You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN TOH JOHAN,

34800 TRONG

PERAK DARUL RIDZUAN

TEL : 05-8577223 FAX : 05-8578017 KOD: ABA6013 Email:ABA6013@moe.edu.my

“PERAK EXCELLENT”
Ruj. Kami : SKTJ.06/04/001 (21)
Tarikh : 29 Julai 2019
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan
Malaysia
(seperti dalam lampiran)

Tuan,
JEMPUTAN PERKHEMAHAN PENDIDIKAN LUAR TUNAS KADET REMAJA
SEKOLAH (TKRS) JUNIOR SURVIVAL CHALLENGE PERINGKAT KEBANGSAAN
2019

Sukacita perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pihak Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) SK Toh Johan, Trong akan mengadakan
PERKHEMAHAN PENDIDIKAN LUAR TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS)
JUNIOR SURVIVAL CHALLENGE PERINGKAT KEBANGSAAN 2019
seperti ketentuan di bawah :
Tarikh : 12 Hingga 14 Oktober 2019
Masa : 12.10.2019 (sabtu): 08.30-10.30 Pagi (PENDAFTARAN)
14.10.2019 (isnin) : 1.00 petang (BERSURAI)
Tempat : SK TOH JOHAN, TRONG PERAK
Bayaran : RM 95 seorang
3. Pihak tuan dijemput untuk menghantar Ahli TKRS Tahap 2 yang berpotensi dan mempunyai
komitmen yang tinggi dari sekolah tuan untuk menyertai program ini . Program ini dijalankan dengan
kerjasama pihak “OUTPOST” salah satu pembekal pakaian unit beruniform terkemuka di Malaysia.

4. Pihak tuan hendaklah memastikan segala peraturan berkaitan aktiviti kokurikulum yang digariskan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di patuhi (Surat kebenaran, borang kesihatan, sijil lahir). Untuk
pendaftaran sila emailkan borang pendaftaran peserta (seperti lampiran) ke 1govuc/aba6013.edu pada atau
sebelum 5 Oktober 2019. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Zulkhibri bin Ahmad,
Penyelaras Unit TKRS, (0195807720), Pn. Shahpina Bt. Shahrin PK KOKU (0195048796), SK Toh
Johan (058577223) .

5. Bayaran penyertaan adalah sebanyak RM 95.00 bagi setiap peserta. Pembayaran hendaklah di
bayar secara tunai atau cek (atas nama SK TOH JOHAN) sebelum atau semasa pendaftaran (pihak
sekolah di galakkan menggunakan peruntukan daripada pihak PIBG).

Kerjasama dari pihak tuan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian,
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah


PERKHEMAHAN PENDIDIKAN LUAR TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS)
JUNIOR SURVIVAL CHALLENGE PERINGKAT KEBANGSAAN 2019

NAMA SEKOLAH : ………………………………………………………………………………………………………………………………….

GURU
NAMA: NO. TELEFON: SAIZ BAJU:

NAMA: NO. TELEFON: SAIZ BAJU:

PESERTA
BIL NAMA JANTINA SAIZ
(L/P) BAJU

#SILA HANTAR SAIZ BAJU PESERTA SELEWAT-LEWATNYA PADA 5 OKTOBER 2019


# SAIZ BAJU ADALAH MENGIKUT SAIZ DEWASA ASIA BERMULA DARI SAIZ XS
HINGGA XXL

You might also like