You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK BIL.

1 Sesi 2022/2023
SK BATANG AI, LUBOK ANTU

Tarikh : 26 Mei 2022


Masa : 8.00 petang hingga 9.00 petang
Medium : Google meet

Kehadiran :

1. En. Emmanuel anak Johnny Ketua Panitia


2. En. Mohamad Arif Aizat Setiausaha
3. En. Liang Jian Ming Bendahari
4. Pn. Vetaria Unja Ahli
5. Pn. Chan Ngiik Ho Ahli
6. En. Adam Bin Che Murad Ahli
7. Cik Susan Jittai Ahli
8. En. Nelson Kubu Ahli

1.0 PERUTUSAN KETUA PANITIA


1.1 Ketua Panitia mengalu-alukan kehadiran semua ahli Panitia Matematik
yang hadir. Beliau mengucapkan terima kasih kerana sentiasa memberikan
kerjasama dan memainkan penanan penting dalam melaksanakan setiap
aktiviti panitia.
Makluman

1.2 Tujuan Mesyuarat Panitia Matematik Bil.1 Sesi 2022/2023


Satu daripada platform yang digunakan untuk berkongsi maklumat, isu dan
tindakan penambahbaikan berkaitan perancangan, pelaksanaan dan
pelaporan Panitia Matematik dari masa ke semasa.
Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LEPAS


2.1 Pengesahan Minit Mesyuarat Panitia Matematik Bil. 2 Sesi 2021/2022
Pengesahan minit mesyuarat telah dicadangkan oleh Pn. Vetaria dan
disokong oleh Cik Susan.
Makluman

3.0 PERKARA BERBANGKIT / MAKLUM BALAS MESYUARAT


3.1 Tiada perkara berbangkit daripada Minit Mesyuarat Panitia Matematik Bil. 2
Sesi 2021/2022.
Makluman
4.0 ISU-ISU PENGURUSAN PANITIA
4.1 Program peningkatan akademik sekolah.
Ketua panitia mencadangkan aktiviti panitia bagi tahun 2022. Antara program
panitia yang dicadangkan adalah:
i. Sifirton
ii. Minggu Matematik
iii. Program Mentor Matematik
iv. Bimbingan Individu / Berpasangan

Tindakan : Semua ahli

4.2 Penguasaan TP 3 dalam PBD


Ketua Panitia menjelaskan bahawa dalam setiap penguasaan Matematik,
sekurang-kurangnya TP3 adalah pada tahap mengaplikasi kemahiran
mengira dalam operasi asas. Ketua Panitia meminta agar setiap soalan yang
diberikan dikecilkan kuantiti/nilai supaya mudah bagi murid untuk menguasai
konsep terlebih dahulu.
Tindakan : Semua ahli

4.3 Isu-Isu
Antara isu yang telah dikenalpasti dalam kalangan murid adalah :
i. Murid tidak fokus semasa guru memberi penerangan.
ii. Murid kerap tidak hadir ke sekolah banyak ketinggalan topik asas yang
perlu dikuasai terlebih dahulu.
iii. Murid tidak fasih berbahasa Inggeris mengalami masalah untuk
memahami sesuatu topik dalam DLP.
iv. Murid lemah dalam operasi asas.
Makluman

4.4 Status Perbelanjaan PCG


Ketua Panitia menyatakan bahawa peruntukan bagi Panitia Matematik adalah
sebanyak RM450.00 sahaja pada tahun ini. Beliau bercadang untuk membeli
cop sifir bagi memudahkan para guru mengecop sifir pada buku latihan murid
untuk dirujuk semasa membuat latihan.
Makluman

4.5 DSKP, RPT dan RPH


Ketua Panitia menyatakan bahawa DSKP,RPT dan template RPH boleh
didapati daripada beliau dalam bentuk softcopy jika mahu dicetak. Ketua
Panitia memberikan kelonggaran sama ada untuk memilih bahan yang telah
disediakan oleh beliau ataupun menyediakan sendiri. Namun begitu, RPT dan
RPH yang disediakan perlulah menepati skema terkini dan wajib dalam
Bahasa Inggeris bagi Matematik DLP.
Tindakan : Semua ahli

5.0 HAL-HAL LAIN


5.1 Tiada
Makluman
6.0 RUMUSAN/PENUTUP
6.1 Ketua Panitia mengucapkan terima kasih atas penglibatan dan kerjasama
semua ahli sepanjang mesyuarat dilangsungkan.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 9.00 petang.

Minit Mesyuarat Disediakan Oleh :

MOHAMAD ARIF AIZAT BIN MOHAMAD ALI


Setiausaha Panitia Matematik
SK Batang Ai, Lubok Antu

You might also like