You are on page 1of 8

i) Sejarah Penubuhan

Akta Kerja 1955 ialah undang-undang penting yang menyentuh tentang hak dan tanggungjawab
majikan dan pekerja di sektor swasta. Akta ini menetapkan standard minimum bagi syarat-syarat
penggajian pekerja dan melindungi mereka daripada dieksploitasi. Undang-undang ini mengawal hal
berkaitan upah, hari rehat, jam bekerja, hari kelepasan, cuti tahunan, cuti sakit, pengambilan
pekerja wanita dan perlindungan bersalin, penamatan kontrak dan pengambilan pekerja asing. Akta
Kerja ditadbir dan dikuatkuasakan oleh Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia. Akta
ini hanya terpakai kepada pekerja sektor swasta. Pekerja sektor awam yang terdiri daripada
kakitangan perkhidmatan awam peringkat persekutuan dan negeri, kakitangan badan berkanun dan
kerajaan tempatan pula dikawal oleh Perintah Am. Skop perlindungan Akta Kerja adalah tertakluk
kepada beberapa syarat dan hanya terpakai kepada:

a) pekerja di Malaysia Barat sahaja termasuk Wilayah Persekutuan Labuan;

b) pekerja yang didefinisikan oleh Akta;

c) majikan yang didefinisikan oleh Akta; dan

d) pekerja yang diambil kerja oleh majikan di bawah kontrak perkhidmatan.

Akta Kerja digubal oleh kerajaan dengan dasar untuk melindungi pekerja yang telah
menandatangani kontrak perkhidmatan dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan atau
kepada mereka yang bekerja secara manual seperti buruh kasar; atau mengendali atau
menyelenggara kenderaan untuk pengangkutan yang beroperasi secara mekanikal; pekerja kapal
dan pekerja domestik tanpa mengambil kira jumlah pendapatan mereka.

SIAPAKAH PEKERJA DI BAWAH AKTA KERJA 1955?

Seorang “pekerja” merujuk kepada:


a) Mana-mana orang yang, tanpa mengira pekerjaannya, telah menandatangani suatu kontrak
perkhidmatan dengan seorang majikan dan berpendapatan bulanan tidak melebihi RM2,000; atau

b) Mana-mana orang yang, tanpa mengira amaun gajinya sebulan RM2500 ke, RM3000 ke, -

i. melakukan kerja kasar;

ii. melakukan pengendalian atau penyenggaraan kenderaan yang dikendalikan untuk pengangkutan;

iii. menyelia atau mengawasi pekerja lain yang menjalankan kerja kasar;

iv. diambil bekerja dalam apa-apa keupayaan dalam mana-mana kapal yang didaftarkan di Malaysia;

v. diambil bekerja sebagai pekerja domestik. Pekerja yang dimaksudkan di sini ialah mereka yang
memenuhi definisi pekerja termasuklah pekerja separuh masa, pekerja sementara atau kontrak,
pekerja percubaan dan pekerja asing yang mempunyai permit yang sah.

HAK ASAS PEKERJA

Hak pekerja adalah hak undang-undang dan hak asasi manusia yang mempunyai kaitan
dengan hubungan antara pekerja dan majikan, yang biasanya termaktub di bawah
undang-undang buruh dan pekerjaan. Di antara hak asas pekerja ialah:

• Dilayan dengan adil dan saksama;

• Mempunyai persekitaran yang selamat untuk bekerja;

• Bebas daripada diskriminasi;

• Bebas daripada gangguan;

• Mendapat pampasan adil, iaitu, gaji yang sama bagi kerja yang sama dilakukan;

• Bebas daripada tindak balas apabila memfailkan aduan terhadap syarikat; dan

• Bebas daripada pencerobohan privasi. 


ii) Tujuan penubuhan

Akta Kerja 1955 ini telah digubal oleh kerajaan atas dasar untuk melindungi hak pekerja khususnya
kepada mereka yang telah menandatangani kontrak perkhidmatan dan dibayar upah tidak melebihi
RM2000 sebulan ataupun pekerja yang tidak kira jumlah upahnya yang terlibat dengan pekerjaan
kasar, atau yang terlibat sebagai penyelia pekerja kasar dibawah majikan yang sama, atau yang
terlibat sebagai pemandu jentera berat sama ada untuk tujuan membawa barang, penumpang atau

pun upah, atau yang terlibat sebagai pekerja yang digajikan dalam kapal atau yang terlibat sebagai
kakitangan domestik.

HURAIAN diatas jelas bahawa pentingnya AKTA INI dalam menjaga hubungan diantara pekerja dan
majikan serta menjaga kebajikan pekerja dan PENTINGNYA BERKESATUAN dan sedarlah bahawa
selagi kita "makan" gaji, selagi itu kita tertakluk kepada akta ini.

Akta Kerja 1955 juga digubal bertujuan untuk mengawal selia perhubungan antara majikan dengan
pekerja bagi menjalin perhubungan yang harmoni dan kondusif agar dapat mewujudkan suasana
perindustrian dan pelaburan yang sihat demi memajukan ekonomi negara.

Huraian diatas juga jelas bahawa kesatuan juga memain peranan dalam membantu produktiviti
syarikat dan negara. Maksud ini jelas kesatuan khususnya RUM dalam situasi ini, erti kata lain
memandang serius dalam isu membabitkan kebajikan pekerja.

iii) Jenis perlindungan yang diperuntukkan


Akta Pekerja 1955 : Antara 9 Hak Pekerja Yang anda Wajib Tahu!
Masih ramai lagi pekerja tidak berapa faham mengenai hak-hak pekerja. Jika
anda ditindas di tempat kerja pun korang redha. Korang kena tahu kita sebagai
pekerja mempunyai akta sendiri  yang telah digubal oleh kerajaan. Ini
untuk menjaga kepentingan dan melindungi kita semua dari ancaman majikan
korang. Ada sesetengah tempat kerja ni hanya menjaga kepentingan syarikat
mereka sendiri tapi kebajikan pekerja diabaikan.
Akta itu dikenali sebagai dibawah Akta Pekerja 1955 (Employment Act
1955). Akta ini merangkumi banyak sektor dan bahagian. Memang banyak kalau
kita nak tahu ini sesetengah yang korang kena tahu lah. Majikan bukan ada 100
peratus hak ke atas korang bila time kerja. Kalau korang  tiada masalah
pun di tempat kerja jom kita baca artikel ini untuk tambah pengetahuan am
korang. Antara Akta-akta tersebut adalah:
1) Golongan apakah yang dilindungi di bawah Akta Pekerja 1955.
Tak kisah lah korang kerja apa, full time, part time, mahupun pekerja kontrak
sekalipun. Gaji kecil atau besar. Undang-undang korang adalah sama dan masih
dibawah Akta Pekerja. Dan setiap satu akta berkaitan dengan akta lain. Jadi
contohnya korang ni hanya pekerja kontrak. Jangan risau kerana korang juga
mempunyi hak untuk dilindungi. Contoh situasi kalau korang nak buat aduan
mengenai majikan korang tu. Mestilah kena ada bukti yang kukuh dan bukan
mudah proses ini.
2) Hak-hak yang terkandung di bawah Akta pekerja.
Banyak jenis hak yang ada, contoh yang dapat kami senaraikan ialah, maksima
waktu kerja sehari, jumlah cuti, korang punya gaji, potongan gaji, cuti bersalin,
dan banyak kali. Dan setiap satu hak ni masih banyak lagi huraiannya.
Contohnya Cuti bersalin, tempoh waktu cuti sebelum bersalin dan selepas
bersalin, pengesahan korang bersalin selepas melahirkan anak. Pengesahan ini
boleh dibuat oleh ahli keluarga ke atas majikan korang tempat bekerja itu.
Dalam tempoh bersalin jugak korang tidak dibenarkan untuk kerja berat-berat
lah. Tapi jangan malas pulak!
3) Maksud Waktu Kerja Sehari.
Biasa nya kenyataan ini terdapat dalam kontrak yang telah korang tandatangan
sebelum masuk kerja yang dipersetujui antara korang dengan majikan. Jadi
nasihat disini baca betul-betul sebelum korang tandatangan apa-apa kontrak tu.
Seperti semua orang tahu waktu bekerja biasa ialah 8 jam sehari tidak termasuk
rehat iaitu 1 jam. Dan rehat itu wajib! diperuntukkan untuk setiap pekerja.
Kesimpulanya tempoh maksima dalam seminggu adalah kurang dari 48 jam. Tapi
ini di atas persetujuan bersama antara majikan dan pekerja.
4) Kerja lebih masa.
Maksud kat sini ialah waktu kerja melebihi dari yang ditetapkan dalam satu hari
(OVER TIME). Dibawah Akta ini jugak ada akta lain-lain yakni kadar bayaran
kerja lebih masa dan tempoh had kerja lebih masa dalam sebulan ialah tidak
boleh lebih 104 jam dalam sebulan. Cara bayar lebih masa pula adalah 1 1/2
sejam dari gaji korang sehari (1 jam) pada hari biasa, hari rehat dan cuti am.
5) Tempoh waktu gaji.
Ini penting juga kerana ini mengenai gaji korang. Jadi tempoh yang telah
ditetapkan oleh undang-undang ialah sebulan untuk tempoh gaji. Kalau dalam
kontrak tiada menyatakan tempoh gaji. Ia akan tetap 1 bulan seperti yang telah
ditetapkan. Tempoh pembayaran pula tidak boleh lewat selepas 7 hari dari
tempoh gaji sebulan. Jika majikan korang nak bayar lewat dari 7 hari tu. Dia
kena mempunyai bukti kebenaran dari Ketua Pengarah Jabatan Buruh
Semenanjung Malaysia.
6) Pekerjaan yang dilarang untuk wanita.
Kerja bawah tanah ialah antara contoh pekerjaan dibenarkan untuk wanita.
Macam tak logik juga lah kan perempuan pekerja di bawah tanah. Contoh
sebagai cari gali, pembinaan atau sebagainya. Nampak remeh tapi benda ni
wajib tahu. Selain itu waktu bekerja dari 10 malam hingga 5 pagi di atas sektor
perusahaan dan pertanian. Melainkan mendapat pengecualian daripada Ketua
Pengarah Buruh.
7) Majikan langgar kontrak.
Okey kalau gaji korang lambat terima yakni lebih tempoh 7 hari selepas
tamat waktu sebulan. Majikan korang telah dianggap langgar kontrak. Jadi
korang ada hak untuk membuat tuntutan dan aduan. Ada pemotongan gaji yang
tidak sepatutnya, tidak dibayar untuk lebih masa dan sebagainya.
8) Pekerja melanggar kontrak.
Untuk pekerja pulak. Kalau korang tidak hadir selama dua hari berturut tanpa
kenyataan dan kebenaran tanpa majikan. Korang dianggap telah langgar
kontrak. Lain lah korang mempunyai alasan yang munasabah seperti pengesahan
yang berkaitan. Kalau korang cuti sakit tu wajib untuk dapatkan Sijil Sakit dari
klinik-klinik dan hospital. Ini penting untuk kerjaya korang selain itu kesihatan
korang. Kalau boleh bagi tahu awal-awal korang tidak dapat hadir bekerja. Ini
semua diatas bertolak ansur antara korang dan bekerja.
9) Jika majikan melakukan pembuangan kerja. Siapa yang dibuang dulu.
Jika tempoh korang bekerja tu, syarikat ada krisis ke, ekonomi atau pemotongan
jumpah pekerja berlaku. Pekerja yang harus dibuang dulu ialah pekerja asing.
Selepas itu barulah pekerja tempatan. Jadi kalau korang kena buang dulu
pandai-pandai lah buat aduan ye. Layanan juga tidak boleh berat sebelah antara
pekerja tempatan dan asing. Layanan haruslah sama rata oleh majikan!
Ini lah yang dapat kami senaraikan dan huraikan. Sebenarnya banyak lagi yang
korang kena tahu. Jadi mana-mana yang mempunyai masalah di tempat kerja tu
boleh lah buat rujukan disini. Korang tak perlu risau ataupun takut kerana
korang dilindungi oleh undang-undang. yang penting korang pandai-pandai lah
bawa diri tu ye. Selain itu sama-sama kita tingkatkan kualiti kerja kita.

iv) Bagaimanakah akta memberi perlidungan?

Seorang pekerja boleh membuat aduan untuk menuntut haknya jika didapati dirinya ditindas oleh
majikan. Berikut ialah carta aliran tentang proses membuat aduan.Aktiviti 26b

You might also like