You are on page 1of 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AIR KUNING

31920 MAMBANG DI AWAN,


PERAK DARUL RIDZUAN
Tel : 05-4789879/Fax : 05 -4780684

“PENDIDIKAN BERKUALITI, SEKOLAH UNGGUL, MURID HOLISTIK”

Rujukan kami :
Tarikh : 29 Zulkaedah 1443
29 Jun 2022
Kepada,
En. Junid b. Omar
Yang Dipertua PIBG
SMK. Air Kuning, Mambang Diawan, Perak
Melalui,
Pengetua,
SMK. Air Kuning,
31920 Mambang Diawan, Perak

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN PENYERTAAN PROGRAM KEPIMPINAN MURID ANJURAN


JABATAN PENDIDIKAN NEGERI, PERAK.

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Untuk makluman tuan, Unit Bimbingan dan Kaunselng telah menguruskan


penyertaaan murid dalam 3 Kem Kepimpinan yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan
Negeri Perak. Ketiga-tiga program tersebut memerlukan yuran penyertaan bagi membiayai
kos sepanjang kem tersebut berlangsung. Kem ini telah, sedang dan akan berjalan seperti
ketentuan berikut :

Bil Tarikh Nama Program Nama Murid Yuran


1. 14-16 Kem Kepimpinan LICER Muhammad Fahrin Irfan b. RM60.00
Jun Peringkat Negeri Perak, Kolej Suhaimi
2022 Perikanan LKIM Manjung
2 28-30 Kem Kepimpinan 1.Muhammad Aiman b.Ismail RM80.00
Jun Pembimbing Rakan Sebaya 2.Muhammad Aiman b. Ishak RM80.00
2022 Tahap Sulong Peringkat 3.Siti Nur Afiqah Insyirah bt RM80.00
Negeri Perak Syaberi
PULARES Bt. Gajah
3 5-7 Julai Kem Kepimpinan Pengawas 1.Muhammad Aisar bin RM80.00
2022 Peringkat Negeri Perak Mahyuddin RM80.00
Kolej Perikanan LKIM 2.Mohamad Haziq Naufal bin
Manjung Nazrul Azmi RM80.00
3.Muhammad Irfan bin
Mohammad Azmi
Jumlah RM540.00
.
3. Sehubungan itu, pihak sekolah, diwakili Guru Bimbingan dan Kaunseling ingin
memohon sumbangan kewangan daripada pihak PIBG SMK Air Kuning sebanyak
RM 540.00 (Lima Ratus Empat Puluh Ringgit Sahaja) bagi menampung perbelanjaan
penyertaan kem kepimpinan ini. Bantuan yang diberikan oleh pihak PIBG amatlah
bermakna kepada para murid khususnya dalam melonjakkan kecemerlangan kepimpinan di
sekolah ini.

4. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, pihak tuan bolehlah
menghubungi Pn. Hafizah bt Abu Bakar di talian 010-2403876/ 05-4789879. Bersama-sama
surat sumbangan ini, dilampirkan surat JPN sebagai rujukan tuan.

5. Perhatian dan sumbangan daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan terima
kasih.
Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

..................................................
(HAFIZAH BINTI ABU BAKAR)
Guru Bimbingan dan Kaunseling
SMK Air Kuning
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AIR KUNING
31920 MAMBANG DI AWAN,
PERAK DARUL RIDZUAN
Tel : 05-4789879/Fax : 05 -4780684

…………………………………………………………………………………………………………

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AIR KUNING


31920 MAMBANG DI AWAN,
PERAK DARUL RIDZUAN
Tel : 05-4789879/Fax : 05 -4780684

…………………………………………………………………………………………………………
Rujukan kami :
Tarikh : 19 Ogos 2020

Kepada,
En. Nor Azmi bin Murad
Pengetua,
SMK. Air Kuning,
31920 Mambang Di Awan,
(u.p : Penolong Kanan Ko-Kurikulum)

Tuan,
MEMOHON MENUBUHKAN SEMULA KELAB CATUR SMK. AIR KUNING

Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara yang tersebut di atas.

2. Saya ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk mempertimbangkan penubuhan
semula Kelab Catur SMK Air Kuning bermula pada tahun 2021.

3. Bersama-sama ini disertakan Kertas Cadangan Penubuhan Semula Kelab Catur


untuk pertimbangan pihak tuan

4. Kerjasama pihak tuan amat saya hargai dan saya dahului dengan ucapan terima
kasih.

Sekian, terima kasih.


Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………………..

(ZAINUDDIN BIN ZAKARIA SAMSUDIN)


Guru Bimbingan dan Kaunseling
SMK. Air Kuning, Mambang Di Awan,
Perak Darul Ridzuan

Ruj :
PIBG/SMKC/2017(12)
Tarik : 25 OGOS 2017
Tn Hj. Abdul Raof Bin Mohd Noor
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
SMK Chenderiang.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN PROGRAM LAWATAN PELAJAR KE USM PULAU PINANG


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman Tuan, Panitia Kesusasteraan Melayu 2017 bekerjasama dengan


PIBG dan NBOS telah merancang satu program lawatan pelajar Kesusasteraan Melayu ke
Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang bagi mendedahkan pelajar dengan aspek
pengajian sastera, hala tuju dan suasana pembelajaran sastera di kampus. Lawatan ini
akan diadakan seperti ketentuan berikut:

Tarikh : 10 – 11 November 2017


Masa : 7 pagi - bertolak ke USM
9 Malam – Tiba di SMK Chenderiang
Tempat : Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

3. Sehubungan itu, pihak sekolah, diwakili Ketua Panitia Kesusasteraan Melayu ingin
memohon sumbangan kewangan daripada pihak PIBG SMK Chenderiang bagi menampung
perbelanjaan lawatan ini. Bantuan yang diberikan oleh pihak PIBG amatlah bermakna
kepada para pelajar khususnya dalam melonjakkan kecemerlangan bidang sastera di
sekolah ini.

4. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, pihak Tuan bolehlah
menghubungi En. Mohamad Rosmizi Bin Mahamad (Ketua Panitia Kesusasteraan Melayu)
di talian 013-4551368 atau pejabat SMK Chenderiang di talian 05-4199328. Bersama-sama
surat sumbangan ini, dilampirkan kertas projek dan anggaran perbelanjaan sebagai rujukan
Tuan.

5. Perhatian dan sumbangan daripada pihak Tuan kami dahului dengan ucapan terima
kasih.
Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

..................................
(En. Mohamad Rosmizi Bin Mahamad)
Ketua Panitia Kesusasteraan Melayu,
Sekolah Menengah Kebangsaan Chenderiang

En. Nor Azmi bin Murad


Pengetua,
SMK. Air Kuning,
31920 Mambang Di Awan,
(u.p : Penolong Kanan Ko-Kurikulum)
Tuan,
JEMPUTAN MENYERTAI KEJOHANAN CATUR BERPASUKAN SEKOLAH-SEKOLAH
BERASRAMA SELURUH MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2020.
Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara yang tersebut di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kejohanan tersebut akan diadakan mengikut


ketentuan seperti berikut :-
Tarikh : 10 Februari 2020
Hari : Sabtu
Masa : 7.30 pagi hingga 6.00 petang
Tempat : Dewan SMK. Air Kuning, Mambang Di Awan, Perak Darul Ridzuan

3. Bersama-sama ini disertakan Tentatif Kejohanan, Borang Penyertaan, Peraturan


Pertandingan, Hadiah yang ditawarkan serta syarat-syarat Pertandingan.

4. Sehubungan itu, kami berbesar hati menjemput pasukan catur sekolah tuan untuk
menyertai kejohanan tersebut. Semoga dengan kehadiran pasukan sekolah tuan akan
memeriahkan lagi kejohanan yang diadakan . Pihak tuan boleh menghubungi En, Zainuddin
b. Zakaria Samsudin (012-7719489) atau En. Mohd. Firdaus bin Ahmad Ramli (019-
5039104) untuk sebarang pertanyaan.

5. Kerjasama pihak tuan amat saya hargai dan saya dahului dengan ucapan terima
kasih.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………………..

(MOHD FIRDAUS BIN AHMAD RAMLI)


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
SMK. Air Kuning, Mambang Di Awan,
Perak Darul Ridzuan

You might also like