You are on page 1of 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PADANG KALA

16400 MELOR, KOTA BHARU, KELANTAN


TEL : 09-7831143 FAKSIMILI : 09-7831153
E-Mail : smkpadangkala@yahoo.com

Ruj. Kami : SMKPK 600-3/2/5 ( )


Tarikh : 19 Julai 2023

Pengarah,
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan,
Bandar Baru Tunjong,
16010 Kota Bharu,
Kelantan.
( U/P: En. Samsul Bahri bin Ahmed@Mohamed)
Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit TVET, Sektor Pembelajaran.

Tuan,

JEMPUTAN PERASMIAN PENUTUPAN BULAN STEM PERINGKAT SEKOLAH


SMK PADANG KALA TAHUN 2023

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bidang Sains dan Matematik SMK Padang kala akan
mengadakan Majlis Perasmian Penutupan Bulan STEM seperti ketetapan berikut:-

Tarikh : 30 Julai 2023 ( Ahad )


Masa : 8 .00 Pagi
Tempat : Dewan Terbuka, SMK Padang Kala

3. Besarlah harapan kami jika pihak tuan dapat memenuhi undangan ini sekali gus menjadi
pemangkin keunggulan sahsiah murid di sekolah ini.

4. Segala kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“ MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

( SUARANI BINTI ARIFFIN )


Pengetua,
SMK Padang Kala,
16400 Melor, Kota Bharu, Kelantan

S.k : Fail

You might also like