You are on page 1of 5

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PELAPORAN MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA


SEKOLAH KEBANGSAAN BUNGIN,

PROGRAM
JALAN HAJI BUJANG,
KAMPUNG BUNGIN,
95600 SPAOH
email : yba2419@moe.edu.my

__________________________________________________________________________________

LAPORAN PROGRAM

1. Nama Program / Kem Cemerlang Jawi


Aktiviti
2. Tarikh 7 dan 8 Ogos 2023
3. Hari / Masa Isnin dan Selasa (2.30 – 5.00 Petang)
4. Tempat Kelas Tahun 1 hingga 6, Pusat Sumber dan Surau SK Bungin
Para peserta dapat :
i. Mengenal, membaca dan menulis huruf Jawi tunggal dan
bersambung;
5. Objektif ii. Membaca dan menulis suku kata terbuka dan tertutup; dan
iii. Membaca dan menulis ayat pendek.

6. Sasaran Murid-murid tahun 2 hingga tahun 6 yang tidak melepasi


markah Ujian Diagnostik Jawi (0 hingga 59 Markah).

7. Butiran / Laporan 7 Ogos 2023


Aktiviti Pada jam 2.30 petang, semua peserta dibahagikan kumpulan
oleh Ustazah Adibah. Guru-guru KAFA membantu memantau
murid-murid agar bergerak ke tempat yang telah ditetapkan.
Terdapat 9 kumpulan iaitu :
 Kumpulan 1 – Ustazah Seria Binti Drahman & Ustazah Siti
Aisyah Che Harun (Kelas T1) * Ustazah Siti Aisyah bertukar
kumpulan
 Kumpulan 2 – Ustazah Norkusarina Binti Ismail (Kelas T2)
 Kumpulan 3 – Nurul Aisya Binti Arni (Kelas T3)
 Kumpulan 4 – Ustazah Fazidah Binti Kanaidi (Kelas T4)
 Kumpulan 5 – Ustaz Ha Hilmi Bin Yusof (Kelas T5)
 Kumpulan 6 – Ustazah Majenun Binti Medali (Surau)
 Kumpulan 7 – Ustaz Abg. Ikqmal Hafiq Bin Abg. Jolhardi
(Surau) (Tidak Hadir kerana menghadiri kursus dan diganti
dengan Ustazah Siti Aisyah Che Harun)
 Kumpulan 8 – Ustaz Mohd. Zulkifli Ab. Ghani (Kelas T6)
 Kumpulan 9 – Ustazah Adibah Binti Ahmad Humaidi (Pusat
Sumber Sekolah)

Para peserta dibahagikan kepada kumpulan pemulihan Jawi


(Kumpulan 1 hingga 7) dan kumpulan pengukuhan Jawi

“BERILMU BERTAKWA BERBAKTI”


(Kumpulan 8 & 9).
Guru-guru bertindak sebagai fasilitator untuk memberikan
penerangan tentang huruf-huruf tunggal Jawi, kaedah
menyambung dan menceraikan huruf serta kaedah membaca
suku kata terbuka dan tertutup.
Sesi perbincangan Bersama guru bermula pada jam 3.00
petang hingga 4.00 petang bagi tajuk ‘Mengenal Huruf Jawi
Tunggal’. Kemudian, murid berehat sebentar. Pada jam 4.20
hingga 5.00 petang, sesi penerangan diteruskan lagi di antara
fasilitator dan murid. Pada hari ini, semua fasilitator mula
mengenal pasti kelemahan pada setiap orang ahli di dalam
setiap kumpulan. Semua peserta pulang ke rumah pada jam
5.00 petang.

8 Ogos 2023
Pada hari ini, aktiviti dalam kumpulan terus dimulakan dan
murid-murid diberikan bahan bertulis. Terdapat 3 aktiviti yang
telah dijalankan iaitu :

(Kumpulan Pemulihan Jawi-51 Orang Peserta/0 hingga 59


Markah)
 2.30 – 3.30 Petang : LDK 1 (Mengenal Huruf-huruf Jawi
Tunggal/Padanan Huruf Jawi Tunggal)
 3.30 – 4.00 Petang : LDK 2 (Sambung dan Cerai Huruf)
 4.00 – 4.20 Petang : Rehat
 4.20 – 5.00 Petang : LDK 3 (Suku Kata Terbuka dan
Tertutup)
 5.00 Petang : Bersurai

(Kumpulan Pengukuhan Jawi- 55 Orang Peserta/60 hingga 100


Markah)
 2.30 – 3.30 Petang : LDK 1 (Sambung dan Cerai Huruf)
 3.30 – 4.00 Petang : LDK 2 (Suku Kata Terbuka dan
Tertutup)
 4.00 – 4.20 Petang : Rehat
 4.20 – 5.00 Petang : LDK 3 (Membaca ayat-ayat mudah)
 5.00 Petang : Bersurai

8. Penilaian Program
8.1 Kekuatan Semua murid dan fasilitator telah memberikan Kerjasama yang
baik sepanjang program dijalankan. Ketepatan masa dan
disiplin yang baik telah dilihat sepanjang program ini
berlangsung dan para peserta memberikan respon positif
kerana berasa seronok dan semakin faham akan asas dalam
penulisan Jawi hasil daripada program ini.
8.2 Kelemahan Tiada sebarang masalah yang berlangsung sepanjang program

“BERILMU BERTAKWA BERBAKTI”


berlangsung kecuali terdapat 12 orang peserta yang tidak hadir
pada hari kedua program.

8.3 Cadangan Aktiviti LDK perlu dilaksanakan dengan lebih menarik lagi dari
penambahbaikan aspek penyampaian dan pelaksanaan bagi menarik minta
murid di samping bergantung kepada teknik penulisan di
papan putih sahaja.

9. Dokumen Bergambar

“BERILMU BERTAKWA BERBAKTI”


“BERILMU BERTAKWA BERBAKTI”
Disediakan oleh : Disemak oleh :

…………………………………………….............. ……………………………………..................
(Ustazah Adibah Binti Ahmad Humaidi) (Ustaz Mohd. Zulkifli bin Ab Ghani)
Setiausaha Panitia Pendidikan Islam, Ketua Panitia Pendidikan Islam,
SK Bungin, 95600 Spaoh. SK Bungin, 95600 Spaoh.

“BERILMU BERTAKWA BERBAKTI”

You might also like