You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SRI DAMANSARA (2)

JALAN CEMPAKA SD 12/2, BANDAR BARU SRI DAMANSARA,


52200 KUALA LUMPUR.

TEL : 03-62720144 FAKS : 03-62772539


EMEL : bba8253@bptnsel.edu.my

Rujukan Kami : SKBBSD2/100-1/9/3 ( )


Tarikh : 17 OKTOBER 2022

Kepada :

Encik Mohd Saiful Fairuz bin Othman

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH PROGRAM MAULIDUR RASUL 1444 H / 2022 M

Sukacita dimaklumkan perkara di atas adalah dirujuk.

2. Bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul 1444 H pada tahun ini pihak SK Bandar Baru Sri
Damansara (2) melalui Panitia Pendidikan Islam dan Panitia Bahasa Arab dengan kerjasama Musolla Ainul
Mardhiah akan menganjurkan ceramah seperti ketetapan yang berikut :

TARIKH : 21 Oktober 2022 (JUMAAT)


MASA : 8.30 pagi – 10.00 pagi
TEMPAT : Dewan Sri Cempaka SKBBSD(2)

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami berbesar hati ingin menjemput pihak tuan untuk menyampaikan
pengisian sempena majlis tersebut.

Bersama dengan surat ini disertakan aturcara program sebagai rujukan pihak tuan. Justeru, segala kerjasama dan
sokongan yang diberikan untuk menjayakan program ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan
terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………. (PN.
NORHANIDA BT SAAIDIN)
Guru Besar
Sk Bandar Baru Sri Damansara (2)
Lampiran

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1444 H / 2022 M


SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SRI DAMANSARA (2)

“ KELUARGA MALAYSIA PEMANGKIN KEMAKMURAN ”

TARIKH : 21 OKTOBER 2022 (24 RABUIL AWAL 1444 H)


HARI : JUMAAT
MASA : 8.30 PAGI – 10.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN SRI CEMPAKA SKBBSD (2)

ATURCARA MAJLIS

7.30 pagi : Kehadiran dan persiapan murid di tapak perhimpunan


8.00 pagi : Perarakan bermula
8.30 pagi : Berkumpul di Dewan Sri Cempaka, SKBBSD2
8.45 pagi : Majlis Bermula
- Bacaan doa
- Ucapan Guru Besar SK Bandar Baru Sri Damansara 2
- Ceramah dan Qasidah oleh : Qasidah Anwarul Madad
10.00 pagi : Bersurai

You might also like