You are on page 1of 4

YFB6301 SMK KAI CHUNG

Menuju Kegemilangan 奋进开中 Forward Kai Chung

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK TAMBAHAN


BIL.01/2019

Tarikh : 28/12/2018 ( Jumaat )


Masa : 2.30 petang
Tempat: Bilik Guru, SMK Kai Chung
KEHADIRAN
Bil Nama Jawatan
1 Cikgu Hasminie Bin Hussen Ketua Bidang Teknik dan
Vokasional
2 Puan Ting Hie Huong Ketua Panitia Matematik
Tambahan
3 Puan Lee Mee Ching Guru Matematik Tambahan

TIDAK HADIR
Bil Nama dan Jawatan Sebab Ketidakhadiran
1 -

URUS SETIA
Bil Nama Jawatan
1 Lee Mee Ching Pencatat Minit

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas usaha semua cikgu dalam menjalankan tugas
sepanjang tahun 2018.
Tindakan : Makluman Semua

2.0 KATA-KATA AMANAT KETUA BIDANG TEKNIK & VOKASIONAL


2.1 Ketua Bidang mengucapkan syabas & tahniah kepada semua cikgu dalam melakukan tugas
yang terbaik dalam tahun 2018.
2.2 TOV & ETR perlu disediakan oleh semua guru subjek. Markah peperiksaan Akhir Tahun
digunakan sebagai TOV untuk T5 dan markah Ujian diagnostik untuk T4. Markah TOV
perlu ditambahn sebanyak 10% sebagai markah ETR semua pelajar. Hard copy & soft copy
perlu diserahkan kepada Ketua Bidang.
2.3 RPH perlu ada elemen KBAT, IThink, PAK-21( untuk topik-topik yang bersesuian sahaja ),
Set Induksi, Penyampaian, Penutup serta komen penyemak.
2.4 Kelas Tambahan T5 akan bermula selepas PPP1.
2.5 Brochure KBAT perlu disediakan. KP mencadangkan brochure daripada hasil kerja pelajar.
2.6 RPH yang pertama perlu dihantar kepada pengetua pada 8/1/2019.
2.7 Buku latihan perlu dihantar sekali dengan RPH pada minggu pertama setiap bulan kepada
pengetua untuk tujuan pemantauan. ( 1naskah dari pelajar baik, 1 naskah dari pelajar
sederhana & 1 naskah dari pelajar lemah )
2.8 E-operasi perlu dikemaskini untuk jadual mengajar yang terkini.
Tindakan : Makluman Semua
3.0 Pengesahan Minit dan Perkara Berbangkit
3.1 Minit Mesyuarat Panitia MT Bil 04/2018 dicadangkan pengesahannya oleh Cikgu
Hasminie Hussen dan disokong oleh Cikgu Lee Mee Ching.
Tindakan: Makluman Semua

4.0 PEMBENTUKAN AJK 2019.


4.1 Pembentukan Ajk 2019 sudah disediakan jadual oleh Ketua Panitia. Sila rujuk lampiran
untuk Penyelaras Tingkatan, Jadual Penggubal Soalan, Bentuk Soalan dan Jadual
Pemantauan Kerja Bertulis.
Tindakan :Semua Guru

5.0 LAPORAN PERKEMBANGAN AKTIVITI/ PROGRAM TAHUN 2018.


5.1 Semua laporan tahun 2018 sudah disiapkan dan disimpan dalam cloud storage.
5.2 Ketua Bidang menggesa semua guru untuk menyediakan laporan terus selepas sahaja
sesuatu program dijalankan.
Tindakan :Semua Guru
6.0 CADANGAN PROGRAM/ AKTIVITI PEMANTAPAN PENCAPAIAN KEPUTUSAN
AKADEMIK PELAJAR 2019.
6.1 Berikut merupakan cadangan untuk program peningkatan pencapaian pelajar tahun 2019:

1. Kelas Intervensi T5 ( untuk kumpulan pelajar yang lemah ).

2. Bengkel Teknik menjawab soalan KBAT – untuk tajuk yang bersesuaian & beberapa
soalan dipilih. Pelajar diajar sekurang-kurangnya cara untuk mula menjawab soalan
KBAT .
3. PLC- akan dijalankan 2 kali sebulan. Jadual akan disediakan oleh KP.

4. Klinik MT T5 – akan dimulakan selepas silibus dihabiskan pada penggal 2. Waktu


PJK diambil untuk mengajar pelajar yang sangat lemah, terutamanya pelajar kelas
5S2.
5. SAT akan digantikan dengan Program VAM ( Vitamin for Add Math ) – KP
mencadangkan untuk bagi soalan pendek yang boleh mengukuhkan asas pelajar
setiap waktu sebelum pdpc bermula. Objektif Vitamin ini adalah sebagai soalan
ulangkaji kepada pelajar T5 untuk topik T4. Fail akan disediakan untuk menyimpan
hasil kerja pelajar.
6. Bengkel Teknik Menjawab Soalan MT SPM 2019.

7. Ujian Topikal perlu dijalankan selepas setiap topik mengikut kesesuaian masa guru
subjek masing-masing.
8. Motivasi kepada pelajar T5 sebelum SPM. Guru akan menyediakan kad motivasi &
pen sebagai galakan & motivasi.
9. Bengkel Teknik Menjawab soalan SPM Bertopik: T opik 2 & Topik 5 T5 untuk
pelajar T5.
10. Kelas Pecutan Akhir.
11. Kelas Intervensi Tambahan Hari Sabtu- mula selepas PPP1

Tindakan :Semua Guru

7.0 KELAS INTERVENSI & KELAS TAMBAHAN.


7.1 Dimulakan selepas PPP1.
Tindakan :Guru Subjek T5

8.0 PENYEDIAAN RPT & RPH


8.1 RPT untuk T5 ( Cikgu Ting Hie Huong ) & RPT T4 ( Cikgu Lee Mee Ching ) sudah
disediakan & disimpan dalam cloud storage. Guru subjek perlu menyediakan 1 salinan
untuk KP, 1 salinan untuk KB & 1 salinan untuk guru subjek.
8.2 Format untuk RPH sila rujuk lampiran.
Tindakan :Semua Guru

9.0 REKOD PENYEMAKAN HASIL KERJA MURID.


9.1 Pemantauan kerja bertulis 2019 dijalankan secara cross check antara guru T5 & T4
9.2 Borang pemantauan akan disediakan oleh KP dan guru pemantau perlu tandatangan & tulis
tarikh.
Tindakan :Semua Guru

10.0 PROGRAM KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (PLC)


10.1 Jadual program akan disediakan oleh KP
Tindakan :Makluman Semua
11.0 LDP
11.1 Semua guru perlu melebihi tahap minimum iaitu melebihi 30 mata kredit. Mata kredit ini
termasuklah LDP sekolah, PLC, kursus luar, Sukan Tahunan, Bengkel luar.
Tindakan : Makluman Semua

12.0 PERANCANGAN PERUNTUKAN PCG TAHUN 2019.


12.1 Baki peruntukan PCG tahun 2018 ialah RM0.10

12.2 Cadangan tahun 2019: hadiah untuk pertandingan Kuiz/ KBAT T5/T4 & hadiah untuk
pertandingan BBM/ABM yang kreatif T5/T4.

12.3 Hadiah untuk penghasilan brochure KBAT

12.4 Cadangan jumlah hadiah untuk setiap kategori: kedudukan 1-3 & 2 saguhati.

Tindakan :Makluman Semua


13.0 HAL-HAL LAIN
13.1 Tingkatan 5S1/S2 digabungkan dalam 1 kelas. Namun demikian pelajar 5S1 & 5S2.
menunjukkan perbezaan prestasi yang sangat ketara & guru sukar untuk menjalankan pdpc
dalam satu masa yang sama. 5S2 memerlukan masa yang panjang untuk memahami
sesuatu topik.
13.2 1 salinan jadual waktu terkini & maklumat peribadi perlu dihantar kepada KP & KB.
13.3 Buku kerja T4 tidak dibeli. Guru subjek perlu menyediakan latihan sendiri untuk pelajar.
13.4 Buku soalan tahun-tahun lepas SPM akan dibeli oleh pelajar T5.
13.5 Semua fail panitia tahun 2018 sudah dikemaskini.
13.6 Unsur PAK ke-21 T5 ( progression, Vector, Trigonometric Function, Permutation &
Combination ). Unsur PAK ke-21 T4 ( Function, Quadratic Equation,Quadratic Function,
Index & Logarithm, Statistic ).
Tindakan :Makluman Semua.

14.0 Penutup
14.1 Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 3.40 petang.

Dicatat oleh; Disemak oleh;

( LEE MEE CHING ) ( TING HIE HUONG )


Jawatan: Guru Subjek Jawatan: Ketua Panitia
Tarikh : Tarikh :

Disahkan oleh;

( HASMINIE HUSSEN)
Jawatan: Ketua Bidang Teknik dan Vokasional
Tarikh :

You might also like