You are on page 1of 4

Usaha-usaha yang telah dilakukan oleh parti-parti politik di Malaysia dalam mengekalkan

kesepaduan dan keharmonian di Malaysia.


Perkembangan politik di Malaysia mempunyai sejarah dan asal usul yang tersendiri yang
bertitik tolak daripada fahaman perkauman. Fenomena ini terbentuk dalam kerangka wujudnya
masyarakat majmuk di negara ini bermula pada zaman penjajahan British.
Parti politik di Malaysia hakikatnya bergerak di atas landasan perkauman. Asas
kerjasama antara parti pemimpin politik pelbagai etnik adalah menjurus kepada aspek
permuafakatan

sehingga

boleh

membentuk

gabungan

politik.

Gabungan

berkenaan

mencerminkan keinginan untuk berkongsi kuasa kerana menyedari bahawa tidak mungkin bagi
satu-satu kaum mendominasi kuasa dan memerintah di negara ini. Bagi mencapai matlamat dan
kepentingan bersama maka penggabungan parti politik terbentuk. Gabungan berkenaan berjaya
menentukan solidariti dan kestabilan politik sejak kemerdekaan. Bagi lijphart (1952),
pembentukan demokrasi permuafakatan mampu mewujudkan kestabilan politik kerana
pendekatan tersebut mengutamakan pengagihan sumber kekayaan dan politik kepada etnik yang
berbeza. Perkongsian kuasa dapat memberi kepuasan kepada pelbagai etnik.
Politik permuafakatan adalah salah satu kaedah yang di amalkan dalam sistem politik
Malaysia semenjak kemerdekaan. Kebiasaannya politik permuafakatan atau consosional politik
ini berlaku di nagara yang mempunyai

masyarakat yang berbilang bangsa atau majmuk.

Malaysia telah mengamalkan politik permuafakatan ini dengan bergabungnya UMNO, MCA dan
MIC membentuk Perikatan.
Antara elemen utama yang terdapat dalam politik permuafakatan ini adalah melalui
perkongsian kuasa.

Perkongsian kuasa ini akan melibatkan setiap ketua dan pemimpin

daripada setiap kaum untuk terlibat dalam pemerintahan.

Selain itu melalui perkongsian kuasa

yang berlaku setiap kaum yang diwakili perlu dapat untuk mencapai kata sepakat dan bertolak
ansur bagi mencapai keputusan yang dibuat iaitu tanpa mendiskriminasikan hak kaum-kaum
yang lain.
Seterusnya pula adalah Kuasa veto. Kuasa veto di sini bermaksud setiap kaum berhak
untuk melakukan pembatalan terhadap sebarang keputusan yang dilakukan sekiranya dilihat
keputusan tersebut tidak memenuhi dan kepentingan kaum yang di wakili tidak di penuhi.
Elemen seterusnya ialah proposional iaitu nisbah perkadaran terhadap pemilihan yang
dilakukan dalam setiap sektor pemerintahan.

Keadaan ini menyebabkan perlu ada wakil

daripada setiap kaum dalam pemerintahan negara dengan nisbah tertentu. Melaluinya akan
dapat untuk mengelakkan berlakunya diskriminasi terhadap kaum tertentu.
Elemen terakhir yang terdapat dalam politik permuafakatan ini adalah Autonomi
Segmental iaitu di mana setiap kaum mempunyai autonomi untuk menentukan apa yang perlu
untuk kaum yang di wakili contohnya isu-isu pendidikan, agama, bahasa dan budaya. Melalui

kerjasama dan gabungan ini, Malaysia dapat mengekalkan keamanan dan kestabilan politik
negara sehingga kini melalui Barisan Nasional (BN) yang melibatkan gabungan dan kerjasama
antara setiap kaum dan politik permuafakatan dapat di aplikasikan dengan jayanya dalam
konteks politik Malaysia.
Kejayaan BN di Semenanjung, Sabah dan Sarawak untuk terus mengekalkan kuasa
membuktikan kejayaan konsep dan amalan pakatan dan kerjasama politik antara pelbagai etnik.
Kerjasama dan pakatan berkenaan wujud kerana adanya kesedaran untuk mengekalkan
kestabilan politik dan sosial serta pertumbuhan ekonomi yang berterusan yang akhirnya
membawa kepada perkembangan dan kematangan politik. Sesuatu parti politik atau kumpulan
etnik tidak akan dapat memerintah sendiri, tanpa pembabitan etnik lain. Kejayaan BN
memperlihatkan keyakinan pengundi dan rakyat terhadap kemampuan BN untuk memerintah.
Formula perkongsian kuasa membolehkan pemimpin yang mewakili pelbagai etnik bekerjasama
menentukan dasar dan hala tuju dan masa depan negara.
Strategi dan pendekatan kempen dan perjuangan parti politik juga disesuaikan dengan
perubahan yang berlaku dalam masyarakat. Untuk mendapat perhatian dan undi, mereka perlu
bergerak seiring dengan perubahan nilai dan sikap masyarakat. Justeru, mereka bergerak
daripada perjuangan yang berteraskan perkauman kepada perjuangan yang mengutamakan
kepentingan dan nilai universal. Masyarakat dan pengundi yang sebelumnya terperangkap dalam
kepompong politik perkauman mulai melihat perkembangan politik dan demokrasi dalam konteks
yang lebih kritis dan menyeluruh. Perubahan tersebut sedikit sebanyak menggambarkan
perubahan dari segi kematangan demokrasi dan berpolitik dalam kalangan rakyat.
Pengalaman lalu membuktikan bahawa negara kita berjaya mengukir kejayaan dalam
pelbagai bidang dan mencapai perpaduan kerana rakyat pelbagai etnik bersedia untuk menjalin
kerjasama, berkongsi kuasa dan permuafakatan dari segi politik. Parti politik yang mewakili
pelbagai etnik membentuk kesepakatan, baik di pihak parti kerajaan mahupun pembangkang.
Prinsip perkongsian kuasa dan permuafakatan serta akomodasi antara etnik dan pelbagai parti
politik merupakan tonggak keutuhan dan survival negara ini.
Perkongsian kuasa di bidang politik di Malaysia bermula pada tahun 1950an dengan
penubuhan parti Perikatan (kemudiannya BN), di mana pemimpin ketiga-tiga etnik terbesar
(Melayu, Cina dan India) sedar bahawa kunci keamanan adalah bertitik tolak dari pemuafakatan
etnik di bidang politik. Konsep perkongsian kuasa ini memberi peluang kepada semua etnik,
sama ada kecil atau besar, terlibat dalam pentadbiran negara. Selain itu, antara asas penting
dalam politik di Malaysia ialah kerajaan yang demokratik, di mana Malaysia telah mengamalkan
sistem politik demokrasi berparlimen sejak merdeka 1957. Menerusi sistem ini setiap etnik
berpeluang menyatakan hasrat, cadangan dan juga bangkangan terhadap kerajaan dan juga
dasar-dasarnya, selagi ia tidak menyentuh sensitiviti etnik dan merosakkan keamanan negara.

Dalam konteks politik Malaysia, proses perkongsian kuasa ini telah berjaya mencipta
kestabilan kepada iklim politik di negara ini. Kejayaan ini dibantu oleh dua faktor utama. Faktor
pertama membabitkan interaksi di antara pemimpin serta etnik yang diwakilinya. Untuk menjamin
kejayaan perkongsian kuasa ini, barisan pemimpin terbabit dituntut untuk sentiasa berinteraksi
serta peka terhadap sebarang pandangan atau isu yang diutarakan oleh etnik yang diwakili di
peringkat akar umbi. Segala permasalahan yang diutarakan, kemudian akan diterjemahkan
melalui pelaksanaan dasar oleh kerajaan yang memerintah. Pemimpin ini juga perlu memainkan
peranan di dalam menerangkan sebarang kekeliruan terhadap sebarang isu yang timbul. Melalui
interaksi ini, keharmonian perhubungan di antara etnik dapat dijaga.
Faktor kedua membabitkan interaksi serta permuafakatan yang dicapai di kalangan
pemimpin yang dipilih, dalam menyelesaikan pelbagai isu berbangkit. Permuafakatan ini tercapai
melalui sikap toleransi serta keprihatinan pemimpin terbabit, terhadap batas-batas sensitiviti yang
telah dipersetujui bersama. Malaysia adalah salah satu negara yang berjaya menerapkan sistem
perkongsian kuasa ini dengan jayanya. Kejayaan ini dibantu sikap toleransi serta saling hormat
menghormati yang diamalkan rakyat negara ini. Dalam hal ini, interaksi pada peringkat akar umbi
adalah penyumbang utama kepada kejayaan yang dicapai. Justeru, keharmonian hubungan di
antara kaum perlu sentiasa dijaga dan disuburkan, agar setiap lapisan rakyat dapat menjalani
kehidupan mereka dengan aman dan damai.
Berbeza parti bukannya berbeza dari segi akidah, tahap keimanan dan keislaman
seseorang. Sebaliknya berbeza parti hanyalah bersifat ijtihadi dan khilafiah yang dibenarkan
syarak dalam menentukan parti mana yang berkemampuan mentadbir urusan umat dengan lebih
berkesan. Sebab itulah dalam keghairahan berpolitik dan berparti, rakyat harus tahu sempadan
dan batasannya. Keseronokan berpolitik dan berparti jangan sampai menghalalkan yang haram
dan mengharamkan yang halal. Malah perbezaan parti dalam sistem demokrasi tidak wajar
melarat-larat sehingga mencetuskan permusuhan emosi yang mencairkan kekentalan ukhuwah,
memecah kesepaduan umah dan menghancurkan prinsip keadilan dan kebenaran.
Sebagai rakyat Malaysia, kita amat bertuah kerana semenjak memperoleh kemerdekaan
kita telah hidup dalam suasana yang aman dan makmur. Bagi memastikan apa yang kita warisi
hari ini terus dinikmati generasi mendatang kita hendaklah sentiasa menghayati dan
mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, sistem persekutuan dan Raja Berperlembagaan.
Kita juga hendaklah mengenang jasa-jasa bapa-bapa pengasas negara yang terpaksa
menghadapi serta menangani dengan jayanya pelbagai ancaman dan cabaran termasuklah
komunisme, konfrontasi, gejala perkauman, kerapuhan perpaduan nasional dan kemiskinan.
Keupayaan kita untuk membina sebuah negara majmuk yang berjaya tanpa mengorbankan
prinsip teras demokrasi menjadikan negara kita sebagai salah satu daripada hanya beberapa
buah negara dalam dunia yang berupaya untuk berbuat demikian.

Rujukan :

http://notactu553.blogspot.com/2012/11/tajuk-05.html
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/politik/9905-politik-permuafakatan-.html
Palmah Atoma, Kassim Thukiman, Hamidah Abdul Rahman, ( 2008 ), Hubungan Etnik
Di Malaysia, Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia.

You might also like