You are on page 1of 2

KEPENTINGAN AMALAN SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA

Demokrasi berparlimen boleh diungkapkan badan perundangan yang tertinggi kuasanya.


Negara seperti Britain, Jepun, Malaysia, dan India yang mengamalkan sistem ini. Parlimen terdiri
daripada ahli-ahli yang dipilih dalam pilihan raya umum, yang selalunya diadakan sekurang-
kurangnya lima tahunsekali. Parlimen ialah badan yang mewakili rakyat untuk membentuk undang-
undang negara. Tugasnya ialah menggubal undang-undang dan dasar-dasar melalui kuasa yang
diberi kepadanya oleh undi rakyat. Sistem demokrasi berparlimen boleh dibahagikan kepada dua,
iaitu dewan yang dipilih dan dewan ahlinya dilantik. Dewan yang yang dipilih oleh orang ramai
melalui pilihanraya umum dan dewan yang ahli-ahlinya dilantik oleh ketua negara atau institusi
tertentu yang ditugaskan oleh perlembagaan.

Terdapat 7 ciri demokrasi berparlimen. Antaranya ialah perlembaggaan merupakan undang-


undang tertinggi dan menjadi asas pembentukan kepada sesebuah negara. Perlembagaan yang
rasmi di terkandung didalamnya segala prinsip dan peraturan sebagai panduan kepada kerajaan
untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara. Ciri kedua ialah Raja Berperlembagaan yang
bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut pembentukan dalam perlembagaan Malaysia.
Yang Di Pertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagan Malaysia. Ciri seterusnya, ialah
Parlimen. Parlimen adalah badan perundangan bagi kerajaan persekutuan dan ia membuat undang-
undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh negara. Parlimen boleh meluluskan undang-undang
persekutuan dan membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang ada, memeriksa
dasar-dasar kerajaan.

Ciri keempat ialah pilihan raya. Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat unuk
memerintah samada pada peringkat negeri mahupun persekutuan. Pemilihan ini dilakukan secara
sulit dan teliti dengan menggunakan prosedur yang teratur. Ciri kelima ialah kuasa memerintah.
Malaysia merupakan demokrasi berparlimen yang menggunakan konsep pengasingan kuasa. Kuasa
pemerinahan dibahagikan kepada tiga bahagian iaiu badan perundangan, badan pelaksana dan
badan kehakiman. Selain itu, ciri parti politik. Parti politik boleh dikatakan sekumpulan orang yang
mempunyai ideologi politik untuk mencapai malamat bersama. Parti-parti politik ini berjuang untuk
mendapatkan kuasa tinggi. Akhir sekali, ciri kebebasan asasi. Kebebasan asasi terbahagi kepada dua
bahagian iaitu kebebasan mutlak dan kebebasan bersyarat. Kebebasan mutlak adalah kebebasan
yang tidak bersyarat.

Kelebihan sesebuah Negara membuat piihan raya pula. Rakyat boleh menentukan sendiri
pemimpin kerajaan malah tidak perlu berdasarkan politik kepartian tetapi kemampuan
melaksanakan kerja. Rakyat boleh juga menentukan sendiri hala tuju pambangunan di kawasan
mereka, sesuai dengan cara hidup dan aktiviti ekonomi mereka. Ini akan membantu rakyat bertindak
bijak dalam merangka masa depan hidup mereka. Pilihan raya penting kepada semua warga negara
dalam sistem pemerintahan demokrasi. Setiap warga negara perlu bertanggungjawab mengambil
tahu perkembangan politik semasa. Mereka harus melibatkan diri dalam proses memilih pemimpin
negara serta menentukan bentuk kerajaan dan corak pemerintahan demokrasi melalui pilihan raya.
Seterusnya, kelebihan sistem pilihan raya di Malaysia telah berjaya mengekalkan sistem demokrasi
berparlimen sehingga kini.
Antara kelebihan lain bagi sistem demokrasi berparlimen ialah,kecekapan pentadbiran
Negara yang sistematik telah dibentuk dan segala permasalahan dapat diselesaikan melalui
rundingan. Hal ni dapat mengekalkan keamanan dan keharmonian Negara. Dengan itu, perancangan
pembangunan kerajaan dapat mudah diatur. Disamping itu,kerjasama dalam masyarakat dapat
ditingkatkan. Keadaan ini dapat mengurangkan tekanan antarabangsa. Akhir sekali, Sistem ini juga
dapat memperkukuhkan perpaduan dan menjamin kestabilan politik yang secara tidak langsung
menarik pelaburan asing bagi membantu perkembangan sistem industri Negara.

Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh di!alankan untuk memupuk semangat patriotik
dalamkalangan masyarakat di negara kita. Antranya ialah memupuk semangat patriotik se!ak dari
bangku sekolah lagi. Pengaruh guru di sekolah turut beperanan penting dalam usaha menyemai
semangat patriotik dalam jiwa rakyat negara ini semenjak kanak-kanak. Hal ini kerana guru-guru
yang mengajar di sekolah boleh menekankan unsur-unsur patriotik di dalam kelas. Mereka perlu
mendorongkanak-kanak lahir perasaan bangga dan syukur terhadap negara serta cinta akan negara.
Contohnya, pihak sekolah boleh mengadakan program seperti sambutan Hari memerdekaan
peringkat sekolah, nanyian Lagu Negara Ku semasa perhimpunan dan sebagainya. Guru-guru juga
boleh menerapkan semangat patriotik semasa berada dalam mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan
Moral. Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik
akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula, amalan ini penting kerana kita
dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan perkara-perkara
yang akan memburukkan nama Negara.

644 Patah Perkataan

You might also like