You are on page 1of 28

SISTEM KATALOG BERPUSAT ( SENARAI KOLEKSI )

ASAS PENGKATALOGAN

1.1 PENGENALAN

Koleksi bahan Pusat Sumber Sekolah (PSS) terdiri daripada bahan cetak dan
bahan bukan cetak. Untuk menggunakan bahan-bahan ini dengan mudah dan
berkesan, satu indeks atau senarai bahan telah disediakan. Indeks atau senarai
bahan dalam koleksi perpustakaan dikenali sebagai SISTEM KATALOG. Proses
menyediakan katalog ini dipanggil PENGKATALOGAN.

1.2 TUJUAN PENGKATALOGAN

1.2.1 Untuk menyimpan satu rekod yang lengkap tentang koleksi bahan dalam
PSS.
1.2.2 Untuk semakan stok dan mengesan semula bahan dalam simpanan.
1.2.3 Untuk memudahkan pencarian bahan mengikut aspek-aspek yang diketahui
oleh pengguna.
1.2.4 Untuk membantu dalam pemilihan bahan:-

A. Dari segi format fizikal


B. Dari segi kandungan
C. Dari segi edisi

1.3 FUNGSI PENGKATALOGAN

Katalog merupakan direktori atau rekod mengenai semua koleksi PSS bagi
membolehkan pengguna mencari bahan dengan mudah dan cepat.

1.4 BENTUK, UKURAN DAN WARNA KATALOG

1.4.1 Terdapat pelbagai bentuk katalog, antaranya ialah Kad, Microfis, CD ROM,
Automasi dan sebagainya.

1.4.2 Ukuran katalog sama ada kad atau bentuk lain ialah 3 in. x 5 atau 7.6 cm x 12
cm.

1.4.3 Warna yang biasa digunakan untuk kad katalog ialah warna putih untuk buku
dan warna merah jambu untuk bukan buku.
1.5 JENIS-JENIS ENTRI KATALOG

1.5.1 Entri Senarai Rak


A. Merupakan maklumat lengkap bagi sesebuah bahan buku atau bukan
buku sebagai satu rekod stok yang lengkap.
B. Kad Rujukan untuk Guru Perpustakaan dan Media PSS.
C. Disimpan dalam laci katalog yang terletak di pejabat PSS.
D. Disusun mengikut Nombor Perolehan bahan buku atau bukan buku.
E. Kad Entri Utama di bawah pengarang atau judul sahaja dijadikan sebagai
Kad Senarai Rak.

1.5.2 Entri Utama

A. DI BAWAH PENGARANG

i. Kad utama bagi bahan buku dan bukan buku yang menggunakan
nama pengarang.
ii. Nama pengarang dicatat sebagai kad utama.

B. DI BAWAH JUDUL

i. Nama judul dicatat sebagai kad utama.

ii. Menggunakan judul sebagai kad utama jika tiada pengarang atau
lebih dari 3 orang pengarang.

1.5.3 Entri Tambahan

A. Kad Tambahan disediakan dibawah:-


i. Nama pengarang bersama
ii. Nama pihak penanggungjawab
iii. Judul
iv. Siri

B. Kad-kad ini disediakan mengikut urutan daripada maklumat yang terdapat


dalam bahagian ‘Trasing’.

1.5.4 Entri Perkara

A. Kad Perkara disediakan untuk bahan buku dan bukan buku yang
berbentuk bukan fiksyen sahaja:-
i. Kad-kad ini disediakan mengikut urutan daripada maklumat yang
terdapat dalam bahagian ‘Trasing’.
ii. Buku Senarai Tajuk Perkara digunakan untuk menentukan kad ini.
1.5.5 Entri Rujukan

A. Kad Entri Rujukan disediakan berdasarkan maklumat yang terdapat pada


Buku Senarai Tajuk Perkara:-
i. Kad Rujukan “lihat” dan juga “lihat juga” merupakan kad arahan
supaya pengguna dapat melihat kad seterusnya seperti yang
diarahkan berikut:-

x - lihat

xx - lihat juga

2. PENENTUAN ENTRI UTAMA

2.1 ENTRI UTAMA DI BAWAH PENGARANG


Pengarang perseorangan ialah orang utama yang bertanggungjawab ke atas
kandungan kreatif dan intelektual sesuatu karya.

2.1.1 Karya oleh seorang pengarang:-


A. Entri Utama di bawah nama pengarang
B. Entri Tambahan di bawah judul

Contoh:
Darmawan Rahman
Pelabuhan cinta terakhir / Darmawan Rahman

I. Judul

2.1.2 Karya oleh dua orang pengarang:-


A. Entri Utama di bawah nama pengarang pertama.
B. Entri Tambahan di bawah pengarang kedua dan judul.

Contoh:
Munir Ali
Puteri Indera Bayu / Munir Ali dan Omar Din

I. Omar Din II. Judul


2.1.3 Karya oleh tiga orang pengarang perseorangan:-

A. Entri Utama di bawah nama pengarang pertama.


B. Entri Tambahan di bawah pengarang kedua dan ketiga serta judul.

Contoh:
Betsy, Li
Prinsip Akaun SPM / Betsy Li, Tan Sai Kim dan Goh Ling Chin.

I. Tan, Sai Kim II. Goh, Ling Chin


III. Judul

2.1.4 Karya hasil terjemahan:-

A. Entri Utama di bawah nama pengarang perseorangan yang asal.


B. Sekiranya pengarang asal tidak dapat dikenal pasti, Entri Utama di bawah
judul.
C. Entri Tambahan di bawah penterjemah.

Contoh:
Mc Gregor, Douglas
Aspek kemanusiaan dalam perusahaan / Douglas Mc
Gregor ; diterjemahkan oleh Hassan Ali

I. Hassan Ali II. Judul

2.1.5 Karya Semakan:-

A. Karya yang disemak semula, diringkas, ditokok tambah, dipadat dan


dikemskinikan.
B. Entri Utama di bawah nama pengarang yang asal.
C. Entri Tambahan di bawah kenyataan Pihak Penanggungjawab.

Contoh:
Fowler, H. W.
A dictionary of modern English usage / by H. W. Fowler.
2nd ed. / revised by Sir Ernest Gowers.
I. Gowers, Ernest, Sir. II. Judul
2.1.6 Karya dipadankan:-
A. Karya yang ditulis semula dalam bentuk sastera lain, ditulis semula atau
disesuaikan untuk kanak-kanak.
B. Entri Utama di bawah nama Pihak Penanggungjawab.
C. Entri Tambahan hendaklah disediakan di bawah judul.

Contoh:
Suton, Felix
Adventure of Tom Sawyer / Mark Twain ;
Rewritten for young readers by Felix Suton
I. Twain, Mark II. Judul

2.1.7 Karya hasil kerjasama antara Pengarang dan Pelukis:-

A. Karya yang ditulis semula dalam bentuk sastera lain, ditulis semula atau
disesuaikan untuk kanak-kanak.
B. Entri Utama di bawah nama Pihak Penanggungjawab.
C. Entri Tambahan hendaklah disediakan di bawah judul.

Contoh:
Suton, Felix
Adventure of Tom Sawyer / by Mark Twain ;
Rewritten for young readers by Felix Suton

I. Twain, Mark II. Judul

2.2 PERATURAN MENULIS NAMA PENGARANG


Berikut adalah cara menulis nama-nama Pengarang mengikut peraturan katalog,
iaitu ‘Anglo-American Cataloguing Rules’ (AACR):-

2.2.1 Nama Orang Barat


A. Roger Mills direkodkan sebagai Mills, Roger
B. Cecil Day-Lewis direkodkan sebagai Day-Lewis, Cecil
C. J. E. Kane direkodkan sebagai Kane, J. E.
D. Mary Russel Vick direkodkan sebagai Vick, Mary Russel
E. Sir Frank Swettenham direkodkan sebagai Swettenham, Frank, Sir.
2.2.2 Nama Orang Melayu
A. Nik Aziz Nik Samad direkodkan sebagai Nik Aziz Nik Samad
B. Haji Ali bin Akhbar direkodkan sebagai Ali bin Akhbar, Haji.
C. A. Samad Said direkodkan sebagai A. Samad Said
D. Tan Sri Dahlan Yusof direkodkan sebagai Dahlan Yusof, Tan Sri.
E. Noor Azlina Tunas direkodkan sebagai Noor Azlina Tunas

2.2.3 Nama Orang Indonesia

A. Abdullah bin Nuh direkodkan sebagai Abdullah bin Nuh


B. Dr. Mohammad Hatta direkodkan sebagai Mohammad Hatta, Dr.
C. Adi Waskito direkodkan sebagai Adi Waskito
D. Alan Budi Kasuma direkodkan sebagai Alan Budi Kasuma
E. B. J. Habibie direkodkan sebagai Habibie, B.J.

2.2.4 Nama Orang India


A. M. Amutha direkodkan sebagai Amutha, M.
B. Rabindranath Tagore direkodkan sebagai Rabindranath Tagore
C. Tan Sri V. Manicka Vasagam direkodkan sebagai Manicka Vasagam, V.,
Tan Sri.
D. Dr. C. Baranitharan direkodkan sebagai Baranitharan, C., Dr.
E. Steven Raj direkodkan sebagai Raj, Steven

2.2.5 Nama Orang Cina


A. Tan Chen Lek direkodkan sebagai Tan, Cheng Lek
B. Tun H. S. Lee direkodkan sebagai Lee, H. S. T., Tun.
C. Yap Lay Choo direkodkan sebagai Yap, Lay Choo
D. Francis Wong Hoy Kee direkodkan sebagai Wong, Francis Hoy Kee
E. Peter Lim direkodkan sebagai Lim, Peter

2.3 ENTRI UTAMA DI BAWAH NAMA BADAN BERGABUNG (SELEMBAGA)

Badan Bergabung (Selembaga) ialah satu organisasi atau kumpulan orang yang
mempunyai satu nama dan mungkin bertindak sebagai satu badan.
 Kerajaan (Persekutuan/ Tempatan)
 Agensi-agensi Kerajaan
 Persatuan
 Institusi
 Agensi Antarabangsa
 Persidangan
 Pameran
 Pertunjukan

Contoh:

Malaysia, Bank Pertanian. Laporan pertanian.


Malaysia. Labour Law.
Malaysia. Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu. Peristilahan ilmu perpustakaan
dan dokumentasi.
Seminar Bengkel Kemudahan Memperoleh Penerbitan Di peringkat Kebangsaan
(1987 : Kuala Lumpur).

2.4 ENTRI UTAMA DI BAWAH JUDUL

Entri Utama di bawah judul ditetapkan berdasarkan keadaan-keadaan berikut:-

 Pengarangnya tidak diketahui dan tiada badan bergabung (selembaga) yang


bertanggungjawab.

 Karya yang ditulis oleh lebih daripada tiga orang pengarang dan tiada di antara
mereka adalah pengarang utama.

 Satu koleksi karya atau satu karya dihasilkan di bawah sidang pengarang dan
mempunyai satu judul kolektif.

 Kitab suci.

3. JENIS-JENIS MAKLUMAT DALAM REKOD KATALOG

3.1 TAJUK

3.1.1 Pengarang atau orang lain atau nama badan bergabung (selembaga) yang
dipilih sebagai entri utama.

3.1.2 Judul, jika (3.1.1) di atas tidak dipilih.

3.2 DESKRIPSI

3.2.1 Judul dan Kenyataan Pihak Penanggungjawab:-


A. Judul benar termasuk judul pilihan jika ada.
B. Judul selari dan judul-judul kecil
C. Petunjuk Media (bahan bukan buku sahaja)
D. Kenyataan Pihak Penanggungjawab
3.3 KENYATAAN EDISI

3.3.1 Kenyataan edisi (nama, nombor atau kedudukannya).

3.4 BUTIRAN KHUSUS BAHAN (ATAU JENIS PENERBITAN)

3.4.1 Untuk bahan-bahan kartografi, terbitan bersiri, muzik, bahan mikro, fail-fail
komputer dan sebagainya.

3.5 PENERBITAN

3.5.1 Tempat Penerbitan, Pengedar dll.

3.5.2 Nama Penerbit, Pengedar dll.

3.5.3 Tahun Penerbitan.

3.5.4 Tahun Hak Cipta

3.6 HURAIAN FIZIKAL BAHAN

3.6.1 Keluasan bahan (muka surat., discs, frame)

3.6.2 Butiran fizikal yang lain (ilustrasi, had laju)

3.6.3 Dimensi (tinggi, lebar)

3.6.4 Bahan yang disertakan (panduan guru, peta)

3.7 KENYATAAN SIRI

3.7.1 Judul benar, judul selari, judul kecil

3.7.2 Kenyataan Pihak Penanggungjawab dengan Siri

3.7.3 Nombor ISBN


3.7.4 Nombor ISSN

3.8 NOTA

3.8.1 Maklumat tambahan mengenai bahan yang dikatalog yang dikira penting.

3.9 NOMBOR STANDARD DAN SYARAT PEROLEHAN

3.9.1 Nombor Standard (ISBN, ISSN)

3.9.2 Syarat Perolehan (harga, peruntukan kewangan)

4. KATALOG BUKU

4.1 JENIS-JENIS MAKLUMAT DALAM KAD ENTRI UTAMA

4.1.1 Nombor Panggilan

745 - Nombor Pengelasan (SPPD)


AHM - Tiga huruf awal tajuk entri utama (iaitu sama ada Pengarang
atau Judul)

4.1.2 Judul

A. Judul Sebenar
Rekodkan judul sebenar dengan tepat seperti yang terdapat pada sumber
maklumat utama, iaitu muka surat judul tanpa mengikut tanda bacaan dan
cetakan huruf. Rekodkan huruf pertama dengan huruf besar dan huruf
kecil lainnya kecuali ‘NAMA KHAS’.

Contoh 1:
Guru Dan Perguruan direkodkan sebagai Guru dan perguruan
Contoh 2:
Waktu & Kejayaan direkodkan sebagai Waktu & kejayaan
B. Judul Selari
Pilih satu judul sebagai judul sebenar sekiranya judul tersebut terdapat
di dalam dua bahasa atau lebih dan satu lagi judul sebagai judul selari.
Contoh:
AKTA KAUNSELOR 1998 (AKTA 580) &
COUNSELLORS ACT 1998 (ACT 580)
direkodkan sebagai:
Akta Kaunselor 1998 (Akta 580)=Counsellors Act 1998 (Act 580)

4.1.3 Maklumat Lain Mengenai Judul

A. Maklumat lain mengenai judul


Contoh:
PENGKATALOGAN BAHAN BUKAN BUKU
Panduan untuk Pusat Sumber Sekolah
direkodkan sebagai:
Pengkatalogan bahan bukan buku: panduan untuk Pusat Sumber
Sekolah

B. Judul yang sangat panjang


Contoh:
Rancangan Pembangunan Lima Tahun Pusat Kegiatan Guru Daerah
Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan Tahun 1993 – 1997
direkodkan sebagai:
Rancangan Pembangunan Lima Tahun Pusat Kegiatan Guru…
(ringkas dan tidak meninggalkan idea utama)

4.1.4 Kenyataan Pihak Penanggungjawab


Contoh:
KATALOG MENGKATALOG UNTUK PERPUSTAKAAN SEKOLAH
Atma Singh
disunting dan diterjemahkan oleh Wong Kim Siong
direkodkan sebagai:
Katalog mengkatalog untuk perpustakaan sekolah / Atma Singh ; disunting
dan diterjemahkan oleh Wong Kim Sion
4.1.5 Kenyataan Edisi
A. Edisi perlu dicatat jika terdapat pada buku.
B. Edisi pertama tidak perlu dicatatkan.

Contoh:
Edisi Kedua direkodkan sebagai Ed. Ke2
Third Edition direkodkan sebagai 3rd ed.

4.1.6 Maklumat Imprin:


A. Tempat Penerbitan
B. Nama Penerbit
C. Tarikh Penerbitan

Contoh 1: ( Ada Tahun Penerbitan)


Petaling Jaya
Penerbit Fajar Bakti (M) Sdn. Bhd.
1999
direkodkan sebagai:
Petaling Jaya: Fajar Bakti,1999.

Contoh 2: ( Tidak ada tahun penerbitan,gunakan tahun hakcipta)


Petaling Jaya
Penerbit Fajar Bakti (M) Sdn. Bhd.
c1999
direkodkan sebagai:
Petaling Jaya: Fajar Bakti, c1999.
Contoh 3:
Melaka
Penerbitan Kota
(tidak dinyatakan tarikh penerbitan)
direkodkan sebagai:
Melaka : Penerbitan Kota, [t.t.].
Contoh 4:(tidak dinyatakan tempat penerbitan )
Kumpulan Budiman (M) Sdn. Bhd.
c1998
direkodkan sebagai:
[T.T.P.] : Kumpulan Budiman, c1998.

Contoh 5:
Kuala Lumpur
(tidak dinyatakan nama penerbit)
c1993
direkodkan sebagai:
Kuala Lumpur : [T.N.P.], c1993.

4.1.7 Huraian Fizikal


Muka surat Roman, Muka surat Rumi ; Kenyataan ilustrasi

Contoh 1:
Muka surat Roman : vii
Muka surat Rumi : 128
Ilustrasi : ada
direkodkan sebagai:
vii, 128 ms. : ill.

Contoh 2 :
Muka surat Roman : xi
Muka surat Rumi : 128
Ilustrasi : tiada
direkodkan sebagai :
xi, 128 ms.
4.1.8 Kenyataan Siri
Direkodkan dalam kurungan bulat

Contoh :
SIRI PENDIDIKAN FAJAR BAKTI
direkodkan sebagai :
(Siri Pendidikan Fajar Bakti)

4.1.9 Nota
A. Memberi maklumat tambahan mengenai buku berkenaan
B. Menunjukkan kandungan sesuatu buku
C. Menunjukkan bilangan buku atau saiz
D. Menunjukkan golongan pengguna yang dapat faedah maksimum

4.1.10 ISBN
A. Ia merupakan ‘International Standard Book Number’
B. Jika terdapat pada buku berkenaan, rekodkan seperti berikut:-

Contoh :
ISBN 0-313-32080-2
ISBN (softcover) 0-88687-745-8
ISBN ( hardcover) 0-88687-746-6
ISBN 0-333-25279-9 (volume 9)
ISBN 0-333-19444-6 (complete set)

4.1.11 ISSN
A. Singkatan bagi ‘International Standard Serial Number’
B. ISSN ialah bahan terbitan berkala, majalah, laporan tahunan, direktori.

Contoh
ISSN 0084-1382
4.1.12 Trasing

A. Maklumat direkod dalam Bahasa Melayu.


B. Menunjukkan entri-entri lain yang disediakan, iaitu ENTRI PERKARA dan
ENTRI TAMBAHAN.
C. Nombor Rumi menunjukkan ENTRI PERKARA dan direkodkan dalam
huruf besar.

D. Nombor Roman menunjukkan ENTRI TAMBAHAN di bawah pengarang,


judul, siri.
Contoh 1 (untuk buku fiksyen):

I. Rahman Ismail, Hj. II. Judul III. Siri

Contoh 2 (untuk buku bukan fiksyen):

I. SAINS PERPUSTAKAAN I. Ong, Kim Siong.


III. Siri

5. KATALOG BAHAN BUKAN BUKU

5.1 JENIS-JENIS MAKLUMAT DALAM KAD ENTRI UTAMA

5.1.1 Nombor Panggilan

FJ - Petunjuk Media
745 - Nombor Pengelasan (SPPD)
FIZ - Tiga huruf awal tajuk entri utama (iaitu sama ada Pengarang
atau
Judul)
5.1.2 Judul

A. Judul Sebenar
Rekodkan judul sebenar dengan tepat seperti yang terdapat pada sumber
maklumat utama, iaitu muka surat judul tanpa mengikut tanda bacaan dan
cetakan huruf. Rekodkan huruf pertama dengan huruf besar dan huruf
kecil lainnya kecuali NAMA KHAS.

Contoh 1:
Scan – Glob A / S
direkodkan sebagai:
Scan – Glob A / S

Contoh 2:
Masyarakat Sihat Negara Maju
direkodkan sebagai:
Masyarakat sihat Negara maju

B. Judul Selari
Pilih satu judul sebagai judul sebenar sekiranya judul tersebut terdapat
di dalam dua bahasa atau lebih dan satu lagi judul sebagai judul selari.

Contoh:
KAYU Struktur sifat dan penggunaan
Direkodkan sebagai:
Kayu [Carta] : struktur sifat dan penggunaan

C. Judul yang sangat panjang

Contoh:
Ahmad Zamani mempersembahkan rangkaian lagu-lagu di Hari
Penyampaian Sijil
Direkodkan sebagai:
Ahmad Zamani mempersembahkan rangkaian lagu-lagu …
(ringkas dan tidak meninggalkan idea utama)

D. Tiada judul
Tulis judul deskriptif dalam kurungan siku [ ]

Contoh:
Terdapat 12 keping peta dengan judul masing-masing dalam sebuah
kotak tetapi tiada satu judul kolektif untuk kesemua 12 keping peta
tersebut. Tiap-tiap satu peta menunjukkan ibu negeri masing-
masing di Malaysia seperti Alor Star, Ipoh …
direkodkan sebagai:
[Ibu-ibu negeri di Malaysia]

5.1.3 Maklumat Lain Mengenai Judul


Maklumat lain mengenai judul ialah judul kecil yang tercatat selepas judul
besar pada buku/ bahan berkenaan.

Contoh:
KATALOG PERPUSTAKAAN Jenis-jenis entri
direkodkan sebagai:
Katalog perpustakaan [Slaid] : jenis-jenis entri

5.1.4 Nama Petunjuk Media


Direkodkan dalam kurungan siku dalam Bahasa Melayu

Contoh:
[Slaid], [Carta], [Video]

5.1.5 Kenyataan Pihak Penanggungjawab

Contoh:
PANDUAN IBADAH Teori dan Praktikal oleh Ustaz Md. Tahir bin Md. Yusof
Direkodkan sebagai:
Panduan Ibadah [Pita Audio]: teori dan praktikal / Ustaz Md. Tahir bin
Md. Yusof

5.1.6 Kenyataan Edisi


A. Edisi perlu dicatat jika terdapat pada bahan.
B. Edisi pertama tidak perlu dicatatkan.

Contoh:
Edisi Kedua direkodkan sebagai Ed. Ke2
Third Edition direkodkan sebagai 3rd ed.

5.1.7 Maklumat Imprin


A. Tempat Penerbitan
B. Nama Penerbit
C. Tarikh Penerbitan

Contoh 1: ( Ada Tahun Penerbitan)


Petaling Jaya
Penerbit Fajar Bakti (M) Sdn. Bhd.
1999
direkodkan sebagai:
Petaling Jaya: Fajar Bakti,1999.

Contoh 2: ( Tidak ada tahun penerbitan,gunakan tahun hakcipta)


Petaling Jaya
Penerbit Fajar Bakti (M) Sdn. Bhd.
c1999
direkodkan sebagai:
Petaling Jaya: Fajar Bakti, c1999.

Contoh 3:
Melaka
Penerbitan Kota
(tidak dinyatakan tarikh penerbitan)
direkodkan sebagai:
Melaka : Penerbitan Kota, [t.t.].

Contoh 4:(tidak dinyatakan tempat penerbitan )


Kumpulan Budiman (M) Sdn. Bhd.
c1998
direkodkan sebagai:
[T.T.P.] : Kumpulan Budiman, c1998.

Contoh 5:
Kuala Lumpur
(tidak dinyatakan nama penerbit)
c1993
direkodkan sebagai:
Kuala Lumpur : [T.N.P.], c1993.

5.1.8 Huraian Fizikal

A. Bahan : Carta, Lukisan, Gambar, Poster, Slaid, Transparensi.


Huraian : Jumlah : hp/bwn. : saiz

Contoh:

i.. CARTA:

C
381
JAD Jadual pertukaran metrik untuk perniagaan
Emas [ Carta ]: metric conversion table
Forgold trade. Kuala Lumpur : Kementerian
Perdagangan dan Perindustrian, 1975.
1 : bwn.: 77 X 51 cm.
ii. LUKISAN:

L
759
JOH Johnson, Jeanette
Mother earth [ Lukisan ] : in the bosom of
mother radiates the life energy of the sun /
Jeanette Johnson.
1 : pasir atas kayu ; bwn. : 33 X 18cm

B. Bahan : Rakaman bersuara


Huraian : Kaset - Jumlah : masa permainan : mono/stereo
Katrij - Jumlah : masa permainan : mono/stereo
Piring Hitam - Jumlah : tempoh dimainkan :
mono/stereo

Contoh:
i. PITA VIDEO:

VK
750
DIA Diamond, Neil
I am glad that you are here with me [Pita Video] / Neil
Diamond.
Ultrecht : Vestron, 1987.
1 : 45 min. : stereo

ii. PIRING HITAM:

PH
784
USM Usman Awang
Uda dan Dara [ Piring Hitam ] : dalam lagu dan suara /
Karya dan lirik oleh Usman Awang : cipta lagu dan
gubahan oleh Basil Jayatilaka. Kuala Lumpur : Kementerian
Kebudayaan dan Sukan, 1999.
1 : 33 1/3 psm : stereo.

C. Bahan : Glob. Peta


Huraian : Skala. Jumlah : hp/bwn. : saiz

Contoh:

i. GLOB:

G
912
TOL Tolman, Le Roy, M.
World nation series [Glob] / Le Roy M. Tolman. Skala
1:31,363,000. Meredith Corporation, 1987.
1 : bwn.

ii. PETA:

P
912
MAL Malacca [Peta] / prepared under the direction of The Surveyor
General Malaya. Skala 1: 63,360. Kuala Lumpur:
Surveyor
General, Federation of Malaya, 1961.
1 : bwn. : 89 X 64cm.

5.1.9 Kenyataan bahan yang disertakan


Contoh:
Satu set carta disertakan dengan buku panduan guru dan buku kerja murid.
direkodkan sebagai:
1 : bwn. + 1 buku panduan guru + 1 buku kerja murid

5.1.10 Kenyataan Siri

Direkodkan dalam kurungan bulat

Contoh:
SIRI PENDIDIKAN FAJAR BAKTI
Direkodkan sebagai:
(Siri Pendidikan Fajar Bakti)

5.1.11 Nota
A. Memberi maklumat tambahan mengenai bahan berkenaan.
B. Menunjukkan kandunagn sesuatu bahan.
C. Menunjukkan bilangan bahan atau saiz.
D. Menunjukkan golongan pengguna yang dapat faedah maksimum.

5.1.12 Trasing
A. Maklumat direkod dalam Bahasa Melayu.
B. Menunjukkan entri-entri lain yang disediakan, iaitu ENTRI PERKARA dan
ENTRI TAMBAHAN.
C. Nombor Rumi menunjukkan ENTRI PERKARA dan direkod
menggunakan huruf besar.
D. Nombor Roman menunjukkan ENTRI TAMBAHAN dan di bawah
pengarang, judul dan siri.

Contoh 1
I. Rahman Ismail, Hj. II. Judul III. Siri

Contoh 2
1. SAINS PERPUSTAKAAN I. Wong, Kim Siong II. Judul III. Siri
6. CONTOH PENYEDIAAN KAD KATALOG BUKAN BUKU

6.1 BAHAN YANG MEMPUNYAI PENGARANG

6.1.1 Entri Utama di bawah Pengarang

FJ

915

CRO Crossfield, L.

The physical geography [Filem Jalur] / L., Crossfield.

London : Hulton Eduucational Publications, 1987.

1 (46 fr) : bwn. + 1 buku panduan. (MCE Series).

Kajian bentuk muka bumi Semenanjung.

6.1.2 Entri Tambahan di bawah Judul

FJ

915 The physical geography

CRO Crossfield, L.

The physical geography [Filem Jalur] / L. Crossfield.

London : Hulton Educational Publications, 1987.

1 (46 fr) : bwn. + 1 buku panduan. (MCE Series).

Kajian bentuk muka bumi Semenanjung


6.1.3 Entri Perkara

FJ

915 MALAYSIA-GEOGRAFI FIZIKAL

CRO Crossfield, L.

The physical geography [Filem Jalur] / L. Crossfield.

London : Hulton Educational Publications, 1987.

1 (46 fr) : bwn. + 1 buku panduan. (MCE Series).

Kajian bentuk muka bumi Semenanjung.

6.1.4 Entri Tambahan di bawah Siri

FJ

915 MCE Series

CRO Crossfield, L.

The physical geography [Filem Jalur] / L. Crossfield.

London : Hulton Educational Publications, 1987.

1 (46 fr) : bwn. + 1 buku panduan. (MCE Series).

Kajian bentuk muka bumi Semenanjung


6.2 BAHAN YANG TIADA MEMPUNYAI PENGARANG ATAU LEBIH DARIPADA
TIGA ORANG PENGARANG

6.2.1 Entri Utama di bawah Judul

500

HOW How tiny creatures living in water [Slaid]. Tokyo :

Kokusai Bunka Shinkokai, c1972.

12 : bwn. (Elementary School Science).

Kandungan: Water made green by plants – Means of

observation – Tiny water plants – How to collect water

plants.

6.2.2 Entri Perkara

500 RUMPAI AIR

HOW How tiny creatures living in water [Slaid]. Tokyo :

Kokusai Bunka Shinkokai, c1972.

12 : bwn. (Elementary School Science).

Kandungan: Water made green by plants – Means of

observation – Tiny water plants – How to collect water

plants.
6.2.3 Entri tambahan di bawah Siri

500 Elementary School Science.

HOW How tiny creatures living in water [Slaid]. Tokyo :

Kokusai Bunka Shinkokai, c1972.

12 : bwn. (Elementary School Science).

Kandungan: Water made green by plants – Means of

observation – Tiny water plants – How to collect water

plants.

7. PANDUAN MEMFAIL KAD KATALOG

7.1 SUSUNAN BERABJAD


Susun semua entri menurut abjad

7.2 PERKATAAN DEMI PERKATAAN


Failkan menurut abjad berdasarkan perkataan demi perkataan.

Contoh:
I met a man
Image books
Image of America
In the days of giants
In unknown world
7.3 TANDA BACA
Pemberian tanda baca tidak diambil kira.

Contoh:
Hand action games
Hand-ball
Hand-book
Hand in hand

7.4 KATA SANDANG AWAL


Perkataan “a”, “an” dan “the” tidak diambil kira.

Contoh:
The man in black ditulis Man in black

7.5 KEPENDEKAN
Kependekan seperti “St”, “Dr” dan “Mc” difailkan seperti dieja dengan penuh.

Contoh:
Saint
Doctor

7.6 AKRONIM
Akronim diambil kira sebagai satu perkataan jika tidak diselangi dengan noktah.

Contoh:
U.N.E.S.C.O.
Unemployment
UNESCO handbook

7.7 ANGKA-ANGKA

Contoh:
2 budak nakal seperti dieja Dua budak nakal
2 little Indians seperti dieja Two little Indians

7.8 BANYAK JUDUL


Sekiranya terdapat banyak buku ditulis oleh seorang pengarang susun ikut judul
buku secara abjad.
SISTEM
SLIB

You might also like