You are on page 1of 1

KRT PERUMAHAN KLUSTER TENGGIRI,

SEBERANG JAYA.

YB DATUK MOHD. ZAIDI BIN MOHD. SAID,


PARLIMEN PERMATANG PAUH. Tarikh:

PERMOHONAN KERJASAMA DAN PERUNTUKAN UNTUK PROGRAM PERARAKAN MENGIBARKAN


JALUR GEMILANG ANJURAN KRT KLUSTER TENGGIRI BERSAMA DENGAN SEKOLAH KEBANGSAAN
SEBERANG JAYA II

Adalah dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sempena bulan kebangsaan tahun 2023 ini, KRT Kluster Tenggiri bersama-sama Sekolah
Kebangsaan Seberang Jaya II akan menganjurkan Program Perarakan mengibarkan Jalur Gemilang di
sekitar kawasan sekolah dan Kluster Tenggiri. Oleh itu, kami memohon kerjasama Yang Berhormat Datuk
untuk bersama-sama menjayakan program ini.

2. Sehubungan dengan itu juga, kami KRT Perumahan Kluster Tenggiri, Seberang Jaya ingin memohon
jasa baik Yang Berhormat Datuk agar dapat memberikan sedikit peruntukan bagi membiayai program ini
sebanyak RM1000.00 untuk menambahkan keperluan sepanjang program ini berlangsung. Kami KRT
Kluster Tenggiri juga berbesar hati menjemput Yang Berhormat Datuk untuk merasmikan program ini.

4. Butir-butir program adalah seperti berikut:

Tarikh : 12 September 2023 (Selasa)


Masa : 8.00 pagi
Tempat : Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya II dan Kawasan Sekitar Kluster Tenggiri
Penglibatan: Pihak KRT Perumahan Kluster Tenggiri, Seberang Jaya, Guru-guru dan 450
orang murid Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya II

5. Diharap Yang Berhormat Datuk dapat meluluskan peruntukan tersebut demi menjayakan program
perarakan mengibarkan Jalur Gemilang ini serta dapat meluangkan masa untuk merasmikan program.
Keprihatinan dan jasa baik pihak Yang Berhormat Datuk amat-amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menjalankan Amanah,

……………………………………………………….
(MOHD RAZIS BIN OTHMAN)
Pengerusi KRT Kluster Tenggiri

You might also like