You are on page 1of 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK AWANG JABAR

KG JAMBU BONGKOK, MERCHANG,21610 MARANG, TERENGGANU.


No. Tel: 09-8423422 No. Faks: 09- 8423421
Emel: TEA4019@moe.gov.my / tea4019smkjb@yahoo.com

Ruj. Kami : SMKDAJ.700-8/2/1 ( )


Tarikh : 9 November 2023
Kepada :

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah


Ibu Pejabat Polis Kontijen Negeri Terengganu,
20918 Kuala Terengganu,
Terengganu.
(u/p : Pegawai Turus D11)

Tuan,

JEMPUTAN MENGADAKAN CERAMAH BERKAITAN JENAYAH SEKSUAL DAN KANAK-


KANAK DI SMK DATUK AWANG JABAR.

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan SMK Datuk Awang Jabar akan mengadakan program tersebut
seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 20 November 2023 (Isnin)


Masa : 9.00 pagi – 11.00 pagi
Tempat : Dewan Ibnu Sina, SMKDAJ

3. Sehubungan dengan itu, besarlah harapan kami menjemput tuan/puan ke program ini bagi
memberi kesedaran tentang isu seksual yang berlaku melibatkan remaja sama ada dalam
atau di luar sekolah. Semoga dengan kehadiran tuan dapat memberi pendidikan bersifat
pencegahan dan mengelakkan dari berlakunya isu ini dalam kalangan pelajar di sekolah ini.

4. Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan amat kami hargai dan kami dahulukan dengan
ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“ANJAKAN MUAFAKAT NEKAD”

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

You might also like