkan dan memajukan negara. [4 markah]
PERKARA PERINCIAN

ISI/FAKTA Institusi beraja dapat melindungi keistimewaan orang


Melayu,bumiputera dan kepentingan sah kaum lain

HURAIAN Hal ini dapat mengelakkan sikap pilih kasih/rasis

HURAIAN Oleh itu, kebajikan semua rakyat terjaga


LANJUTAN

CONTOH Contohnya, Sultan perlu selalu turun padang untuk melihat keadaan rakyat

INFEREN Kesimpulannya, institusi beraja dapat melindungi hak rakyat dan


S seterusnya dapat memakmurkan dan memajukan negara

[mana-mana jawapan munasabah/ rubrik penskoran]


9
Modul BESTARI SEJARAH SPM 2021 JPN Pulau Pinang

SOALAN ESEI

a) Nyatakan kuasa budi bicara YDPA. [4 markah]

- YDPA berkuasa melantik ketua Kerajaan Persekutuan, iaitu Perdana Menteri -


Raja dan YDPN berkuasa melantik Menteri Besar/Ketua Menteri
- YDPA berkuasa untuk tidak memperkenankan pembubaran Parlimen -
Raja dan YDPN berkuasa tidak memperkenankan pembubaran DUN

b) Terangkan kuasa dan peranan YDPA dalam pemerintahan negara [8 markah]

- melantik Perdana Menteri dan Jemaah Menteri


- melantik jawatan penting.
- Contoh Peguam Negara
- pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia
- melantik diplomat Malaysia ke luar negara
- ketua agama Islam di negerinya
- ketua agama Islam di negeri yang tiada sultan
- menjaga kedudukan istimewa orang Melayu, bumiputera Sabah Sarawak
dan kepentingan sah kaum lain.
- mengisytiharkan darurat yang boleh mengancam keselamatan awam dan negara -
berkuasa memanggil dan membubarkan arlimen
- memperkenankan Rang Undang-undang yang melalui proses
- pembentanagn di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

c) Sebagai warga yang patriotik,bagaimanakah anda menunjukkan kesetiaan kepada raja


dan negara? [8 markah]
PERKARA PERINCIAN

ISI/FAKTA Cara untuk menunjukkan kesetiaan kepada Raja dan negara ialah
sentiasa mematuhi perintah YDPA / Sultan.

HURAIAN Hal ini dapat dapat dilaksanakan dengan mematuhi undang-undang.

HURAIAN Oleh itu, perpaduan dalam negara dapat diperkukuhkan


LANJUTAN

CONTOH Contohnya, mengamalkan prinsip Rukun Negara.

INFEREN Kesimpulannya, mematuhi perintah YDPA atau Sultan dapat


S menunjukkan kesetiaan kepada Raja dan negara

10
Modul BESTARI SEJARAH SPM 2021 JPN Pulau Pinang
Selain itu,
PERKARA PERINCIAN

ISI/FAKTA Cara untuk menunjukkan kesetiaan kepada Raja dan negara ialah
dengan sentiasa menghormati institusi beraja.

HURAIAN Hal ini dapat dapat dilaksanakan dengan tidak mempersendakan


institusi beraja.

HURAIAN Oleh itu, institusi beraja akan dikagumi oleh semua rakyat tanpa
LANJUTAN mengira kaum.

CONTOH Contohnya, meraikan hari keputeraan YDPA/ Sultan

INFEREN Kesimpulannya, sentiasa menghormati YDPA atau Sultan


S dapat menunjukkan kesetiaan kepada Raja dan negara

[mana-mana jawapan munasabah/ rubrik penskoran]

11
Modul BESTARI SEJARAH SPM 2021 JPN Pulau Pinang
BAB 4 : SISTEM PERSEKUTUAN

SOALAN STRUKTUR

Maklumat berikut berkaitan dengan penyelarasan Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan


Negeri.

Perhubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri juga dibuat


melalui majlis yang ditubuhkan oleh kerajaan.

a) Nyatakan majlis-majlis yang dimaksudkan. [3 markah]

- Majlis Keselamatan Negara


- Majlis Air Negara
- Majlis Perumahan Negara

b) Penubuhan Majlis Tanah Negara termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Jelaskan


bidang tugas majlis tersebut. [3 markah]

- Membentuk dasar
- Mengawal penggunaan tanah untuk kegiatan pertanian
- Mengawal penggunaan tanah untuk kegiatan perlombongan
- Mengawal penggunaan tanah untuk kegiatan perhutanan

c) Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri perlu mengukuhkan hubungan antara satu sama
lain. Jelaskan pernyataan tersebut. [4 markah]
PERKARA PERINCIAN

ISI/FAKTA Mewujudkan pentadbiran yang licin dan sistematik

HURAIAN Hal ini demikian dapat menjamin sistem Kerajaan Persekutuan


beroperasi dengan berkesan

HURAIAN Oleh sebab itu sebarang masalah yang timbul dapat diselesaikan
LANJUTAN dengan mudah dan secara bersama antara Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri

CONTOH Seperti isu air

INFEREN Kesimpulannya, hubungan yang kukuh antara Kerajaan Persekutuan


S negeri membuktikan musyawarah sangat penting bagi memajukan
negara.

[mana-mana jawapan munasabah/ rubrik penskoran]

12
Modul BESTARI SEJARAH SPM 2021 JPN Pulau Pinang
SOALAN ESEI

Pernyataan berikut berkaitan Taman Laut di Malaysia.

Pada tahun 1994, sebanyak 42 pulau diperairan Kedah, Terengganu, Pahang,


Johor, Sabah dan Labuan telah diwartakan sebagai taman laut.

a) Jelaskan lokasi Taman Laut di perairan Sabah. [4 markah]

- Taman Tunku Abdul Rahman, Kota Kinabalu


- Taman Pulau Tiga, Kuala Penyu
- Taman Pulau-Pulau Penyu, Sandakan
- Taman Marin Tun Sakaran, Semporna
- Taman Pulau Sipadan, Semporna
- Taman Tun Mustapha, Kudat

b) Huraikan pengurusan Taman Laut di negara kita. [8 markah]

- Sejak tahun 1994, 42 buah pulau di perairan Kedah, Terengganu, Pahang,


Johor, Sabah dan Labuan diwartakan sebagai Taman Laut
- Memulihara khazanah laut di negara kita
- Kerajaan Persekutuan membentuk dasar berkaitan dengan taman laut
- Kerajaan Negeri berkuasa terhadap pembangunan pulau
- Penyelarasan pentadbiran dibuat melalui Mesyuarat Majlis Penasihat
Kebangsaan Taman Laut dan Rizab Laut
- Dianggotai oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
- Pada tahun 2007, Jabatan Taman Laut ditubuhkan
- Agensi Kerajaan Persekutuan yang bertanggungjawab secara keseluruhan
dalam dasar taman laut di Malaysia
- Tahun 2018, pengurusannya dipindahkan ke Jabatan Perikanan Malaysia -
Kawasan perlindungan marin di perairan Sabah di bawah tanggungjawab
Kerajaan Negeri
- Agensi Taman-Taman Sabah

c) Penglibatan semua pihak mampu meningkatkan tahap keselamatan Taman Laut di negara
kita. Berikan hujah anda. [8 markah]
PERKARA PERINCIAN

ISI/FAKTA Memperkasakan agensi berkaitan Taman Laut

HURAIAN Hal ini demikian dapat menguatkuasakan undang-undang


berkaitan Taman Laut

HURAIAN Oleh sebab itu mengenakan hukuman yang berat kepada pihak
LANJUTAN yang bersalah menceroboh Taman Laut

CONTOH Seperti hukuman denda dan penjara

INFEREN Kesimpulannya, kerajaan perlu memperkasakan agensi berkaitan


S bagi mengelakkan pencerobohan di Taman Laut seluruh Malaysia
serta dapat diwarisi kepada generasi akan datang

13
Modul BESTARI SEJARAH SPM 2021 JPN Pulau Pinang
PERKARA PERINCIAN
ISI/FAKTA Memperketatkan kawalan kawasan sempadan negara

HURAIAN Hal ini demikian pihak berkuasa perlu sentiasa membuat rondaan
di perairan negara

HURAIAN Oleh sebab itu pencerobohan negara serta Taman Laut dapat dielakkan
LANJUTAN

CONTOH Seperti menggunakan dron untuk mengawasi perairan negara

INFEREN Kesimpulannya, dengan adanya penguatkuasaan oleh pihak


S berkuasa, keselamatan Taman Laut di negara kita akan terjamin.

[mana-mana jawapan munasabah/ rubrik penskoran]

14
Modul BESTARI SEJARAH SPM 2021 JPN Pulau Pinang
BAB 5 : PEMBENTUKAN MALAYSIA

SOALAN STRUKTUR

a) Apakah faktor yang mendorong kepada pembentukan tersebut? [3 markah]

- Faktor keselamatan
- Ancaman komunis di Singapura/Sarawak
- Keseimbangan taburan penduduk
- Mempercepat kemerdekaan
- Pembangunan wilayah

b) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda,jelaskan manfaat yang diperoleh hasil daripada


gabungan Malaysia. [3 markah]

- Keselamatan negara terjamin


- Ancaman komunis dihapuskan
- Perairan negara selamat
- Perkembangan ekonomi
- Kemakmuran ekonomi dikongsi Bersama
- Pasaran luas
- Aspek sosial
- Pembangunan wilayah/Kawasan pedalaman
- kepelbagaian budaya dan adat resam

c) Pada pandangan anda,apakah cabaran yang dihadapi oleh Malaysia bagi mengekalkan
kemakmurannya? [4 markah]
PERKARA PERINCIAN

ISI/FAKTA Tiada perpaduan kaum

HURAIAN Berbeza pandangan dan ideologi termasuk ideologi politik

HURAIAN Sukar membentuk perpaduan kaum di Malaysia kerana mempunyai


LANJUTAN bangsa yang berbilang kaum iaitu Melayu, India dan Cina.

CONTOH Isu sensitif/agama Islam/Bahasa Melayu/hak istimewa orang


Melayu dipertikai

INFEREN Kebijaksanaan pemimpin memberi penjelasan kepada rakyat


S sikap warganegara Malaysia yang akur perlembagaan serta
undang undang
Memupuk semangat muhibbah
Mengamalkan Rukun Negara

15
Modul BESTARI SEJARAH SPM 2021 JPN Pulau Pinang
PERKARA PERINCIAN

ISI/FAKTA Ketidakstabilan ekonomi

HURAIAN Ekonomi dunia tidak stabil


HURAIAN Kita mengharapkan pelaburan dari negara luar untuk melabur dalam
LANJUTAN negara kita seperti Amerika Syarikat, China dan negara lain.

CONTOH Akibat pandemik Covid 19, peperangan

INFEREN Memantapkan ekonomi dengan mempelbagaikan kegiatan


S ekonomi Meningkatkan kerjasama ekonomi
Pasaran luas

PERKARA PERINCIAN

ISI/FAKTA Kedaulatan negara

HURAIAN Ancaman daripada pihak luar

HURAIAN Menceroboh sempadan Malaysia dan menculik rakyat tempatan


LANJUTAN untuk mendapatkan pampasan daripada kerajaan mahupun dari
keluarga tebusan.

CONTOH Isu Lahad Datu, Tuntutan Filipina ke atas Sabah

INFEREN Menyelesaikan konflik di meja rundingan


S Menghormati kedaulatan dan kebebasan negara lain

PERKARA PERINCIAN

ISI/FAKTA Kestabilan politik

HURAIAN Perebutan kuasa pemimpin politik

HURAIAN Perebutan untuk menjawat jawatan pemimpin utama dalam


LANJUTAN negara menyebabkan politik dalam Malaysia terus bergolak

CONTOH Sebagai contoh jawatan Perdana Menteri antara Tun Dr Mahathir


Mohammad, Datuk Seri Anuar Ibrahim dan Tan Sri Dato Haji
Muhyiddin Yassin

INFEREN Tolak ansur dan hormat menghormati jadikan amalan hidup/masyarakat


S

[mana-mana jawapan munasabah/ rubrik penskoran]

16
Modul BESTARI SEJARAH SPM 2021 JPN Pulau Pinang

SOALAN ESEI
a) Jelaskan isi kandungan Perjanjian Malaysia 1963. [6 markah]
- Tarikh pembentukan Malaysia pada 31 Ogos 1963.
- Sarawak,Sabah dan Singapura bersama Persekutuan Tanah Melayu menjadi ahli -
dalam Persekutuan Malaysia.
- Kerajaan British mengiktiraf kedaulatan Sarawak,Sabah dan Singapura dalam -
Malaysia.
- Memberikan kelebihan kepada Sarawak dan Sabah menubuhkan kabinet negeri. -
Memperuntukkan tempoh masa peralihan kepada Sarawak dan Sabah. - Dalam bidang
pentadbiran awam serta pendidikan kepada sabah dan Sarawak - Singapura
memperolehi 15 kerusi Parlimen,Sarawak 24 dan Sabah 16 kerusi. - Penduduk
Sarawak dan Sabah mendapat pengiktirafan sama seperti orang Melayu - dalam
perlembagaan.

b) Perjanjian tersebut memberikan kesan yang besar terhadap pembentukan negara


Malaysia yang berdaulat.
Bincangkan kepentingan perjanjian tersebut. [6 markah]

- Membentuk sebuah negara Malaysia yang berdaulat.


- Berjaya menggabungkan negeri-negeri bagi membentuk sebuah negara. -
Berjaya memerdekakan Sarawak dan Sabah.
- Sarawak dan Sabah dibenarkan membentuk kabinet negeri sendiri.
- Hak penduduk Sarawak dan Sabah terpelihara.
- Pembangunan dapat dilaksanakan terutama di kawasan pedalaman.

(c) Sebagai rakyat Malaysia,terangkan perasaan anda setiap kali negara menyambut hari
Malaysia pada tanggal 16 September. . [8 markah]
PERKARA PERINCIAN

ISI/FAKTA Bangga

HURAIAN Menjadi anak Malaysia yang merdeka.

HURAIAN Rakyat bebas menentukan hala tuju negara sendiri dalam semua aspek.
LANJUTAN

CONTOH Meraikan Hari Malaysia setiap tahun

INFEREN Menghargai dan meraikannya dengan penuh semangat cinta akan


S negara Bersyukur menjadi warganegara Malaysia

17
Modul BESTARI SEJARAH SPM 2021 JPN Pulau Pinang
PERKARA PERINCIAN

ISI/FAKTA Terharu
HURAIAN Mengenang pengorbanan pemimpin dan rakyat terdahulu
dalam memperjuangkan kedaulatan negara

HURAIAN Pemimpin dahulu sanggup mempertaruhkan nyawa dan harta benda


LANJUTAN untuk mencapai kemerdekaan.

CONTOH Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak,

INFEREN Menanam semangat rela berkorban untuk terus


S mempertahankan kedaulatan negara daripada sebarang
ancaman

Rela berjuang mempertahankan kedaulatan/kemerdekaan

PERKARA PERINCIAN

ISI/FAKTA Gembira

HURAIAN Menyaksikan kemakmuran dan kejayaan yang dicapai oleh negara

HURAIAN Rakyat boleh menikmati kemakmuran negara sendiri


LANJUTAN

CONTOH Kemakmuran hasil bumi


dan kejayaan negara dalam pelbagai bidang polotik, ekonomi dan
sosial seperti kejayaan Datuk Lee Chong Wei dalam badminton
antarabangsa

INFEREN Kerjasama dan tanggungjawab warganegara Malaysia memberi


S banyak manfaat kepada negara

PERKARA PERINCIAN

ISI/FAKTA Bimbang

HURAIAN Risau masa depan negara

HURAIAN Generasi muda kini kurang semangat patriotism dan menyebabkan


LANJUTAN mudah terpengaruh dengan anasir luar

CONTOH Ancaman musuh luar, rusuhan, jenayah dan perpaduan kaum

INFEREN Penyatuan dan kerjasama rakyat dan pemimpin pelbagai bangsa


S mesti dipupuk dan diperkasakan

Memerlukan tentera yang kuat/terlatih/siap siaga


Aset ketenteraan moden/mencukupi

[mana-mana jawapan munasabah/ rubrik penskoran]

INF : Semua pihak mesti bekerjasama dan bertanggungjawab untuk memastikan kemakmuran
dan kegemilangan negara demi kesejahteraan rakyat dan negara
18
Modul BESTARI SEJARAH SPM 2021 JPN Pulau Pinang

BAB 6 : CABARAN SELEPAS PEMBENTUKAN MALAYSIA

SOALAN STUKTUR

Ancaman komunis merupakan salah satu bentuk cabaran selepas pembentukan Malaysia.

a) Jelaskan bentuk ancaman komunis yang berlaku di Sarawak. [3 markah]


- Komunis melakukan ancaman melalui gerakan politik dan serangan bersenjata. -
Kerajaan Sarawak memburu ahli yang terlibat.
- Gerakan komunis melarikan diri ke Kalimantan
- Dan membentuk Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU).
- PKKU membuat penentangan melalui Pasukan Rakyat Kalimantan Utara (PARAKU) -
dan Pasukan Gerila Rakyat Sarawak (PGRS)
- Membentuk republik komunis di Sarawak.
- Pada 5 Ogos 1952, komunis menyerang Batu Kitang, Kuching
- Menandakan bermulanya serangan komunis terhadap orang awam di Sarawak.

b) Pada tarikh 6 Julai 1965 telah dilancarkan satu operasi iaitu “Operasi Hammer” untuk
melemahkan ancaman komunis. Jelaskan mengenai operasi ini. [4 markah]

- Tiga kampung baru dibuka di Bahagian Pertama


- Menempatkan seramai 7500 orang.
- Dalam tempoh tiga hari,1200 keluarga berketurunan Hakka diarahkan berpindah ke
kampung baru tersebut
- Terletak di Jalan Kuching-Serian.
- Petempatan tersebut dikawal ketat dan dikenakan 24 jam perintah berkurung. -
Operasi Hammer menyebabkan gerakan komunis mula goyah
- Anggota komunis ditangkap.
- Operasi Hammer tamat pada tahun 1970.

c) Pada pendapat anda, jika komunis gagal dibanteras di Sarawak apakah kesan yang akan
berlaku? [4 markah]
PERKARA PERINCIAN

ISI/FAKTA Republik komunis berjaya dibentuk

HURAIAN Hal ini demikian, kegiatan serangan dan subversif akan terus
dilakukan oleh oleh komunis di negara kita.

HURAIAN Oleh sebab itu, jika komunis gagal di bentras ini akan menjejaskan
LANJUTAN keselamatan orang awam dan keamanan di Sarawak tidak akan
dapat dikecapi.

CONTOH Ancaman komunis akan merebak ke Sabah

INFEREN Kesimpulannya, kesan buruk akan berlaku kepada kerajaan


S untuk membangunkan ekonomi negara dan peruntukan yang
tinggi akan memberi kesan buruk kepada negara.

[mana-mana jawapan munasabah/ rubrik penskoran]


19
Modul BESTARI SEJARAH SPM 2021 JPN Pulau Pinang

SOALAN ESEI

Rancangan Malaysia Pertama merupakan antara rancangan yang memfokuskan kepada


ekonomi.

a) Jelaskan kepentingan Rancangan Malaysia Pertama (1996-1970) [4 markah]

- Merupakan rancangan pembangunan lima tahun pertama


- Dilaksanakan di semua negeri
- Melibatkan Sarawak dan Sabah
- Diperkenalkan bagi menangani pelbagai isu pembangunan dan ekonomi negara -
Kedudukan sosioekonomi penduduk berpendapatan rendah
- Taraf hidup dan taraf pendidikan yang masih rendah
- Melalui Rancangan Malaysia Pertama
- Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh kerajaan
- Bagi meningkatkan taraf hidup dan ekonomi rakyat

b) Kejatuhan harga bahan mentah dan taraf hidup yang berbeza merupakan antara isu
pembangunan ekonomi pada ketika itu. Terangkan usaha yang dijalankan oleh kerajaan
bagi menanganinya. [8 markah]

- Mempelbagaikan kegiatan ekonomi pertanian


- serta industri pemprosesan
- Mencari pasaran baharu bagi getah dan bijih timah
- Mempelbagaikan bidang pertanian
- Terutama kelapa sawit dan koko
- Mempelbagaikan pengeluaran komoditi negara
- Melancarkan program pembangunan negara
- Berasaskan satu rancangan bersepadu
- Menggerakkan aktiviti perkilangan dan pembuatan negara
- Membuka kawasan baharu
- Mempercepat integrasi dalam kalangan penduduk dan negeri di Malaysia -
Mendapatkan bantuan Bank Dunia
20
Modul BESTARI SEJARAH SPM 2021 JPN Pulau Pinang

c) Pada pendapat anda, bagaimanakah rakyat memainkan peranan bagi memastikan usaha
kerajaan berjaya dilaksanakan? [8 markah]
PERKARA PERINCIAN

ISI/FAKTA Pada pendapat saya, peranan seorang rakyat ialah


mengekalkan keamanan negara.

HURAIAN Hal ini demikian, apabila negara berada dalam keaadaan aman dan
damai sudah pastilah segala inspirasi negara dapat di capai.

HURAIAN Oleh sebab itu, rakyat yang mematuhi segala peraturan dan
LANJUTAN undang undang akan menjadikan negara ini aman damai kerana
mereka memegang kepada prinsip keluhuran perlembagaan dalam
diri mereka.

CONTOH Sentiasa mematuhi segala Prosedur Operasi Standard (SOP)

INFEREN Kesimpulannya apabila rakyat dan kerajaan sentiasa bergerak


S sehaluan maka segala usaha kerajaan akan berjaya dilaksanakan.

PERKARA PERINCIAN

ISI/FAKTA Sebagai rakyat Malaysia saya akan memastikan perpaduan antara


rakyat dieratkan.

HURAIAN Hal ini demikian, rakyat yang bersatu padu diumpakan sebagai
satu rumpun yang kuat.

HURAIAN Justeru, rumpun yang kuat antara rakyat berbilang kaum akan
LANJUTAN menjadikan rakyat negara kita sentiasa bekerjasama bagi menjamin
keharmonian.

CONTOH Seperti melayu, cina dan india.

INFEREN Tuntasnya, rakyat yang berbilang kaum dan bekerjasama


S merupakan tunjang kepada kejayaan sesebuah negara.

[mana-mana jawapan munasabah/ rubrik penskoran]


21
Modul BESTARI SEJARAH SPM 2021 JPN Pulau Pinang

BAB 7 : MEMBINA KESEJAHTERAAN NEGARA

SOALAN STUKTUR

a) Apakah aspek pemisahan kaum tersebut? [2 markah]

- Kegiatan ekonomi
- Petempatan

b) Jelaskan faktor-faktor yang menjadi punca masalah perpaduan. [4 markah]

- Kesan pentadbiran
- Kesan kegiatan ekonomi dan petempatan
- Kesan fahaman politik
- Kesan sistem pendidikan

c) Bagaimanakah kerajaan dapat mengelakkan berlakunya pemisahan kaum di Malaysi?


Beri cadangan anda. [4 markah]
PERKARA PERINCIAN

ISI/FAKTA Menjadikan aktiviti sukan sebagai agen pengerat hubungan antara kaum.

HURAIAN Hal ini demikian bagi melahirkan semangat patriotik dengan


bersatu memberikan sokongan kepada ahli-ahli sukan negara

HURAIAN Oleh sebab itu, usaha kerajaan mencapai perpaduan perlu bermula
LANJUTAN dengan aktiviti sukan melalui ko-kurikulum di peringkat sekolah
rendah, sekolah menengah dan pengajian tinggi.

CONTOH Seperti sukan badminton, skuasy dan sebagainya.

INFEREN Kesimpulannya, aktiviti sukan boleh merapatkan hubungan


S dan membangkitkan semangat tolong-menolong antara kaum.

[mana-mana jawapan munasabah/ rubrik penskoran]


22
Modul BESTARI SEJARAH SPM 2021 JPN Pulau Pinang

SOALAN ESEI

a) Jelaskan matlamat Rukun Negara. [4 markah]

- Membentuk masyarakat yang demokratik


- Membentuk negara yang bersatu
- Membentuk masyarakat yang adil
- Membentuk masyarakat yang progresif
- Membentuk masyarakat yang liberal

b) Terangkan prinsip- prinsip Rukun Negara. [8 markah]

- Kepercayaan kepada Tuhan


- Agama menjadi panduan hidup
- Membentuk keperibadian yang baik
- Landasan dalam membina keharmonian kaum
- Perlembagaan Malaysia menetapkan Islam adalah agama rasmi Persekutuan -
Agama dan kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram -
Perlu saling memahami dan menghormati
- Bertoleransi dalam aspek keagamaan

- Kesetiaan kepada Raja dan Negara


- Negara kita mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan -
Raja merupakan symbol penyatuan
- Simbol perpaduan rakyat berbilang kaum
- Melahirkan rakyat yang menghormati symbol kedaulatan negara
- Mematuhi undang-undang
- Berusaha meningkatkan imej negara
- Berani mempertahankan kedaulatan negara
- Mempunyai ciri 23esame23ism yang teguh

- Keluhuran perlembagaan
- Ketertinggian dan keagungan perlembagaan atau undang-undang - Memberikan
perlindungan dan hak kepada setiap anggota masyarakat dalam negara - Menekan
supaya rakyat dapat menerima
- Mematuhi dan mempertahankan kemuliaan perlembagaan

- Kedaulatan undang-undang
- Menuntut setiap rakyat menghormati undang-undang
- Tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang
- Berusaha untuk menyokong penguatkuasaanya
- Rakyat perlu bertanggungjawab mempertahankan
- Memelihara kedaulatan undang-undang daripada dicabar oleh mana-mana pihak -
Mengekalkan kehidupan yang aman dan harmoni

- Kesopanan dan kesusilaan


- Memastikan setiap rakyat perlu sentiasa bersopan santun
- Hormat-menghormati
- Berakhlak mulia
- Menjamin hubungan baik 23esame kaum terus kekal terpelihara
- Garis panduan yang perlu dijadikan amalan
- Disemai dalam diri setiap rakyat Malaysia
- Melahirkan suasana yang harmoni
- Saling bertolak ansur
23
Modul BESTARI SEJARAH SPM 2021 JPN Pulau Pinang

c) Mengapakah pematuhan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara penting kepada semua


peringkat masyarakat di negara kita? [8 markah]
PERKARA PERINCIAN

ISI/FAKTA Mampu menerapkan amalan menghormati perlembagaan negara


dalam kalangan masyarakat.

HURAIAN Hal ini demikian agar keamanan dan keharmonian negara dapat
terus dipelihara.

HURAIAN Oleh sebab itu, Rukun Negara penting untuk membentuk masyarakat
LANJUTAN yang lebih berdisiplin dan menjaga sensitiviti kaum lain.

CONTOH Seperti keluhuran perlembagaan yang menjadi sumber


perundangan negara yang tertinggi.

INFEREN Kesimpulannya, pematuhan kepada prinsip Rukun Negara


S mampu mengekalkan kestabilan politik dan membentuk negara
demokratik.

PERKARA PERINCIAN

ISI/FAKTA Menjadi panduan bagi rakyat memupuk semangat setia kawan

HURAIAN Hal ini demikian supaya kemakmuran negara dapat dinikmati


bersama sama.

HURAIAN Oleh sebab itu, prinsip Rukun Negara perlu diamalkan untuk
LANJUTAN mengukuhkan ikatan semua bangsa dan memantapkan institusi
negara.

CONTOH Seperti prinsip kesopanan dan kesusilaan menjaga hubungan


baik masyarakat pelbagai kaum.

INFEREN Kesimpulannya, pematuhan Rukun Negara akan melahirkan


S masyarakat bersatu padu.

[mana-mana jawapan munasabah/ rubrik penskoran]


24
Modul BESTARI SEJARAH SPM 2021 JPN Pulau Pinang

BAB 8 : MEMBINA KEMAKMURAN NEGARA

SOALAN STRUKTUR

a) Apakah Kawasan X dan Y? [2 markah]

- X : Taman Teknologi Perindustrian


- Y : Zon Perindustrian Bebas

b) Jelaskan ciri-ciri Kawasan Estet Perindustrian. [4 markah]

- Dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negera (PKEN)


- Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah
- Penglibatan pihak swasta
- Kawasan ini dibangunkan sebagai bandar terancang
- Mengandungi Kawasan perumahan
- Mempunyai pusat perniagaan dan perindustrian
- Merupakan pusat ekonomi

c ) Pembukaan kawasan perindustrian baharu merupakan satu langkah yang proaktif.


Bincangkan. [4 markah]
PERKARA PERINCIAN

ISI/FAKTA Pembukaan kawasan perindustrian baru membantu


perkembangan ekonomi di kawasan yang kurang maju.

HURAIAN Hal demikian dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat.

HURAIAN Pelbagai peluang pekerjaan diwujudkan di kawasan perindustrian baru.


LANJUTAN

CONTOH Contohnya operator pengeluaran, pekerja binaan, pembantu taska,


peniaga dan sebagainya.

INFEREN Oleh itu, langkah proaktif kerajaan membuka kawasan perindustrian baru
S memberikan kesan positif terhadap perkembangan ekonomi masyarakat
di kawasan yang dibangunkan.

[mana-mana jawapan munasabah/ rubrik penskoran]


25
Modul BESTARI SEJARAH SPM 2021 JPN Pulau Pinang

SOALAN ESEI

a) Huraikan latar belakang pembentukan DEB di negara kita. [4 markah]

- Penubuhan Majlis Perundingan Negara (MAPEN)


- pada bulan Januari 1970
- Anggota MAPEN terdiri daripada pelbagai lapis masyarakat
- Tujuan MAPEN ditubuhkan untuk mengadakan garis panduan
- Bagi kerjasama antara kaum dan intergrasi nasional
- Memupuk identiti kebangsaan di kalangan rakyat.
- Hasilnya terbentuk satu dasar ekonomi yang dikenali sebagai DEB
- Beberapa pakar ekonomi dari dalam dan luar negara
- Diamanahkan untuk merancang dan merangka dasar berkenaan
- Pakar yang terlibat ialah Dr. Rais Saniman (Malaysia), Dr. Just Faaland (Norway) dan Dr.
Jack R. Parkinson (Britian)

b) Bagaimanakah DEB meningkatkan taraf hidup penduduk di luar bandar dan bandar? [8
markah]

Luar bandar
- Tumpuan diberikan kepada penduduk yang miskin
- Terdiri daripada petani, pekebun getah dan kelapa, nelayan, buruh, dan penduduk
kampung baharu
- Usaha pembangunan dilakukan secara berterusan
- Menerusi kegiatan Gerakan Koperasi yang sedia ada di luar bandar
- Pelbagai program dilaksanakan
- Penerokaan tanah baharu
- Bantuan peralatan pertanian
- Memberikan khidmat nasihat, subsidi benih dan baja
- Menyediakan kemudahan kredit
- Memberikan khidmat pemasaran
- Membuka pusat kemajuan peladang

Bandar
- Memberikan tumpuan kepada penduduk bandar yang miskin
- Mempunyai pendapatan yang rendah
- Menghadapi masalah perumahan
- Pelbagai usaha yang dilaksanakan kerajaan
- Memajukan pelbagai jenis perindustrian dan perniagaan
- Membuka peluang pekerjaan yang banyak
- Meningkatkan pendapatan golongan miskin tanpa mengira kaum
- Menyediakan kemudahan asas seperti pendidikan, bekalan air, elektrik dan jalan raya -
Memberikan bantuan biasiswa, buku teks percuma dan makanan tambahan kepada murid-
murid
- Mengadakan program rumah murah.
26
Modul BESTARI SEJARAH SPM 2021 JPN Pulau Pinang

c) Rancangan Pembangunan Lima Tahun pada peringkat awal menunjukkan kegagalan dalam
mengatasi jurang pendapatan antara penduduk luar bandar dan bandar serta jurang
ekonomi antara kaum.
Ramalkan keadaan negara sekiranya jurang tersebut tidak diatasi sehingga hari ini. [8
markah]
PERKARA PERINCIAN

ISI/FAKTA Mewujudkan pembangunan yang tidak seimbang.

HURAIAN Perbezaan jurang yang ketara antara kawasan bandar dan luar bandar.

HURAIAN Kemudahan yang disediakan dinikmati oleh kumpulan tertentu


LANJUTAN sahaja terutamanya masyarakat yang tinggal di kawasan bandar.

CONTOH Sebagai contoh kemudahan pendidikan, kesihatan dan infrastruktur


serta akses internet.

INFEREN Justeru, kawasan luar bandar terus ketinggalan dalam arus


S pemodenan yang dinikmati oleh kawasan bandar.

PERKARA PERINCIAN

ISI/FAKTA Membawa kepada peningkatan masalah sosial.

HURAIAN Hal demikian disebabkan oleh agihan kekayaan yang tidak seimbang.

HURAIAN Jurang pendapatan yang ketara melahirkan perasaan tidak puas


LANJUTAN hati sehingga melakukan perbuatan jenayah.

CONTOH seperti merompak, mencuri dan meragut.

INFEREN Kegagalan dalam mengatasi masalah jurang pendapatan secara


S tidak langsung akan mengugat keamanan negara.

[mana-mana jawapan munasabah/ rubrik penskoran]


27
Modul BESTARI SEJARAH SPM 2021 JPN Pulau Pinang

BAB 9 : DASAR LUAR MALAYSIA

SOALAN STRUKTUR

a) Gambar menunjukkan bangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York. i.

Apakah matlamat penubuhan organisasi tersebut? [1 markah] - Mewujudkan keamanan

dan kestabilan dunia

ii. Namakan wakil tetap pertama Malaysia ke pertubuhan tersebut. [1 markah] - Dr Ismail
Abdul Rahman

b) Jelaskan penglibatan Malaysia di dalam badan dunia tersebut.

- Mendukung Piagam PBB


- Menghormati kedaulatan wilayah Negara lain
- Terlibat dalam agensi PBB
- Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO)
- Melaka dan Lenggong menjadi Tapak Warisan Dunia
- Memberi kebenaran UNHCR membuka pejabat di Kuala Lumpur/ menjaga dan
melindungi pelarian
- Menganggotai Majlis Keselamatan
- Bekerjasama dengan Pertubuhan Makanan Sedunia (FAO)/ bidang pengeluaran
makanan
- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)-bidang kesihatan
- Sumbangan Misi Pengaman Congo/Namibia/Somalia/Cambodia/ Timor Leste/Ethiopia -
Misi Pemerhati di Sierra Leone/Chad-Libya/Bosnia/Iraq

c) Dewasa ini terdapat pihak yang mempertikaikan kreadibiliti PBB dalam mempertahankan
matlamat penubuhannya. Ulaskan. [4 markah]
PERKARA PERINCIAN

ISI/FAKTA Kegagalan PBB membawa keamanan

HURAIAN Hal ini demikian kerana terdapat negara yang masih terus
bergolak seperti Palestin dan penindasan etnik Rohingya di
Myanmar.

HURAIAN Oleh sebab itu negara kuasa besar hanya menjaga kepentingan
LANJUTAN masing masing.

CONTOH Seperti isu di Palestin dan Myanmar

INFEREN Kesimpulannya, kreadibiliti PBB perlu dipulihkan demi


S menjaga keamanan dan kemakmuran dunia

[mana-mana jawapan munasabah/ rubrik penskoran]


28
Modul BESTARI SEJARAH SPM 2021 JPN Pulau Pinang

SOALAN ESEI

a) Apakah kepentingan dasar luar negara? [6 markah]

- Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara


- Memastikan keselamatan
- Melindungi kepentingan nasional
- mempertahankan keamanan
- melindungi kepentingan Negara
- memupuk hubungan baik dengan negara luar
- kerjasama melalui pertubuhan serantau dan antarabangsa
- PBB/ASEAN/KOMANWEL/NAM/OIC
- menghadapi perkembangan serta cabaran masa kini
- dari segi politik, ekonomi dan sosial
- perkembangan ekonomi dalam negara dengan membawa masuk pelabur asing
- AFTA/APEC

b) Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh negara dalam memantapkan dasar luarnya. [6 markah]
- Cabaran politik antarabangsa
- mengamalkan dasar berkecuali/ berbaik dengan semua negara walau berlainan
ideologi.
- Cabaran politik serantau
- ketidakstabilan rantau Asia Tenggara
- pergolakan di Vietnam
- Cabaran keselamatan dan pertahanan
- Perjanjian AMDA dengan Britain/ Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA)/
Kerjasama dengah ASEAN
- Cabaran pembangunan ekonomi
- dominasi ekonomi oleh negara maju bagi menentukan harga komoditi -
Malaysia menubuhkan PETRONAS pada tahun 1974
- untuk membangunkan sektor minyak dan gas.

c) Dasar luar negara yang pragmatik mampu mempertahankan kedaulatan negara.


Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, ulaskan penyataan tersebut. [8 markah]
PERKARA PERINCIAN

ISI/FAKTA Bebas daripada campur tangan asing

HURAIAN Hal ini demikian kerana negara kita tidak terikat dengan kuasa besar

HURAIAN Oleh sebab itu kita dapat menentukan hala tuju negara dengan bebas.
LANJUTAN

CONTOH Seperti penglibatan dalam NAM

INFEREN Kesimpulannya, dasar luar tidak boleh bersifat statik


S supaya kemerdekaan negara dapat dikekalkan

29
Modul BESTARI SEJARAH SPM 2021 JPN Pulau Pinang
PERKARA PERINCIAN

ISI/FAKTA Berbaik-baik dengan semua negara

HURAIAN Hal ini demikian tanpa mengira ideologi politik dan agama

HURAIAN Oleh sebab itu negara kita tidak bermusuh dengan mana-mana negara.
LANJUTAN

CONTOH Seperti penglibatan dalam PBB/ASEAN/KOMANWEL/NAM/OIC.

INFEREN Kesimpulannya, dasar luar negara yang mengamalkan berbaik-


S baik dengan semua negara dapat mempertahankan kedaulatan
dan kemerdekaan negara kita .

[mana-mana jawapan munasabah/ rubrik penskoran]

30
Modul BESTARI SEJARAH SPM 2021 JPN Pulau Pinang
BAB 10 : KECEMERLANGAN MALAYSIA DI PERSADA DUNIA

SOALAN STRUKTUR

Deklarasi Langkawi merupakan satu program Malaysia bersama-sama pertubuhan


antarabangsa bagi mengekalkan kelestarian global.

a) Jelaskan perkara yang anda faham mengenai Deklarasi Langkawi. [2 markah]

- komitmen Malaysia dan negara Komanwel untuk memelihara lama sekitar -


Diadakan pada bulan Oktober 1989 sempena Mesyuarat Ketua- Ketua Negara
Komanwel
- Deklarasi Langkawi dilaksanakan sebagai usaha menangani isu alam sekitar -
kesan rumah hijau, kerosakan dan penipisan lapisan ozon serta pencemaran -
disebabkan aktiviti manusia yang tidak terkawal

b) Malaysia menunjukkan komitmen yang tinggi dalam memelihara alam sekitar. Buktikan
pernyataan tersebut. [4 markah]

- memperkenalkan Anugerah Langkawi


- diberikan kepada warganegara Malaysia yang menunjukkan komitmen dan sumbangan
besar dalam bidang alam sekitar
- anugerah ini dimulakan pada tahun 1991
- melaksanakan Dasar Alam Sekitar Negara, 2002
- menjadi asas dalam pembangunan negara
- kerajaan negeri Kedah mengisytiharkan Langkawi sebagai Geopark
- memastikan kelestariannya terjamin
- melancarkan Dasar Teknologi Hijau Negara
- menggalakkan penggunaan produk teknologi hijau
- mengawal perubahan iklim

c) Isu alam sekitar menjadi perdebatan dunia dan rantau Asia Tenggara. Mengapakah isu
ini perlu diberi perhatian? [4 markah]
PERKARA PERINCIAN

ISI/FAKTA Menjadikan kehidupan kita lebih baik

HURAIAN Hal ini demikian, dapat menjamin keseimbangan alam bila flora dan
fauna dijaga

HURAIAN Oleh sebab itu, dapat mengawal pemanasan global yang


LANJUTAN akan mengakibatkan bencana alam yang dahsyat jika tidak
ditangani

CONTOH Seperti pencairan ais di kutub utara menyebabkan daratan tenggelam

INFEREN Kesimpulannya, jika alam sekitar dipelihara generasi akan datang


S dapat menikmati hidup yang sejahtera dan selesa.

[mana-mana jawapan munasabah/ rubrik penskoran]

31
Modul BESTARI SEJARAH SPM 2021 JPN Pulau Pinang
SOALAN ESEI

Pemimpin dan rakyat Malaysia memandang masa hadapan dengan positif. Seiring dengan itu,
Malaysia bertindak merangka pelbagai usaha bagi memastikan generasi akan datang
menikmati kehidupan yang lebih baik.

a) Huraikan tentang komuniti ASEAN yang disertai oleh Malaysia. [4 markah]

- Komuniti ASEAN ditubuhkan pada tahun 2015 melalui Deklarasi Kuala Lumpur -
sewaktu Sidang Kemuncak ASEAN ke-21
- Komuniti ASEAN merupakan satu langkah menyeluruh ,strategik dan bersifat memandang
ke hadapan
- mencerminkan aspirasi ASEAN
- Wawasan ASEAN memberikan fokus pada ekonomi, sosiobudaya dan keselamatan -
pertumbuhan ekonomi ASEAN diharap dapat dipertingkatkan ke tahap yang lebih tinggi -
melalui komuniti keamanan
- menjadi harapan agar keselamatan rantau ASEAN kekal terjamin
- segala konflik dapat diselesaikan secara damai
- hasrat komuniti sosiobudaya
- intergrasi antara negara anggota ASEAN dapat dipertingkatkan ke tahap yang lebih baik

(b) Malaysia bersikap tegas dalam menangani isu persaingan senjata nuklear. Buktikan
pernyataan ini. [8 markah]

- isu pertahanan dan keselamatan merupakan isu penting bagi memastikan rantau Asia
Tenggara berada dalam aman dan selamat
- Malaysia menandatangai Southeast-Free-Zone (SEANWFZ) /Zon Bebas Senjata Nuklear
Asia Tenggara pada tahun 1995
- Perjanjian ini menekankan agar negara yang terlibat tidak mengembangkan,
mengeluarkan, memperoleh, memiliki atau mengawal senjata nuklear
- Kedudukan Asia Tenggara yang strategik menjadikannya terlibat secara langsung dalam
kancah persaingan membabitkan kuasa besar yang turut memiliki senjata nuklear
- China dan Amerika Syarikat
- Malaysia tidak boleh berdiam diri dan membiarkan perairan Selat Malaka dan Laut China
Selatan digunakan oleh kapal perang asing yang membawa senjata nuklear - kedua-dua
laluan tersebut perlu bebas daripada senjata nuklear
- Malaysia bertindak untuk tidak membenarkan kapal yang membawa senjata nuklear
berlabuh atau mengadakan latihan di perairan negara
- boleh membawa konflik yang buruk kepada rantau Asian Tenggara

32
Modul BESTARI SEJARAH SPM 2021 JPN Pulau Pinang

c) Mengapakah kedatangan PATI ke negara kita perlu dibendung? [8 markah]


PERKARA PERINCIAN

ISI/FAKTA Mengancam keselamatan sosial masyarakat

HURAIAN Hal ini demikian , akan berlaku peningkatan kes-kes jenayah

HURAIAN Oleh sebab itu , rakyat berasa takut kerana keselamatan berada
LANJUTAN dalam bahaya

CONTOH Seperti sering berlaku kes ragut , merompak , bunuh dan merogol
terutama di kawasan bandar dan petempatan PATI

INFEREN Kesimpulannya, andai kedatangan PATI makin meningkat maka


S imej negara akan tercalar. Serta keamanan negara tergugat.

PERKARA PERINCIAN

ISI/FAKTA Peluang pekerjaan penduduk tempatan tersekat

HURAIAN Hal ini demikian , pekerja asing ambil alih pekerjaan rakyat Malaysia

HURAIAN Oleh sebab itu , berlakunya pengaliran keluar mata wang


LANJUTAN menyebabkan pendapatan negara berkurangan

CONTOH Seperti pekerja asing di sektor pembinaan , pelancongan dan


peniagaan menghantar wang setiap bulan ke negara masing-masing
di Bangladesh, Indonesia dan Filipina.

INFEREN Kesimpulannya , ekonomi negara akan terjejas dan membuka


S peluang campur tangan asing ke negara kita.

[mana-mana jawapan munasabah/ rubrik penskoran]

33

You might also like