You are on page 1of 1

PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH ALOR GAJAH

d/a Kompleks Sukan Masjid Tanah


(Kementerian Belia dan Sukan Malaysia)
Jalan Masjid Tanah – Alor Gajah,
Tel : 06-3853282/3800
78300 Masjid Tanah, Faks : 06-3853018
Melaka Laman web : www.jbsmelaka.gov.my

Ruj. Kami : PBSD/AG/001/172/45( )


Tarikh : 4 Oktober 2023

Pengarah,
Jabatan PendidIkan Melaka,
Jalan Istana, Bukit Beruang.
75450 Ayer Keroh,
Melaka.
( U/P – Unit Pembangunan Bakat Murid (UPBM), Sektor Pembangunan Murid. )

Tuan,

PERMOHONAN HEBAHAN PERTANDINGAN CATUR SAMBUTAN HARI SUKAN


NEGARA PERINGKAT DAERAH ALOR GAJAH BAGI TAHUN 2023

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara diatas.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat


Daerah Alor Gajah Bagi Tahun 2023 akan dilaksanakan pada 14 Oktober 2023
(Sabtu) di Kompleks Rakan Muda Alor Gajah. Perlaksanaan program ini akan
dijalankan serentak disetiap daerah dan negeri seluruh Malaysia dengan penglibatan
semua peringkat lapisan masyarakat.

3. Sehubungan itu, pihak pejabat ini mengalu-alukan penyertaan dikalangan


pelajar-pelajar sekolah dibawah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka dalam
Kejohanan Catur Hari Sukan Negara Alor Gajah 2023. Bersama-sama ini
dilampirkan maklumat kejohanan.

4. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Encik Mohd Rizal Bin
Ishak di talian 011-25766779. Kerjasama dan perhatian dari pihak Tuan dalam
perkara ini adalah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA”


“BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT”
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(SODIKIN BIN ALI)


Pegawai Belia dan Sukan Daerah
Alor Gajah

s.k : Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka


– untuk makluman pihak tuan

You might also like