You are on page 1of 10

KOLEJ VOKASIONAL AMPANGAN

SEREMBAN, N.SEMBILAN

PENGAJIAN MALAYSIA
(MPU 2162)

NAMA : MUHAMMAD AIMIE AIMAN BIN KHIR AZMI


KURSUS : 1DCA
NO. K/P : 010618-05-0579
PENTAKSIR : EN. MOHD ZAWAWI BIN MAT NOR
Isi Kandungan

BI PERKARA M/S
L
1. Pengenalan
 Maksud demokrasi berparlimen 3
2. Isi – isi
 Ciri – ciri demokrasi berparlimen 4

 Mafaat dan kelebihan pilihan raya kepada rakyat dan negara 5-6
 Kebaikan amalan demokrasi yang di amalkan di negara ini 7
3. Penutup
 Cara – cara menghidupkan semangat patriotik dalam sebuah 8-9
negara bercorak demokrasi
4. Rujukan 10
Maksud Demokrasi Berpalimen

Demokrasi Berparlimen membawa maksud pemerintahan yang dijalankan secara


perwakilan. Hal ini bermaksud,rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan
negara, manakala raja – raja menjadi lambing taat setia rakyat

Demokrasi Berparlimen dibentuk hasil daripada proses pilihan raya. Dalam proses
pilihan raya, rakyat diberi mandat untuk memilih pemimpin yang akan mewakili
mereka dan pemimpin inilah yang akan menjadi wakil rakyat di Parlimen. Malaysia
telah mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen sejak Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan. Malahan rakyat di negara ini telah diberi pengalaman terlibat dalam
pilihan raya sejak tahun 1952 lagi.

Sistem ini telah dipupuk perkembangannya dan dipelihara sehingga mewujudkan


kestabilan negara. Kestabilan ini telah membolehkan rakyat menikmati keamanan
dan kemajuan dalam bidang ekonomi , politik, sosial dan sebagainya hingga ke hari
ini.

Walaupun demikian, kebebasan yang kita nikmati tidaklah bersifat mutlak,tetapi


tertakluk kepada sekatan-sekatan tertentu yang perlu kita adakan,terutama dalam
masyarakat berbilang kaum. Sekatan-sekatan itu pula tidaklah dikenakan dengan
sewenang-wenangnya,tetapi dibuat berdasarkan kehendak rakyat sendiri melalui
Parlimen.
Ciri – ciri Demokrasi Berparlimen

Antara ciri – ciri berparlimen ialah, perlembagaan, ianya merupakan undang-


undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah negara.
Perlembagaan  rasmi dan di dalamnya terkandung segala peraturan dan prinsip
sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir
negara.

Seterusnya ialah, raja berpelembagaan, Raja Berperlembagaan bermaksud sistem


pemerintahan beraja mengikut pembentukan dalam perlembagaan malaysia. YDPA
bertindak berdasarkan Perlembagan Malaysia. 

Selain itu ialah, parlimen, Parlimen adalah badan perundangan bagi kerajaan
persekutuan, dan ia membuat undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh
negara.. Parlimen meluluskan undang-undang persekutuan, membuat pindaan
kepada undang-undang persekutuan yang ada, memeriksa dasar-dasar kerajaan,
meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil-hasil cukai yang baru.

Disamping itu ialah, pilihan raya, Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat
unuk memerintah samada pada  peringkat negeri mahupun persekutuan . Pemilihan
ini dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan teratur.

Seterusnya ialah, kuasa pemerintahan, Malaysia merupakan sebuah negara


demokrasi berparlimen yang mengamalkan konsep pengasingan kuasa. Kuasa
pemerinahan dibahagikan kepada tiga bahagian iaiu badan perundangan ,badan
pelaksana dan badan kehakiman.

Selain itu ialah, parti – parti politik, Parti politik merujuk kepada sekumpulan orang
yang mempunyai ideologi politik untuk mencapai malamat bersama. Parti-parti politik
ini berjuang untuk mendapatkan kuasa.

Akhir sekali ialah, kebebasan asasi, Terbahagi kepada dua bahagian iaitu
kebebasan mutlak dan kebebasan bersyarat.Kebebasan mutlak adalah kebebasan
yang tidak bersyarat.Manakala kebebasan bersyarat pula berlandaskan kepada
peraturan tertentu.
Mafaat dan kelebihan pilihan raya kepada rakyat dan negara

  Pilihan raya penting kepada semua warga negara dalam sistem pemerintahan
demokrasi. Setiap warga negara perlu bertanggungjawab mengambil tahu
perkembangan politik semasa.Mereka harus melibatkan diri dalam proses memilih
pemimpin negara serta menentukan bentuk kerajaan dan corak
pemerintahan demokrasi melalui pilihan raya.

Kepentingan sistem pilihan raya di Malaysia telah berjaya mengekalkan sistem


demokrasi berparlimen sehingga kini. Rakyat bebas memilih dan menentukan
sendiri pemimpin  mereka melalui pilihan raya.

Rakyat boleh mempelajari dan memahami makna sebenar demokrasi di peringkat


akar umbi.

Menerusi  pilihan raya, rakyat dapat memahami proses memilih pemimpin dan


seterusnya proses membentuk kerajaan.

Secara tidak langsung, rakyat dapat menghayati, menghormati dan menghargai


konsep kebebasan bersuara.

Rakyat boleh menentukan sendiri hala tuju pambangunan di kawasan mereka,


sesuai dengan cara hidup dan aktiviti ekonomi mereka.

Pilihanraya membantu kepada kelicinan pentadbiran samada diperingkat pusat


atau peringkat kerajaan negeri.

Sistem pilihan raya yang dilaksanakan di Malaysia telah memberi keadilan kepada
semua pihak samada pihak rakyat atau pun pemimpin

Pegawai dan kakitangan kerajaan tempatan akan mudah melaksanakan kerja dan


dasar kerana tiada lagi campur tangan kerajaan negeri dan pusat.

Kerajaan pusat dan negeri dapat menumpukan terhadap dasar masing-masing di


peringkat pusat dan negeri  tanpa ada gangguan atau rungutan di peringkat akar
umbi. Ini pastinya akan menjadikan budaya kerja sektor awam semakin efisien.

Rakyat akan merasa lebih selamat dan terjamin kerana mempunyai kerajaan yang


stabil.
Manfaat pilihan raya di Malaysia ialah menjadikan sistem  pentadbiran yang cekap
dan mantap.Kedua, sistem pilihan raya juga menjamin kelicinan
pentadbiran Kerajaan Pusat dan Negeri

Ketiga , melalui sistem ini memberi kelebihan kepada rakyat bebas bersuara


mengikut saluran yang betul.

Keempat, seterusnya menjamin keadilan kepada rakyat untuk memilih wakil di


peringkat Parlimen dan Negeri

Kelima, rakyat berhak menjadi calon dan berhak memilih calon Parlimen dan DUN

Keenam, sistem pilihan raya dapat menentukan hala tuju Negara.

Ketujuh, pemimpin bermuafakat dalam menentukan dasar negara.

Kelapan,secara tidak langsung pilihan raya membantu  membangunkan


ekonomi Negara secara berterusan dna menentukan agihan ekonomi yang adil.

Kesepuluh, menggalakkan permuafakatan dalam dasar politik, ekonomi dan sosial


disamping memberi keadilan kepada semua kaum

Kesebelas, manfaat seterusnya pilihan raya ini menampakkan kerjasama rakyat


dalam membangunkan Negara yang tercinta. Secara tidak langsung dapat menjamin
kelansungan hak asasi

Keduabelas, menjamin keamanan Negara dan menjaga keharmonian di kalangan


rakyat berbilang kaum membawa kepada perpaduan kaum yang erat

Akhir sekali salah faham antara kaum dapat di kurangkan.


Kebaikan amalan sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini

Antara kebaikan amalan demokrasi dalam sesebuah negara ialah rakyat dapat
bersuara dan memberikan pendapat. contohnya, rakyat dapat memberi pendapat
dalam pembinaan kemudahan dan fasiliti di tempat mereka.

selain itu, pemerintahan negara dapat berjalan dengan lebih baik kerana
memperoleh idea daripada rakyat daripada seluruh negeri seperti penubuhan klinik-
klinik di dalam pendalaman.

Disamping itu, pemerintah yang dilantik adalah yang berkualiti dan mampu
membangunkan negara. hal ini membuatkan negara dipimpin oleh kerajaan yang
adil dan stabil. contohnya, undang-undang yang dijalankan adalah bert Antara
kebaikan amal Antara kebaikan amalan demokrasi dalam sesebuah negara ialah
rakyat dapat bersuara dan memberikan pendapat. contohnya, rakyat dapat memberi
pendapat dalam pembinaan kemudahan dan fasiliti di tempat mereka. selain itu,
pemerintahan negara dapat berjalan dengan lebih baik kerana memperoleh idea
daripada rakyat daripada seluruh negeri seperti penubuhan klinik-klinik di dalam
pendalaman.

Disamping itu, pemerintah yang dilantik adalah yang berkualiti dan mampu
membangunkan negara. hal ini membuatkan negara dipimpin oleh kerajaan yang
adil dan stabil.
Cara – cara menghidupkan semangat patrioritik dalam sebuah negara
bercorak demokrasi

Patriotisme perlu ditanam semasa zaman kanak-kanak lagi kerana apabila kanak-
kanak menyukai rumah dan negara mereka, mereka akan membesar dengan
menghargai warisan, kepelbagaian dan sejarah mereka, dan berusaha untuk
memperbaiki Malaysia dalam semua aspek.

Patriotisme boleh ditanam dalam kalangan pelajar melalui kesedaran, pendidikan


dan pengetahuan. Sistem pendidikan harus disesuaikan untuk memupuk rasa
bangga dan kepunyaan bangsa.

  Pihak kerajaan juga tidak dikecualikan dalam usaha memupuk semangat patriotik
dalam diri rakyat. Jika kita melihat ke negara jiran, Indonesia pastinya kita merasa
takjub dengan rakyat mereka yang tidak perlu dipujuk dan dirayu untuk menyambut
hari kemerdekaan malah mereka dengan rela hati dan berlapang dada untuk
meraikannya dengan penuh kemeriahan sebagai tanda kesyukuran dan ucapan
terima kasih kepada para pejuang mereka.  Jika hendak dibandingkan dengan kita
ibarat langit dengan bumi. Mungkin ini yangt harus di tanggung oleh Malaysia kerana
rakyatnya yang kurang rasa empati terhadap perjuangan untuk mendapatkan
kemerdekaan yang bukannya murah tetapi menunutut seribu satu perjuangan dan
pengorbanan.Rentetan daripada itu, tidak dapat tidak pihak kerajaan terpaksa
membelanjakan peruntukan yang besar untuk menganjurkan kempen besar-besaran
dan menganjurkan hari kemerdekaan bermula di peringkat institusi pendidikan di
seluruh negara dan institusi-institusi awam yang pastinya menelan belanja yang
besar.  

 Generasi muda pascamerdeka kurang menghayati kehidupan pada zaman


penjajahan kerana celik-celik mata mereka telah dilimpahi harta, dikelilingi
bangunan-bangunan pencakar langit dan pelbagai mudahan yang menjadikan
mereka leka dan alpa dek kesenangan yang melimpah ruah.  Oleh itu inilah
signifikannya media massa tidak kiralah media cetak mahupun media elektronik
menyedarkan mereka daripada lamunan indah.Semangat patriotik yang kian luntur
dalam diri mereka mestilah dicorakkan semula.
  Antara langkah yang boleh diambil ialah dengan memaparkan iklan-iklan berbentuk
kesedaran kepada mereka.  Inilah masanya untuk mendendangkan lagu-lagu
patriotik di corong-coong radio.

Selain itu,bagi mengimbau sejarah perjuangan peminmpin tempatan filem-filem


bercorak patriotik seperti Bukit Kepong, Paloh, Embun, Sarjan Hassan dan lain-lain
lagi seharusnya menjadi pilihan untuk ditayangkan semula di siaran-siaran
televisyen. Hal ini kerana, filem yang sarat dengan pengajaran boleh menyalakan
sumbu di dalam hati para penonton akan semangat patriotik yang kian suram dan
mempertahankan maruah agama, negara dan bangsa yang telah lama dibiarkan
terpadam di dalam diri. 

 Jelaslah, media massa antara wahana penting untuk menyampaikan semangat


patriotik dalam diri seseorang.
Rujukan

 http://shazwanafandi.blogspot.com/2016/01/demokrasi-berparlimen.html
 https://demokrasiberparlimen.weebly.com/ciri-ciri-demokrasi-
berparlimen.html
 https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2018/04/417961/
demokrasi-pilihan-raya-dan-tanggungjawab-warganegara
 https://padlet.com/roseniy70/5ffp466ok34o

You might also like