You are on page 1of 2

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) JALAN SIALANG

JALAN SIALANG, 84900 TANGKAK, JOHOR DARUL TAKZIM JBD9001

TEL : 06-9788260 / EMAIL : sekolah-3417@moe-dl.edu.my/


sjktjalansialang5078@gmail.com

Tarikh : 16 Mac 2023

Kepada,
Pengarah Hospital Tangkak,
Pejabat Kesihatan Daerah,
Tangkak.

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH BAGI CERAMAH KESIHATAN

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa SJK Tamil Jalan Sialang, Tangkak akan menganjurkan sebuah
program seperti butiran berikut :

Nama Program : Ceramah Kesihatan

Tarikh Program : 22 Mac 2023 ( Rabu)

Masa : 10.30 pagi

Tempat : SJK Tamil Jalan Sialang

3. Sehubungan dengan itu, kami amat berbesar hati menjemput pihak tuan sebagai
penceramah bagi program ini. Sekolah ingin memohon penceramah yang boleh berbahasa tamil
bagi memberikan penjelasan yang lebih mudah difahami bagi ibubapa dan murid sekolah kami,
Kehadiran dan penglibatan daripada pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

4.Kerjasama dan komitmen pihak tuan amat kami hargai.


Sekian Terima Kasih.

‘MALAYSIA MADANI’
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

………………………
En.K.Thanakodi A/L Katteri
Guru Besar
SJK(T) Jalan Sialang

You might also like