You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SMK Bandar Bukit Kayu Hitam, Tel : 04 9221008


06050 Bukit Kayu Hitam, Fax : 04 9221008
Kedah Darulaman Email : KEA4035@moe.edu.my

Ruj Kami : smkbbkh 600-3/1/( )


Tarikh : 10 Oktober 2023

Pengarah,
Penjara Negeri Perlis,
Tingkat M, Bangunan Persekutuan,
Persiaran Jubli Emas, Taman Perkeliling,
01000 Kangar,
Perlis.

Tuan,

JEMPUTAN UNTUK MENGADAKAN PAMERAN KEPENJARAAN DAN PAMERAN


HUKUMAN SEBAT ROTAN SEMPENA HARI KOKURIKULUM SMK BANDAR BUKIT KAYU
HITAM

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah ini dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan
Guru (PIBG) akan mengadakan Hari Kokurikulum seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 14 Oktober 2023 (Sabtu)


Masa : 9.00 pagi – 1.00 tengah hari
Tempat : Perkarangan SMK Bandar Bukit Kayu Hitam

3. Sehubungan itu, pihak kami dengan rasa berbesar hati ingin menjemput pihak tuan untuk
mengadakan pameran pada hari tersebut. Harapan kami agar pameran ini dapat memberi ilmu
dan menambah pengetahuan murid-murid dan ibu bapa tentang penjagaan diri dan kesihatan.

4. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini sila hubungi Puan Marzuan Edzrin bt
Marzuki, di talian 012-5401660.

5. Semoga permohonan ini akan mendapat perhatian dan pertimbangan di pihak tuan.
Kerjasama yang diberikan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.


“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,


…………………………………
(MUHIYIDIN BIN OMAR)
Pengetua,
SMK Bandar Bukit Kayu Hitam,
06050 Bukit Kayu Hitam, Kedah.

You might also like