You are on page 1of 2

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA

Office of the Director General of Education Malaysia


PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA
Level 7 Block J Damansara Town Centre
50604 KUALA LUMPUR Tel: 03-2586900
Fax: 03-2535150

KP (BS) 8591/Jld. XIV (7)


1 April 1998

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/1998:


Pindaan Syarat Kelayakan Meminjam Buku Teks
Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Kementerian Pendidikan

Surat Pekeliling lkhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memaklumkan keputusan


Kementerian Pendidikan untuk meminda syarat kelayakan meminjam buku teks SPBT di
Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Agama Rakyat, berkuatkuasa mulai tahun
1999. Dengan Surat Pekeliling lkhtisas ini syarat kelayakan meminjam buku teks bagi
Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Agama Rakyat yang terdahulu adalah terbatal
dan syarat kelayakan meminjam buku teks adalah mengikut pendapatan ibu bapa atau
penjaga dan bilangan anak tanggungan, iaitu seperti mana dikenakan ke atas murid-murid di
sekolah jenis lain.

Kelayakan Mendapat Pinjaman SPBT

Murid-murid di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina), Sekolah Jenis


Kebangsaan (Tamil), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Menengah Teknik,
Sekolah Menengah Vokasional dan Sekolah Menengah Agama Rakyat, yang ibu bapa atau
penjaga mereka mempunyai pendapatan seperti dinyatakan di bawah adalah layak diberi
pinjaman buku teks.

Pendapatan lbu bapa atau Penjaga Kelayakan Mendapat Pinjaman Buku Teks
(i) RM700.00 ke bawah Semua anak yang bersekolah diberi
pinjaman
(ii) RM701.00 hingga RM800.00 Perbelanjaan membeli buku teks bagi
seorang anak yang bersekolah ditanggung
oteh ibu bapa atau pejaga, anak-anak yang
lain diberi pinjaman.
(iii) RM801.00 hingga RM900.00 Perbelanjaan membeli buku teks bagi dua
orang anak yang bersekolah ditanggung oleh
ibu bapa atau penjaga, anak-anak yang lain
diberi pinjaman
(iv) RM901.00 hingga RM1,000.00 Perbelanjaan membeli buku teks bagi tiga
orang anak yang bersekolah ditanggung oleh
ibu bapa atau penjaga, anak-anak yang lain
diberi pinjaman

1
Bagi (ii), (iii) dan (iv), Kementerian Pendidikan akan memberi pinjaman buku teks
kepada anak-anak dalam darjah atau tingkatan yang lebih tinggi. lbu bapa atau
penjaga hendaklah menanggung perbelanjaan membeli buku teks bagi seorang, dua
orang atau tiga orang anak di darjah atau tingkatan yang terendah sekali.

Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling lkhtisas ini kepada semua sekolah di negeri
Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan.

Sekian. Terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

DATUK MATNOR DAIM


Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

s.k. 1. Y.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak
Menteri Pendidikan Malaysia

2. Y.B. Dato' Haji Mohd. Khalid Yunus


Timbalan Menteri Pendidikan

3. Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn


Timbalan Menteri Pendidikan

4. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

5. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

6. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan

7. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan

8. Ketua Nazir Sekolah

9. Pegawai Perhubungan Awam

10. Semua Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri

You might also like