You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK AWANG JABAR

KG JAMBU BONGKOK, MERCHANG,


21610 MARANG, TERENGGANU
TEL: 09-8423422 FAKS: 09-8423421
EMAIL: tea4019@moe.edu.my

Ruj. Kami : SMKDAJ.700-8/2/1 (1)


Tarikh : 12 Oktober 2021

Ibubapa
Pelajar Tingkatan 3
SMK Datuk Awang Jabar

Tuan/Puan,

TAKLIMAT SISTEM KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS (PKSK) TINGKATAN 4 TAHUN 2022.

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus iaitu Sekolah Berasrama Penuh (SBP), SMKA,
Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD) telah
dibuka bermula 10 Oktober 2021 sehingga 15 November 2021.

3. Sehubungan dengan itu, bagi melancarkan pengoperasian dan tadbir urus PKSK di SMK
Datuk Awang Jabar, satu taklimat pengisian dan permohonan PKSK Tingkatan 4 akan dilaksanakan
seperti ketentuan berikut :

Tarikh : 17 Oktober 2021


Masa : 10 pagi hingga 11.30 pagi
Medium : Google Meet (Link akan diberikan kemudian)

4. Diharap dengan taklimat ini dapat melancarkan lagi proses permohonan PKSK Tingkatan 4
2022 dan membantu pelajar mencapai cita-cita yang diimpikan. Segala Kerjasama tuan/puan dalam
memastikan pelajar menyertai taklimat ini amat dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima
kasih.

Sekian, terima kasih.

“Mendepani Pendidikan Global”


“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

s.k
Penolong Kanan HEM - Makluman
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK AWANG JABAR
KG JAMBU BONGKOK, MERCHANG,
21610 MARANG, TERENGGANU
TEL: 09-8423422 FAKS: 09-8423421
EMAIL: tea4019@moe.edu.my
Guru Mata Pelajaran Tingkatan 3 - Makluman

You might also like