You are on page 1of 1

Ruj.Kami : JPNM.SPEM.SMT.

600-2/1/12 (44)
Tarikh : 29 November 2022
Guru Besar
Sekolah Rendah Negeri Melaka

Tuan,

RALAT : LIBAT URUS BERSAMA-SAMA KETUA PANITIA SAINS DAN MATEMATIK


SEKOLAH RENDAH NEGERI MELAKA BILANGAN 1 TAHUN 2022

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Sains dan Matematik, Sektor Pembelajaran,


Jabatan Pendidikan Negeri Melaka akan mengadakan Libat Urus Bersama-sama Ketua Panitia
Sains dan Matematik Sekolah Rendah Negeri Melaka Bilangan 1 Tahun 2022 seperti ketetapan
berikut:

Daerah : ALOR GAJAH MELAKA TENGAH JASIN


Tarikh : 30 November 2022 1 Disember 2022 2 Disember 2022
(Rabu) (Khamis) (Jumaat)
Masa : 9.30 pagi - 2.00 petang
Tempat : Dewan
Dewan Dewan Bestari,
KV Datuk Seri Abu
SMK Seri Pengkalan JPN Bukit Baru
Zahar Isnin

3. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak tuan untuk membenarkan Ketua
Panitia Sains dan Ketua Panitia Matematik hadir ke libat urus ini dan membawa bersama
salinan keras (hardcopy) bahan berikut;

a) Buku Panduan Pentaksiran Bilik Darjah Edisi 2 (2019)


b) DSKP Sains atau Matematik (mana-mana tahun)
c) Komputer riba atau tab

4. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Dr. Noorzeliana Binti Idris, Ketua Penolong
Pengarah Unit Sains dan Matematik di talian 06-2327668. Kerjasama tuan berhubung
perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA”

Saya yang menjalankan amanah,

(HAJI MOHD GHAZALI BIN AHMAD)


Timbalan Pengarah Pendidikan
Sektor Pembelajaran
b.p. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka
s.k.: 1. Pengarah Pendidikan Melaka
2. Pegawai Pendidikan Daerah Melaka Tengah / Alor Gajah / Jasin
3. Fail Penyelaras
RH/DNI/linda/matematik/libaturuskpsainsmath

____________________________________________________________________________________
“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”
#jpnmelakajenamakerajaannombor1

You might also like