You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sek. Men. Agama Tan Sri Ghazali Jawi (SABK)


Jalan Air Suda, : 05 - 7921953
33300 Gerik, : 05 - 7921953
Perak Darul Rizduan  : AFT7001@moe.edu.my

“PENDIDIKAN BERKUALITI, SEKOLAH UNGGUL, MURID HOLISTIK”

Ruj.Kami : SMATSGJ.600-3/5/28 ( )
Tarikh : 8 JUN 2023
Kepada :
Ketua Polis Daerah,
Polis Diraja Malaysia,
Jalan Sultan Yusof,
33300 Gerik, Perak
U/P : Unit Trafik

Tuan,
MEMOHON BANTUAN KAWALAN LALU LINTAS KEJOHANAN MERENTAS DESA SMATSGJ
KALI KE-15 BAGI TAHUN 2023

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan kejohanan tersebut


mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 12 JUN 2023 (Isnin)

Masa : 8.00 Pagi

Tempat : Sekitar Kg. Gerik

3. Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk membantu
kami mengawal lalu lintas semasa kejohanan ini berlangsung.

4. Bersama-sama ini dilampirkan Pelan Laluan merentas desa untuk perhatian pihak
tuan. Pihak sekolah amat mengharapkan agar permohonan ini diluluskan bertujuan demi
keselamatan murid-murid di sekolah ini .

Sekian untuk tindakan dan makluman tuan. Terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………………………...
(NOR HASIMAH BINTI ISMAIL)
Pengetua

“PERAK SEJAHTERA 2030”

You might also like