You are on page 1of 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR TASEK

MUTIARA
BANDAR TASEK MUTIARA, 14120 SIMPANG AMPAT
SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINANG
 Tel: 04 – 5070506  Fax: 04 – 5025195

PROGRAM
MINDA SIHAT DAN
KESEJAHTERAAN
MENTAL
2013
Tarikh : 29 April – 30 April 2013(Isnin-Selasa)
Masa : 8.00 – 10.00 pagi
Tempat: Makmal Bahasa


1.0 PENDAHULUAN

Masalah membaca di kalangan murid sekolah bukanlah perkara luar biasa lagi walaupun mereka telah
mengikuti pembelajaran bacaan terutamanya dalam pelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu.
Kemahiran membaca adalah merentas semua mata pealajaran dan kelemahan dalam kemahiran
membaca akan menyebabkan pencapaian rendah dalam pelajaran di sekolah .

Adalah menjadi tugas guru mengesan kelemahan membaca muridnya dan seterusnya menjalankan
pengajaran pemulihan bacaan dengan segera. Berbagai-bagai kaedah dan teknik mengajar bacaan
boleh digunakan oleh guru untuk mengajar bacaan. Kaedah dan teknik mengajar bacaan yang
digunakan oleh guru hendaklah sesuai dengan kebolehan membaca murid.

2.0 MATLAMAT

Murid-murid ini perlu diajar menguasai kemahiran-kemahiran asas bacaan


terlebih dahulu supaya pemerolehan kemahiran membaca mereka menjadi
mantap.

3.0 OBJEKTIF

Diharapkan dengan adanya program ini murid-murid dapat:

1. mengenal pasti jenis-jenis masalah bacaan ,

2. mengatasi masalah membaca

3. Membaca dengan cara yang betul dan lancar

4.0 SASARAN
Semua pelajar tingkatan 1,2 dan 3.
5.0 SENARAI PELAKSANA PROGRAM

Ahli Jawatankuasa Induk

Penaung : Pn. Zainah Bt. Mohd Ali (Pengetua SMK Taman Widuri)
Pengerusi 1 : Pn. Fatimah Bt. Darus (Penolong Kanan HEM)
Naib Pengerusi 2 : Tn Hj. Bujang Sayem (Penolong Kanan Pentadbiran )
Naib Pengerusi 3 : Syazni Bt. Ibrahim (Penolong Kanan Ko Kurikulum)
Penyelaras : Pn. Fazlina Bt. Muhamad Ali (Guru Bimbingan Dan Kaunseling)
 

Ahli Jawatankuasa Tindakan:


JAWATANKUAS GURU PELAJAR BIDANG TUGAS
A
PENYELARAS Pn. Fazlina Bt. 1. Memastikan program berjalan
Muhamad Ali dengan lancar seperti yang
dirancang.
2. Mengadakan ujian pengesanan bagi
mengenalpasti pelajar yang
menghadapi masalah sukar
membaca
3. Mengadakan jadual pembelajaran
untuk kumpulan belajar membaca
bagi setiap tahap pembelajaran.

Guru Pembimbing Pn. Rasitah 1. Mengenalpasti tahap masalah


Pn.Rozita pembacaan pelajar.
Tingkatan Satu 2. Mengadakan kelas bimbingan
membaca bagi pelajar
(Guru Bahasa
Melayu)
Guru Pembimbing Pn. Shukriyah
Pn.Syazni
Tingkatan Dua

(Guru Bahasa
Melayu)
Guru Pembimbing Pn. Asidah
En. Daud
Tingkatan Tiga
(Guru Bahasa
Melayu)

6.0 ATURCARA PROGRAM

Jangkamasa program
Tarikh Masa Aktiviti Tempat

29 April 7.30 pg- 7.35pg Pelajar-pelajar terlibat bergerak ke Tapak


2013 tempat perhimpunan. perhimpunan

Isnin Talkimat Program Minda Sihat


8.00pg - 10.00pagi. a) Ujian Sarigan Minda Sihat I Bilik
(Ting 1) Makmal
b) Bengkel Intervensi Bahasa
c) Ujian Sarigan Minda Sihat II

30 April 8.00pg – 10.00pagi a)Ujian Sarigan Minda Sihat I(Ting Bilik


2) Makmal
2013
b) Bengkel Intervensi Bahasa
Selasa c)Ujian Sarigan Minda Sihat II

SOALSELIDIK

a) membatang suku kata terlebih dahulu sebelum dapat menyebut seluruh perkataan,

b) bacaan tersekat-sekat iaitu perkataan demi perkataan dan tidak lancar,

c) teragak-agak (hesitation) - teragak-agak bermaksud berhenti sejenak sebelum menyebut sesuatu perkataan
ketika membaca disebabkan kanak-kanak tidak pasti akan bacaannya,

d) membaca terlampau cepat atau gopoh tanpa menghiraukan tanda bacaan,

e) membaca terlampau lambat atau merangkak-rangkak,

f) menunjuk perkataan dengan jari ketika membaca,

g) tingkah laku yang tidak selesa seperti mengejip-ngejip mata, mengerut


dahi, menggeleng kepada, dan sebagainya,

h) Suara terlalu perlahan dan tidak jelas atau ”blurring”,

i) kedudukan mata terlalu dekat dengan bahan bacaan,

j) cuba mengelak daripada aktiviti membaca, dan


k) tidak boleh membaca langsung.

b) masalah dalam kefahaman bacaan adalah:

i) gagal memahami maksud perkataan dan frasa yang berkaitan dengan 


waktu seperti selepas, sudah, sebelum, pagi, sekejap, dan sebagainya,

ii) tidak memahami maksud perkataan dalam pelbagai situasi, misalnya dalam ayat “Panjatlah lagi pokok itu.”
yang bermaksud melarang seseorang daripada memanjat pokok,

iii) gagal memahami atau membuat urutan idea atau peristiwa yang terdapat dalam bahan bacaan terutamanya
apabila diminta menceritakan semula petikan yang dibaca,

iv) lambat memberi tindak balas terutamanya apabila tidak memahami arahan yang dibaca,

v) gagal menghubungkan sebab dan akibat dalam bahan bacaan yang dibaca,

vi) tidak dapat mengenal pasti perkara yang tidak munasabah (absurdities) dalam bahan yang dibaca,

vii) tidak dapat mentafsir atau menggunakan carta, graf, peta, rajah, dan sebagainya dalam buku.

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perbelanjaan Jumlah (RM)


1. Fotostate RM 3.00 x 22orang
2. Buku Bacalah Anakku RM 29.90 x 22 orang
Jumlah RM 120.00

7.0 PENUTUP
Adalah diharapkan agar dengan terlaksananya program ini, murid-murid akan dapat
membaca dengan lancar dan baik.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

______________________ ______________________ ________________________


(PN. FAZLINA BT. MUHAMAD ALI) (PN.SITI SARA BT. ARSHAD) (PN. HJH. FARIDAH BT. ABDULLAH)
Setiausaha Program Anti Dadah
& Anti Rokok Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pengetua
SMK Bandar Tasek Mutiara SMK Bandar Tasek Mutiara SMK Bandar Tasek Mutiara

You might also like