You are on page 1of 4

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/1
SURAT PANGGILAN MESYUARAT

Ruj. Kami : SJKTLBS1028.100-6/2-1(1)


Tarikh : 20 Mac2022

SJK (T) Ladang Bukit Serampang,


Jalan Bukit Indah 10/3,
81200 Johor Bahru

Tuan,

MESYUARAT UNIT RMT DAN PROGRAM SUSU BIL 1 ( 2022/2023 )

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketentuan


berikut :

Tarikh : 4 April 2022 (Isnin)

Masa : 1.30 – 2.30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat

Pengerusi : Pn.H.Usha Rani ( GPK HEM )

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut;

3.1. Perutusan Pengerusi


3.2. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
3.3. Ucapan Penyelaras
3.4 . Penutup

Kehadiran dan kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

........................................................

PK 07/3

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

MINIT MESYUARAT

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG BUKIT SERAMPANG

UNIT RANCANGAN MAKANAN TAHUNAN DAN PROGRAM SUSU BIL. 1 (2022/23)

Tarikh : 4 April 2022(Isnin)

Masa : 1.30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat

Pengerusi : Pn.H.Usha Rani (GPK HEM)

Kehadiran(Bilangan) : 28/28

Turut Hadir (Jika ada) :-

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang sudi menghadiri
Mesyuarat Unit RMT dan Program Susu Bil.1 (2022) ini. Beliau menerangkan
tujuan mesyuarat ini diadakan.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


2.1 Pengerusi membentangkan minit mesyuarat Tahun 2021 untuk
disemak dan disahkan.
2.2 Keputusan : Minit mesyuarat kali pertama disahkan oleh Pn.S.Jivajothi dan disokong
oleh Pn.M.Jamuna

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
-

4 PELAKSANAAN RMT 2022


4.1 Pengerusi menyatakan bahawa tujuan mesyuarat diadakan ialah bagi pemilihan murid
yang layak menerima RMT tahun 2-6 dan juga membentangkan ahli Jawatankuasa
2022/23 dan tugasanya.
4.2 Pendapatan terkini ibu bapa/penjaga murid yang layak menerima RMT adalah
sebanyak RM1169 dan perkapitanya RM310.
4.3 Beberapa orang guru telah ditetapkan sebagai guru bertugas RMT bagi setiap tahun
untuk membantu memastikan kehadiran murid RMT dan memantau pengambilan
makanan murid RMT.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

4.5 Guru bertugas perlu memastikan makanan berkualiti dan panas semasa dihidang.
4.6 Berat dan tinggi murid akan dicatat pada bulan Mac & November oleh guru
bertugas RMT setiap kelas/ tahun.
4.7 Pencapaian akademik murid RMT juga perlu direkodkan (sila rujuk pencapaian PBD
murid-murid) untuk lihat perkembangan akademik murid- murid RMT ini.
4.8 Penyelaras pemberian susu 1M (PS1M) akan diberitahu kelak.
4.1 Carta organisasi , menu RMT, jadual bertugas guru RMT serta senarai nama murid
akan ditampal di sudut RMT.

Tindakan: Penyelaras , Guru Kelas & Guru Bertugas

5 BORANG KP/RMT/A
5.1 Maklumat murid didalam borang perlu dilengkapkan dengan sepenuhnya.
5.2 Kehadiran murid hendaklah direkodkan setiap hari.
5.3 Pada akhir bulan hendaklah dirumuskan dan mendapatkan tandatangan
daripada GPK HEM.
5.4 Rekod kehadiran RMT mestilah bersama dengan buku rekod kehadiran
murid bagi memudahkan guru mencatat kehadiran murid.
Tindakan: Penyelaras & Guru Kelas

6 HAL -HAL LAIN


6.1 Pengerusi meminta semua guru-guru supaya memberikan kerjasama dalam
melancarkan urusan RMT murid-murid.
Tindakan: Makluman

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

7 PENUTUP
Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat /ahli mesyuarat dan penetapan
tarikh mesyuarat yang berikutnya.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

____________________ __________________ __________________


PN.B.VINODHINI
Penyelaras Unit RMT

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00

You might also like