You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI MULIA

Jalan Budiman 19, Taman Mulia


56000 BANDAR TUN RAZAK
Tel: 03-391724573

Rujukan Kami : SMKSM 700-7/1/4 ( )


Tarikh : 13 Jun 2023
Ketua Pengarah,
Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim
L4-1-3, Hive 5, Taman Teknologi Meranti,
Lebuhraya Puchong-Sg Besi, Bukit Jalil,
57000 KUALA LUMPUR

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN MINYAK HITAM UNTUK KEGUNAAN MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH
(MSSD) PUDU DAN PERINGKAT SEKOLAH SESI 2023/2024
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SMK Seri Mulia akan menganjurkan kejohanan-kejohanan


seperti ketetapan berikut:

2.1 KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 18 DAN BOLA SEPAK BAWAH 15 MSSD PUDU

Tarikh : 19 – 21 Jun 2023


Hari : Isnin - Rabu
Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat : Padang SMK Seri Mulia, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur

2.2 KEJOHANAN OLAHRAGA PERINGKAT SEKOLAH

Tarikh : 14 Oktober 2023


Hari : Sabtu
Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat : Padang SMK Seri Mulia, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin memohon sumbangan minyak hitam daripada
pihak Tuan bagi penyediaan gelanggang bola sepak dan trek balapan untuk kejohanan-kejohanan
ini.Kerjasama dan sumbangan daripada pihak tuan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………………………….

You might also like