You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN PERMAISURI TEL :09 - 8240014

22100 SETIU TERENGGANU

Ruj : SKP/700/06/005(01)
Kepada Tarikh : 2 Januari 2018
Semua guru
Penasihat Ping Pong
SK Permaisuri

MESYUARAT PERMAINAN PING PONG


Merujuk kepada perkara di atas,satu mesyurat akan diadakan sebagaimana ketetapan
berikut:

Tarikh : 2 Januari 2018


Masa : 3.00 Petang
Tempat : Bilik Tayang

2. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:

2.1 Kata Aluan Guru Penasihat


2.2 Pelantikan AJK
2.3 Laporan Aktiviti Tahunan
2.4 Hal-hal Lain
2.5 Ucapan Penangguhan

3. Kehadiran tuan / puan saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, dimaklumkan.Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “


“BERSAMA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN “

Saya yang menurut perintah ,

………………………………………..
( SAKINAH BINTI MUSA )
Guru Penasihat Ping Pong
MINIT MESYUARAT PANITIA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
Minit Mesyuarat Kali Kedua 2016

Tarikh : 28 September 2016


Hari : Rabu
Masa : 1.30 PM
Tempat: Bilik Guru
Kehadiran : 1. Puan Sakinah bt Musa
2. Puan Noraliana bt Ariffin
3. Puan Elysha bt Shafei
4. Encik Khairul Amri b Ab’llah
5. Encik Mohamad b Wahab

AGENDA
1.0 UCAPAN PENGERUSI PANITIA
1.1 Ucapan terima kasih atas kehadiran ke mesyuarat panitia kali kedua ini
1.2 Berharap mesyuarat ini dapat berjalan dengan lancar.

2.0 PERKARA BERBANGKIT


2.1 Oleh kerana pihak pentadbir mahukan semua subjek mengadakan ujian
guru- guru yang mengajar hendaklah membuat soalan ujian. Namun PBS
dan projek masih dikekalkan.
2.2 Borang maklumat guru yang lengkap dan salinan jadual telah dihantar oleh
semua guru yang mengajar.

TINDAKAN : Guru RBT & TMK

3.0 PEMBELIAN BARANG-BARANG RBT/TMK


3.1 Guru RBT telah membuat pembelian barang-barang untuk projek dalam Pdp
dan berharap agar selepas ini pembelian barang-barang dirancang terlebih
dahulu memandangkan buget yang diperolehi hanya 80% sahaja.

TINDAKAN : MAKLUMAN
4.0 PENYEDIAAN SOALAN AKHIR TAHUN
4.1 Kesemua soalan ujian adalah berdasarkan buku teks dan topik yang telah
dipelajari oleh murid.
4.2 Format soalan hendaklah mengandungi Bahagian A – Objektif dan
Bahagian B – Subjektif dan hendaklah dicampur dengan Projek 50% untuk
subjek RBT dan TMK

TINDAKAN : Guru RBT/TMK

5.0 PROGRAM DAN AKTIVITI PANITIA


5.1 Satu program khas akan dirancang bersama dengan ketua Panitia Kemahiran
Hidup untuk dilaksanakan bersama.

TINDAKAN : Guru RBT

6.0 HAL-HAL LAIN


6.2 Peruntukan Kemahiran Hidup telah habis dibelanjakan untuk bahan-
bahan ini.
7.3 P&P diberi keutamaan kepada apa yang ada dahulu.

TINDAKAN : MAKLUMAN

7.0 PENUTUP
7.1 Semoga apa yang dirancang dapat dijalankan dengan baik.

Mesyuarat ditangguhkan pada 2.30 petang.

Disediakan oleh,

………………….
( SAKINAH BINTI MUSA )
Ketua Panitia Reka Bentuk dan Teknologi
SK Permaisuri

You might also like