You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR UTAMA DAMANSARA 2


NO. 2 PINTASAN BANDAR UTAMA,
BANDAR UTAMA DAMANSARA,
47800 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN

Rujukan Kami : SKBUD2.600-3/5/3


Tarikh : 18 SEPTEMBER 2023
Kepada,
Y.B. Puan Jamaliah binti Jamaluddin,
ADUN Bandar Utama,
Pusat Khidmat Dun Bandar Utama,
55-M, Jalan SS21/1A Damansara utama,
47400 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Y.B. Puan,

UNDANGAN PERASMIAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH KEBANGSAAN


BANDAR UTAMA DAMANSARA 2 KALI KE 21 TAHUN 2023

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kokurikulum SK Bandar Utama Damansara 2 akan


mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke 21 2023 seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 23 September 2023


Hari : Sabtu
Masa : 7.30 pagi hingga 1.30 petang
Tempat : SK Bandar Utama Damansara 2

3. Justeru, kami amat berbesar hati mengundang Y.B. Puan untuk hadir serta merasmikan
Kejohanan Sukan Tahunan SK Bandar Utama Damansara 2 kali ke 21 pada 23 September
2023 (Sabtu) pada jam 8.30 pagi. Semoga dengan kehadiran Y.B. Puan itu nanti akan
memeriahkan lagi program ini.

4. Bersama ini disertakan atur cara program untuk rujukan dan tindakan Y.B. puan. Sekiranya
terdapat sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan En. Mohd Zaki bin Ja’affar, Penolong
Kanan Kokurikulum melalui talian 016-3167473

5. Segala kerjasama dan keprihatinan pihak Y.B. Puan amat dihargai dan didahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

‘‘MALAYSIA MADANI’’

‘‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’’

Saya yang menjalankan amanah,

…............................................................
(MOHAMAD KHAIRUL BIN MOHTAR)
Guru Besar
Sekolah kebangsaan Bandar Utama Damansara 2
ATUCARA KEJOHANAN

7.30 : Persiapan di padang


8.00 : Ketibaan para jemputan
8.15 : Demo daripada persatuan Taekwando
8.30 : Perbarisan lintas hormat
Bacaan Doa oleh Ustaz Mohd Zulkifle Ab Rahman
Bacaan ikrar kejohanan
Nyanyian lagu sekolah
: Ucapan oleh En Mohamad Khairul bin Mohtar
Guru Besar SKBUD2
: Ucapan Perasmian

9.00 : Acara sukan dimulakan


: Penyampaian hadiah
10.30 : Acara sukan diteruskan
: Majlis Penutup
: Nyanyian Lagu Negaraku
: Jamuan Pegawai
1.30 : Bersurai

You might also like