You are on page 1of 4

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pejabat Pendidikan Daerah Kuching


Jalan Diplomatik Off Jalan Bako
Petra Jaya Telefon : 082- 445288
93050 Kuching, Sarawak Faks : 082- 313869
Emel Rasmi : ppdkuching@moe.gov.my

Ruj. Kami : PPDKCH.SPb(PI).600-8/3/9 ( 6 )


Tarikh : 23 November 2023

Guru Besar
Daerah Kuching

Tuan,

UJIAN PERCUBAAN PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (UPKK) TAHUN 2023

Dengan hormatnya surat Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak bil. JPNSW6.600-2/1/33 (22) bertarikh
22 November 2023 adalah berkaitan.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Islam Sarawak melalui Bahagian Pengukuhan


Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Sarawak akan mengadakan Ujian Percubaan Penilaian Kelas
al-Quran dan Fardu Ain Tahun 2023 pada 4 hingga 11 Disember 2023 menggunakan jadual masa
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) KAFA.

… 3. Sehubungan dengan itu, dimohon kerjasama dan jasa baik pihak tuan untuk memanjangkan
hebahan ini kepada Penyelaras KAFA sekolah tuan. Bersama-sama ini juga disertakan surat
berketerangan kendiri daripada Jabatan Pendidikan Islam, JPN Sarawak untuk tindakan pihak tuan
selanjutnya.

4. Pegawai yang bertanggungjawab berhubung perkara diatas ialah En. Mohd Tarmigi bin Sabli
(082-444506 / 010-2315499).

Kerjasama dan perhatian pihak tuan berhubung perkara tersebut amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

( KON SIEW BOI )


Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Pembelajaran
b.p Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

…MTS/mimm

You might also like