You are on page 1of 2

Ruj.

Tuan :
Ruj Kami : SJKTE.600-5/1/7(3)
Tarikh : 4 DISEMBER 2023
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya
Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya,
Polis Diraja Malaysia,Jalan Penchala,
46050 Petaling Jaya, Selangor.
U.P: KBSPT

Tuan,

MEMOHON KAWALAN KESELAMATAN UNTUK KESURES FUN RUN 2023

Dengan segala hormatnya perkara tersebut di atas dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Kelab Sukan Kebajikan dan Rekreasi Negeri Selangor
dengan kerjasama SJK(T) LDG Effingham dan Kementerian Belia Dan Sukan akan mengadakan
Kesures Fun Run 2023 seperti ketetapan berikut :

Tarikh :09.12.2023 (Sabtu )


Masa :8.00 pagi – 10.00 pagi
Tempat :Kawasan Perumahan BU 11 Bandar Utama.

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon pihak tuan mengadakan rondaan
kawalan keselamatan bagi melancarkan perjalanan program dan mengelakkan sebarang perkara
yang tidak diingini daripada berlaku.Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi Guru Penolong
Kanan Kokurikulum, Encik M.Yogeswaran di talian 013-4822060.

4. Kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah ,

_________________________
Ruj.Tuan :
Ruj Kami : SJKTE.600-5/1/7(4)
Tarikh : 4 DISEMBER 2023
Pengurusan
Taman Suburia
Jalan BU 11/1, Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya,Selangor.
U.P: Kawalan Keselamatan.

Tuan,
MEMOHON KEBENARAN MENGGUNAKAN JALAN UNTUK KESURES FUN RUN
Dengan segala hormatnya perkara tersebut di atas, dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Kelab Sukan Kebajikan dan Rekreasi Negeri Selangor dengan
kerjasama SJK(T) LDG Effingham dan Kementerian Belia Dan Sukan bercadang untuk
menganjurkan “KESURES FUN RUN 2023”. Sehubungan itu, kami memohon kebenaran pihak
tuan untuk menggunakan jalan raya sepanjang kawasan perumahan.

3. Butiran adalah seperti berikut:


i. Tarikh : 09.12.2023 (Sabtu)
ii. Masa : 8.00 pagi -10.00 pagi
iii. Peserta : 169 orang murid dan guru – guru SJKT Effingham

3. Besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat memberi kerjasama agar program ini berjalan
lancar. Kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih

Sekian Terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

__________________________

You might also like