You are on page 1of 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JALAN REKO

43000 KAJANG SELANGOR DARUL EHSAN


TEL : 0387372912
FAX : 0387390225

Kepada
Rujukan Tuan:
Rujukan Kami: SMKJR/PPKI 800-2/6/10( )
Tarikh : 23/9/2022

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE UPSI & TEROKAI ALAM


SEMULA JADI DI CAMERON HIGHLANDS

Dengan segala hormat dan sukacitanya saya ingin menarik perhatian tuan berkenaan perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkankan bahawa Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Jalan


Reko ingin mengadakan Lawatan Sambil Belajar di UPSI dan Cameron Highland selama 3 hari 2
malam untuk mendedahkan murid berkeperluan khas kepada kesenian alam semulajadi. Murid-
murid keperluan khas ini terdiri daripada pelbagai kategori seperti lembam, kerencatan akal ringan,
Autism,Hyperaktif dan sebagainya.

Program kami akan berlangsung pada ketetapan berkaitan:

Tarikh : 9- 12 Nov 2022


Hari : Rabu-Jumaat
Jumlah murid : 30 orang
Jumlah guru : 10 orang

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon menghulurkan sumbangan ikhlas dari pihak
tuan untuk menampung kos program yang keseluruhannya berjumlah RM 19,894 bagi menjayakan
lawatan ini. Sumbangan boleh diserahkan pada PIBG SEK MEN KEB JALAN REKO
(12029010014138- BANK ISLAM).

4. Sumbangan dari pihak tuan amat kami hargai, semoga dengan tajaan ini akan memeriahkan lagi
program ini. Untuk maklumat lanjut berkaitan perkara ini, sila hubungi
En Hasmadi b Hamdan (019-2366112) atau Cik Susithra Baskaran (012-7035272).
Kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

Sekian, terima kasih

“MASYARAKAT PRIHATIN, BUDAYA PENYAYANG”

Saya yang diamanahkan,

…………………………………………….
(MAIMUN BT MOHAMED)
Pengetua
SMK Jalan Reko, Kajang

You might also like