You are on page 1of 2

Ruj.

Kami : ADK/NN/SBN/600-4/1/1JLD 3
Tarikh : 3hb April 2023

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Seremban


Kompleks Pentadbiran Daerah Seremban
Persiaran S2A2, Seremban 2, 70300
Seremban, Negeri Sembilan

Tuan,

JEMPUTAN SEMPENA PROGRAM SKUAD PRIHATIN ANJURAN AADK DAERAH


SEREMBAN DENGAN KERJASAMA MPKK KAMPUNG BUKIT TEMIANG

Adalah dengan segala hormat dan takzimnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Program Skuad Prihatin anjuran bersama MPKK


Kampung Bukit Temiang akan diadakan seperti ketetapan berikut :-

Tarikh : 15hb April 2023 (Sabtu)


Masa : 9:00 pagi hingga selesai
Tempat : Dewan Serbaguna, Kg Bukit Temiang

3. Objektif program ini adalah untuk menjalin hubungan silaturahim di antara SKUAD
Antidadah bersama agensi dan pemimpin masyarakat disamping menjadi agen untuk
menyalurkan maklumat tentang peranan dan perkhidmatan yang disediakan untuk
masyarakat.

4. Program akan dilaksanakan dengan aktiviti memasak dan mengagihkan bubur


lambuk kepada penduduk setempat seiring dengan penyaluran maklumat dari rumah ke
rumah berkaitan perkhidmatan AADK dan rakan strategik iaitu Pemadam dan Skuad.
Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin menjemput 10 orang Pelatih Perintah Khidmat
Masyarakat JKM bersama 2 orang pengiring di jemput untuk hadir bagi bersama-sama
sempena program di atas

5. Kerjasama daripada tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan


terima kasih. kiranya terdapat sebarang pertanyaan pihak Tuan/Puan boleh hubungi Pn
Noor Shamshila Binti Zainol di talian 019 6516011.

Sekian.

“DADAH TERKAWAL 2025”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(SARIMAH @ SARIZAH BIN SIS)


Ketua Daerah
AADK Daerah Seremban

1. fail

You might also like