You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN MACHANG BUBOK II,


TAMAN MACHANG BUBOK,
14020 BUKIT MERTAJAM,
SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG
Telefon : 04 – 5521475
Faks : 04 – 5521475
Emel : pba0029@jpnpp.edu.my

Ruj. Kami : SKMBII. 100-9/6/1 ( )


Tarikh : 19 Oktober 2023
Kepada :

Kumpulan Aadyamaatra ARTISUKMA,


d/a Pusat Kebudayaan Universiti,
Aras 3 Bangunan Dectar
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM Bangi,
Selangor.

Tuan,

PENARIKAN DIRI DARIPADA PENYERTAAN DALAM FESTIVAL TARI UKM 2023 (FesTA’2023)
KATEGORI SEKOLAH RENDAH

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Kumpulan Mutiara Cempaka Sari dari SK Machang Bubok ll tidak
dapat menyertai pertandingan Festival Tari UKM 2023 (FesTA’2023) seperti ketetapan berikut :

TARIKH : 28 Oktober 2023


TEMPAT : Pusat Kebudayaan Universiti, Aras 3 Bangunan Dectar,
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor.

3. Pihak kami terpaksa mengambil keputusan untuk menarik diri daripada bertanding atas sebab
kekangan masa dan kewangan yang tidak mengizinkan. Justeru, kami memohon maaf atas keputusan yang
kami ambil kepada pihak tuan.

4. Sehubungan dengan itu, besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat memahami dan menerima
permohonan penarikan diri daripada penyertaan ini. Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan yang
terjadi.

Sekian, terima kasih.

” MALAYSIA MADANI ”
” PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA ”
” BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menjalankan amanah,


.....................................................
(JURA BINTI HJ HAMID)
Guru Besar,
SK Machang Bubok ll,
Pulau Pinang.

You might also like