You are on page 1of 3

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL

LADANG AYER TAWAR


MINIT MESYUARAT
Skpmg2 Bil.2/2020)

TARIKH : 30 OKTOBER 2020 (KHAMIS)


MASA : 01.30 tengah hari hingga 3.00 petang
TEMPAT : Bilik Gerakan
PENGERUSI : EN.N.KRISHNAN

KEHADIRAN (Bilangan) : 08/10


TIDAK HADIR : PN.B.KUMUTHA – CUTI SAKIT LANJUTAN.
PN.B.MYURI – CUTI BERSALIN.
TURUT HADIR (Jika Ada) : TIADA

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi.

1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan AKP yang menghadiri
mesyuarat Jawatankuasa Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Sekolah kali kedua.
Tindakan : Makluman

1.3 Pengerusi juga memberitahu bahawa pengisian skor dalam portal masih perlu diperbaiki
dan PPS perlu sentiasa peka dengan kemasukan skor dalam portal sebelum portal ditutup.
Tindakan : JKSS SKPM

1.4 Salinan hardcopy juga perlu disediakan dan difailkan. Beliau meminta SU memainkan
peranan dalam memastikan tugas-tugas PPS dilaksanakan sebaik mungkin.
Tindakan : JKSS SKPM

1.5 Pengerusi memaklumkan bahawa skor penilaian SKPMg2 Fasa 2(April - Julai) telah pun
selesai dan meminta JKSS dan PSS bersedia bagi pengisian untuk Fasa 3.
Tindakan : JKSS dan PSS
1.6 Pengerusi berharap semua ahli jawatankuasa memperbaiki kelemahan dan memberi
komitmen yang tinggi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberi.
Tindakan : Makluman
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Minit mesyuarat pertama dibentangkan oleh Pn.M.Kaliswari selaku s/u skpmg2.


Minit dicadang oleh Pn.B.Kalaywany dan disokong oleh Pn.P.Thilakawathy.

3.0 Edaran Aspek / TUMS bagi Fasa 3

3.1 Pengerusi meminta para PK mengedarkan borang penilaian Aspek / TUMS


kepada PPS yang berkenaan.

Tindakan : GK kurikulum,PK HEM dan GK Kokurikulum

3.2 Pengerusi memberitahu bahawa borang-borang yang diisi oleh PPS secara manual tidak
perlu dibuat salinan yang baharu sekiranya ada perubahan pada skor atau evidens. PPS
hanya perlu memotong skor yang diubah sahaja.

Tindakan : PPS

3.3 Guru ICT dan Guru Data akan mengisi skor yang telah diubah. Yang penting skor yang
diisi dalam portal haruslah sama dengan borang edaran. Pengerusi meminta Guru dan Guru
ICT semak beberapa kali skor yang diisi supaya sama dengan skor yan ditulis dalam borang
edaran.

Tindakan : Guru Data dan Guru ICT

4.0 Pengumpulan Evidens

4.1 Pengerusi menyatakan bahawa kita sudah pun memasuki fasa ketiga. Oleh itu, selepas
pengisian skor selesai, pengerusi meminta semua PPS mula mengemaskini evidens bidang
masing-masing dan memastikan semua evidens lengkap dan disimpan dalam fail masing-
masing.

Tindakan : PPS

5.0 Hal-hal Lain


5.1 PPS bertanya tentang cara penulisan evidens dan penyimpanan evidens sama ada perlu
membuat salinan semua eviden dan dimasukkan dalam satu fail.

5.2 Pengerusi menyatakan bahawa tidak perlu mewujudkan satu fail khas untuk
penyimpanan evidens kerana ini akan menyebabkan pembaziran kertas. Oleh itu, pengerusi
mencadangkan agar mengemaskinikan fail-fail yang sedia ada dan menyimpan fail-fail
tersebut dibilik pejabat sebelum cuti.

5.3 Pengerusi memohon JKSS, PPS dan semua guru berganding bahu dalam menyelesaikan
misi SKPMg2 ini. Beliau mengucapkan syabas dan terima kasih atas komitmen yang
diberikan oleh semua.

6.0 Penutup

6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang dengan rakaman terima kasih oleh
pengerusi.

Disediakan oleh: Disemak dan Disahkan oleh,

………………………………., ………………………………..,

(KALISWARI MUNIANDY) KRISHNAN NADARAJAH,


Guru Kanan Pentadbiran, GURU BESAR,
SJK T LADANG AYER TAWAR. SJK T LADANG AYER TAWAR.

You might also like