You are on page 1of 2

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

FORMAT MINIT MESYUARAT

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR EASTER

MINIT MESYUARAT PBS KALI KEDUA BIL 2/(2017)

Tarikh : .19 April 2017

Masa : 1.30 ptg 2.30 ptg

Tempat : Bilik Mesyuarat SKBE

Pengerusi : Pn Ngatina binti Senen (Guru Besar)

Kehadiran(Bilangan) : 30

Turut Hadir (Jika ada) : -

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang dapat hadir pada
mesyuarat PBS kali yang ketiga ini.
1.2 Beliau mengingatkan kembali tentang pelaksanaan mesyuarat PBS yang mesti dijalankan
sekurang-kurangnya 4 kali dalam setahun.
1.3 Ketua-ketua panitia diingatkan supaya sentiasa mengambil berat tentang pelaksanaan
PBS oleh guru-guru matapelajaran masing-masing.

Tindakan: Semua guru

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh En Mohd Sobirin bin Mohd Azehar
Disokong untuk pengesahan oleh Cik Nurul Farahain binti Abd Malek

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada perkara berbangkit.

Tindakan: Semua guru

4 LAPORAN PENJAMINAN KUALITI SEKOLAH


4.1 Setiausaha memaklumkan bahawa program penjaminan kualiti oleh pihak sekolah
sedang dilaksanakan oleh Ketua-ketua Panitia bagi setiap matapelajaran bermula daripada
Tahun 1 hingga Tahun 6. Program penjaminan kualiti oleh PPD pula akan dilaksanakan mulai
bulan Jun hingga Oktober.
4.2 Setiap laporan hendaklah direkodkan dalam instrumen yang telah disediakan dan dibuat
dalam 3 salinan iaitu satu untuk fail induk, satu untuk guru dan satu untuk panitia.

Tindakan: Semua guru

5 LAPORAN PRESTASI MURID


5.1 Setiap pentaksir matapelajaran hendaklah menyediakan Senarai Semak Modul
Perekodan Perkembangan Murid secara offline bagi matapelajaran masing-masing bagi
merekodkan setiap pentaksiran yang telah dibuat dan diletakkan di bahagian belakang Buku
Rekod Mengajar sebagai rujukan.

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00
PK07 Pengurusan Mesyuarat

5.2 Cetakan prestasi untuk setiap murid akan dicetak bersama dengan Pentaksiran Sumatif
pada akhir tahun untuk diberikan kepada ibu bapa/penjaga murid.

6 HAL-HAL LAIN
6.1 Tiada hal-hal lain.

7 PENUTUP
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan dan berharap agar
semua guru dapat memberi komitmen sepenuhnya dalam melaksanakan semua program yang
telah dirancang. Penetapan tarikh mesyuarat yang berikutnya akan diberitahu kelak.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh,


(KHAIRUL IZURI BIN KASMURI)
Setiausaha PBS
SK Bandar Easer 2017
Tarikh : 21 April 2017

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00

You might also like