You are on page 1of 2

Sekolah Kebangsaan Bukit Belimbing

45000 Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan.


Kod Sekolah: BBA 3013 Tel/Faks : 03-32896787

Rujukan :SKBB.600-3/5/12( )
Tarikh : 02/02/2023

Kepada,

EN. AZLISHAN BIN HAMID


Pengurus Cawangan
Co-opbank Pertama,
No.19-G & 1, Jalan Bendahara 1/1,
Taman Bendahara,
45000 Kuala Selangor,
Selangor Darul Ehsan.

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI PERASMI MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG SEKOLAH


KEBANGSAAN BUKIT BELIMBING SESI 2022/23

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan majlis yang tersebut di atas akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 09 Februari 2023


Hari : Khamis
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Terbuka SK Bukit Belimbing

3. Sehubungan itu, pihak sekolah serta Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
Sekolah Kebangsaan Bukit Belimbing dengan berbesar hati dan penuh takzimnya menjemput tuan
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Hari Anugerah Cemerlang (HAC) Sekolah
Kebangsaan Bukit Belimbing Sesi 2022/23

4. Kesudian dan jasa baik tuan menerima jemputan ini amatlah dihargai dan didahului dengan
ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih. Semoga dengan kehadiran tuan ke majlis
tersebut dapat memeriahkan lagi Hari Anugerah Cemerlang (HAC) Kebangsaan Bukit Belimbing Tahun
2022/23

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

(NIZAMUDDIN BIN ZAKARIA)


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Bukit Belimbing

s.k. 1. Fail Unit Kokurikulum


ATUR CARA
TENTATIF MAJLIS

HARI ANUGERAH CEMERLANG TAHUN 2023/23

MASA PERKARA
8.00 pagi Penerima anugerah bersedia di Dewan Terbuka SKBB

8.30 pagi Ucapan aluan pengerusi majlis


Bacaan doa oleh ustaz Faizal bin Masoud
Nyanyian 2 buah lagu
1.Negaraku
2.Selangor
Ucapan:
1.Ucapan aluan oleh :En Nizamuddin bin Hj Zakaria
Guru Besar SK Bukit Belimbing
2.Ucapan perasmi oleh :En. Azlishan bin Hamid
(Pengurus Cawangan Co-opbank Pertama, Kuala Selangor)
Persembahan 1
Pentomen Mat Kilau Pahlawan Negara
(Murid-murid tahun 4)-Pimpinan En. Rezal bin Rahmat
Penyampaian sijil dan hadiah:
1.Anugerah Kokurikulum
2.Anugerah HEM(Sahsiah Terbaik)
3.Tokoh Murid Lelaki & Perempuan
10.00 pagi Rehat & Jamuan
10.30 pagi Penyampaian sijil dan hadiah:
1.Anugerah Kurikulum(Terbaik PBD)
2.Anugerah Peningkatan Murid Pemulihan Khas
Persembahan 2
Koir(Murid Tahun 5 & 6)-Pimpinan Pn. Rohani binti Nayan
12.30 tengahari Bersurai

You might also like