You are on page 1of 4

SK SIMPANG KUDA

D/A PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH


BAU
94000 BAU PK17/2
“CERGAS PUNCA CERDAS”

Ruj. Kami : JPS(W)/SKSK(Pent)/153/07/04/03/( )


Ruj. Tuan :
Tarikh : 24 Julai 2020

Semua Guru,
SK Simpang Kuda, Bau

Tuan,

MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MORAL SK SIMPANG KUDA, BAU BIL 2/2020

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketentuan


berikut :
Tarikh : 05 Ogos 2020 (Rabu)
Masa : 12.30 pm
Tempat : Bilik Mesyuarat SKSK

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:


1. Perutusan Pengerusi (Guru Besar)
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lepas
3. Perkara-perkara berbangkit
4. Laporan / Isu / Cadangan
5. Hal-hal lain
6. Penangguhan Mesyuarat / Penutup

Kehadiran dan kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………………………………………….
( SIMON KUEK ANAK NOKEP )
Guru Besar,
SK Simpang Kuda,
94000 Bau.

s.k. 1. Fail Sekolah

Minit Mesyuarat Panitia_SKSK_2020 1


SK SIMPANG KUDA
D/A PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
BAU
94000 BAU PK17/2

Minit Mesyuarat Panitia


SK Simpang Kuda, Bau Bil.02/2020
Tarikh : 05 Ogos 2020 (Rabu)
Masa : 12.30 pm
Tempat : Bilik Mesyuarat SKSK

Agenda Mesyuarat:
1. Ucapan alu-aluan Penasihat/Guru Besar
2. Ucapan alu-aluan Pengerusi/Ketua Panitia
3. Pengesahan Minit Mesyuarat Lepas
4. Perkara berbangkit
5. Laporan / Isu / Cadangan
6. Hal-hal lain
7. Ucapan Penangguhan

Bil Perkara
1 Ucapan Guru Besar/Penasihat
1.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang dapat hadir ke
Mesyuarat Panitia kali kedua untuk tahun 2020.
Tindakan: Makluman Semua

1.2 Penasihat berharap panitia memberi penekanan ulasan yang lebih terperinci
dalam post mortem setiap peperiksaan.

1.3 Nyatakan bagaimana guru mengambil tindakan untuk mengatasi tindakan apa
sahaja program yang dirancang sama ada tercapai atau tidak.

1.4 Setiap program perlu ada didokumentasikan.

1.5 Fail-fail panitia hendaklah dikemaskini dan surat-surat berkaitan panitia


hendaklah disimpan dalam fail panitia.

1.6 Penyemakan latihan murid harus dibuat dengan teliti.

1.7 Penasihat juga menyatakan agar panitia dapat melaksanakan perancangan dan
mengkaji keberkesanan program yang telah dirancangkan.

1.8 Penasihat juga menyatakan pemantauan terhadap buku latihan murid serta
meminta guru memastikan latihan murid disemak dengan teliti.
Tindakan: Makluman Semua

2 Ucapan alu-aluan Pengerusi PK1


2.1 Penolong Kanan Akademik menyarankan semua panitia memuat turun
penjajaran DSKP dan RPT 2020 yang terkini untuk diguna pakai oleh guru
Pendidikan Moral masing – masing.

2.2 Ketua Panitia juga harus merancang serta melaksanakan bersama – sama ahli
yang lain pelan Strategik, Pelan Tindakan dan Pelan Operasi.

Minit Mesyuarat Panitia_SKSK_2020 2


SK SIMPANG KUDA
D/A PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
BAU
94000 BAU PK17/2
Tindakan: Makluman
semua
3 Pengesahan Minit Mesyuarat Lepas
Dicadangkan Oleh: Puan Getrude Anak Kueh
Disokong Oleh: Encik Mohd Nazri

4 Perkara berbangkit
4.1 Program gabungan antara Kegiatan Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam
yang telah dirancang pada 27 hingga 28 November iaitu Sambutan Hari Kanak –
kanak peringkat sekolah terpaksa dibatalkan atas sebab Pandemik Covid-19.
Tindakan: Makluman semua
5 Laporan / Isu / Cadangan
5.1 Isu pendidikan Moral
5.1.1 Isu pertama yang dihadapi oleh Panitia Moral pada tahun ini adalah
keberkesanan PdP yang banyak bergantung kepada pengetahuan dan
kefahaman guru. Di mana kebanyakan guru yang mengajar subjek Pendidikan
Moral adalah guru yang bukan opsyen menyebabkan guru yang mengajar subjek
ini adalah berbeza pada setiap tahun.

5.1.2 Isu yang kedua adalah kekangan dari segi ruang kelas yang terlalu sempit
menyebabkan guru tidak dapat menjalankan aktiviti dengan selesa. Ditambah
lagi dengan isu pandemik covid-19 menyebabkan guru perlu lebih berhati – hati
dalam pemilihan aktiviti yang melibatkan berkumpulan.

5.2 Cadangan mengatasi


5.2.1 Hasil perbincangan bersama ahli panitia Pendidikan Moral cadangan yang
dianggap sesuai bagi mengatasi isu yang pertama adalah dengan pelaksanaan
kursus atau taklimat secara ‘dalam talian’ ataupun PLC dapat membantu guru
meningkatkan pengetahuan untuk diaplikasikan semasa PdP di dalam kelas.

5.2.2 Bagi cadangan mengatasi isu yang kedua pula, adalah sebaiknya guru
menggunakan ICT dalam pelaksanaan PAK-21. Tayangan video, slaid atau
gambar yang berkaitan dengan nilai juga boleh disampaikan kepada murid agar
dapat meningkatkan minat murid kepada mata pelajaran Pendidikan Moral.

6 Hal-hal lain
6.1 PCG Panitia Pendidikan Moral
Pada tahun ini peruntukan PCG Moral adalah sebanyak RM324.23 dan Ketua
Panitia Pendidikan Moral telah memesan peralatan/bahan untuk kegunaan guru
– guru semasa PdP di dalam kelas.
Tindakah: Semua guru
7 Ucapan Penangguhan
7.1 Pengerusi mengharapkan semua perkara yang telah dibincangkan di dalam
mesyuarat Panitia Pendidikan Moral Bil. 2/2020 ini di ambil maklum oleh
semua ahli panitia.

Mesyuarat telah ditangguhkan pada: 3.50 petang


Dicadang Oleh: Cikgu Puan Lenid Kiru
Disokong Oleh: Cikgu Limi Ijon

Minit Mesyuarat Panitia_SKSK_2020 3


SK SIMPANG KUDA
D/A PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
BAU
94000 BAU PK17/2

Disediakan Oleh: Disemak Oleh: Disahkan Oleh:

( LENID AK KIRU ) ( GETRUDE AK KUEH) ( SIMON KUEK AK NOKEP )


Setiausaha Ketua Panitia Guru Besar
Panitia Pendidikan Moral Pendidikan Moral SK Simpang Kuda, Bau

Minit Mesyuarat Panitia_SKSK_2020 4

You might also like