You are on page 1of 1

SJK (TAMIL) LADANG SUNGAI KRUIT, 35600 SUNGKAI, PERAK.

தேசிய வகை சுங்கை குருயீட் தோட்டத் தமிழ்ப்பள்ளி, 35600 சுங்கை, பேராக்

KOD SEKOLAH : ABD 0084 EMAIL: ABD0084@MOE.EDU.MY TEL: 0104606471

Tarikh : 07.07.2023
Ketua Polis Daerah,
Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah
Polis Diraja Malaysia
35000, Tapah,
Perak.

Tuan,

Jemputan Untuk Mengadakan Ceramah Kesan Penyalahgunaan Dadah Dan Mengadakan


Pameran Jenayah Narkotik 2023.

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, sebagai satu usaha unit PPDa sekolah akan
menganjurkan satu program ceramah dan pameran dadah. Butirannya adalah seperti berikut:-

Tarikh : 20.7.2023 (Khamis)

Masa : 10.30 am- 12.30pm

Tempat : Dewan Sekolah SJKT Ladang Sungai Kruit

3. Objetif program ini, adalah untuk mendedahkan kepada murid tentang penyalahgunaan
dadah di samping menambah pengetahuan murid tentang pencegahan daripada bahaya
tersebut.

4. Pohon jasa baik daripada pihak tuan agar dapat memenuhi jemputan ini dan saya
dahului dengan jutaan terima kasih. Untuk sebarang pertanyaan, pihak tuan boleh
menghubungi Pn.Tharshinipriya Mohan (Penyelaras PPDa) 0104626950.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………………….
EN. PRAGAAS A/L PERUMALOO
Guru Besar
SJKT LADANG SUNGAI KRUIT

You might also like