You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA BIL.

1 SESI 2022/2023
(PANITIA MATEMATIK)
SEKOLAH KEBANGSAAN LONG ANAP BARAM
YBB4314

Tarikh : 5 MEI 2022 (Khamis)


Masa : 3:00p.m. – 5:00p.m.
Tempat : Dewan

NAMA PERANAN / JAWATAN KEHADIRAN


Kehadiran :
1. Puan Nelly Jalong Pengerusi 1/1
2. Puan Jaslyn Ema Anak Menik Ketua Panitia Matematik 1/1
3. Puan Sim Hui Tene Setiusaha Panitia Matematik 1/1
4. Encik Ahmad Nizamuddinn Hussin AJK 1/1
5. Puan Erica Tipong Madang AJK 1/1

Bil Perkara Tindakan


1.0 Ucapan Pengerusi Makluman
1. Pengerusi mengucapkan selamat petang kepada semua
guru dan melahirkan rasa kesyukuran kerana mesyuarat
panitia bilangan yang pertama dapat diadakan.
2. Pengerusi menyatakan mesyuarat ini perlu diadakan
bagi membincangkan perkara seperti kewangan panitia,
penyelarasan format RPH, merancang aktiviti panitia dan
merancang pembelian Bahan Bantu Mengajar (BBM)
panitia yang akan mendatangkan manfaat kepada murid.
2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Makluman
Minit disahkan oleh Puan Erica dan disokong oleh Encik
Ahmad Nizamuddin.
3.0 Perkara-Perkara Berbangkit
(Tiada)
4.0 Penyediaan DSKP & RPT Tindakan
Pengerusi memaklumkan setiap guru perlu menyediakan
DSKP dan RPT yang dicetak untuk disahkan oleh guru
besar. DSKP akan disimpan dalam fail panitia manakala
RPT akan disimpan dalam fail RPH guru. Setiap panitia juga
perlu menyimpan surat pekeliling ikhtisas garis panduan
pengurusan panitia dalam fail panitia.
5.0 Format RPH - selaraskan mengikut subjek Tindakan
Pengerusi memaklumkan bahawa format RPH perlu
diselaraskan mengikut subjek.
6.0 Penghantaran RPH Tindakan
Pengerusi menyeru semua guru untuk menghantar RPH
pada setiap minggu.
7.0 Pencerapan - 2 kali setahun Makluman
Adalah dimaklumkan bahawa pencerapan PdPc akan
diadakan 2 kali setahun dan pencerapan yang pertama
akan dibuat oleh Guru Besar.
8.0 Perancangan Perbelanjaan Panitia Tindakan
1. Pengerusi meminta semua guru untuk merancang
perbelanjaan panitia dan membeli BBM yang bermanfaat
untuk aktiviti pembelajaran murid.
2. Pembelian hadiah untuk aktiviti sempena minggu panitia Makluman
juga akan menggunakan peruntukan panitia.
11.0 Perancangan Aktiviti Panitia Makluman
Setelah perbincangan, semua bersetuju untuk mengadakan
Minggu Panitia Matematik bergabung dengan Panitia Sains
pada 12 Mei 2022. Mesyuarat akan diadakan lagi bagi
membincangkan aktiviti yang akan dijalankan pada Minggu
Panitia Bahasa.
12.0 Hal-Hal Lain Makluman
1. Pengerusi berkongsi tentang Garis Panduan Tindakan
Pengurusan Panitia dan menyatakan beberapa
perkara penting seperti mesyuarat panitia perlu
diadakan sekurang-kurangnya tiga kali setahun dan
setiap panitia perlu menyediakan rekod stok BBM.
13.0 Penangguhan Mesyuarat Makluman
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru
atas kerjasama sepanjang mesyuarat. Penangguhan
mesyuarat dicadangkan oleh Puan Jaslyn dan disokong
oleh Encik Ahmad Nizamuddin.

Mesyuarat ditangguhkan pada: 5:00p.m.

Disediakan oleh : Disemak dan disahkan oleh:

(SIM HUI TENE) (JASLYN EMA ANAK MENIK)


Setiausaha Panitia Matematik Ketua Panitia Matematik

Tarikh : Tarikh :

You might also like