You are on page 1of 3

Rujukan Kami : MESTIKA/20042018/2023(024)

Tarikh : 11 April 2023

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM


Perdana Menteri Dan Menteri Kewangan
Pejabat Perdana Menteri
Blok Utama, Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya Malaysia.

‫علَ ْيكُ ْم َو َرحْ َمةُ ه‬


ُ‫للا َوب ََركَاتُه‬ َ ‫سالَ ُم‬
َّ ‫ال‬

YAB. Dato' Seri,

Per: MEMOHON SOKONGAN DAN SURAT SOKONGAN BAGI


PELAKSANAAN PENGANJURAN UNTUK PROGRAM FESTIVAL
MESTIKA MALAYSIA 2023.

Semoga YAB. Dato' Seri menerima warkah ini dalam kesejahteraan dan
pemeliharaannya. Dengan segala hormatnya, saya ingin menarik perhatian YAB. Dato’
Seri berkaitan perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa kami pihak Badan Kebajikan Pertubuhan ini


dengan kerjasama PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM) DAN KELAB
SILAT OLAHRAGA PUNCAK AN-NUR SABAH akan mengadakan program
"FESTIVAL MESTIKA MALAYSIA” sepanjang tahun 2023 adalah seperti berikut:

Pindaan Tarikh : 7 - 10hb Ogos 2023 (Hari Isnin hingga Khamis 4 hari)
Masa : 9.00 pagi - 6.00 petang
Kehadiran : 500 - 5000 orang
Pindaan Tempat Acara : STADIUM TITIWANGSA KUALA LUMPUR
(untuk persiapan pameran dan persediaan para peserta kontinjen sehari sebelum).
I. Surat sokongan bagi permohonan untuk memohon geran berkelompok atau
intensif seni dan sebagainya yang dikeluarkan oleh pihak kementerian atau
jabatan-jabatan atau agensi-agensi kerajaan kepada badan bukan kerajaan NGO.
II. Surat sokongan bagi permohonan untuk memohon sumbangan dana daripada
pihak-pihak yang berkenaan atau swasta atau badan-badan korporat dan
sebagainya.
III. Surat sokongan bagi permohonan untuk memohon surat pelepasan ataupun
permit kepada ahli-ahli yang akan datang daripada seluruh malaysia untuk
membawa barangan artifak dan senjata berjadual ke program tersebut yang akan
dikeluarkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

3. Untuk makluman YAB. Dato' Seri bahawa objektif program ini akan
menengenahkan acara seni bela diri di negeri kawasan segitiga emas Kuala Lumpur dan
Selangor yang akan dilaksanakan bertujuan untuk mempamerkan corak kesenian dan
kebudayaan yang penuh dengan santun dan metafora yang juga ada melibatkan
pameran-pameran iaitu lebih 3 ribu bilah keris pusaka akan di pamerkan berserta
barangan artifak seni warisan budaya ketamadunan sejarah bangsa melayu
nusantara serta susur galur kebangsaan. Mengangkat seni budaya tradisional bernilai
tinggi di Malaysia dan pemuliharaan kelangsungan Seni Bela Diri Tradisi Melayu Lelulur
serta penjanaan ekonomi dalam sektor kebudayaan dan kesenian.

4. Sektor pelancongan dan industri sukan negara merupakan sektor yang mengalami
cabaran yang paling sengit semasa pandemik Covid 19 pada 2 tahun yang lepas. Kini
merupakan waktu pemulihan perniagaan yang penting bagi semua jenis perniagaan yang
berkaitan dengan sektor pelancongan dan industri sukan negara.

5. Sehubungan dengan itu bagi menjayakan program ini kami amat berbesar hati
ingin menjemput YAB. Dato' Seri untuk merasmikan program ini bersama-sama dengan
seluruh WARGA JABATAN PERDANA MENTERI di jemput hadir bagi memeriahkan dan
menjayakan program yang istimewa ini semoga berjaya mendapat sambutan yang
hangat insyaallah. Bersama-sama dengan ini disertakan sekali kertas kerja program
FESTIVAL MESTIKA MALAYSIA 2023 untuk rujukan pihak YAB. Dato' Seri dan untuk
maklumat lebih lanjut sekiranya ada sebarang pertanyaan, sila hubungi saya talian no:
016266176 atau setiausaha kehormat Ustaz Mohd Fardaus talian 01131454859. Kami
amat berharap pihak YAB Dato’ Seri dapat memberikan surat sokongan kepada pihak
kami yang akan berurusan dengan mana-mana pihak kementerian atau jabatan-jabatan
kerajaan atau pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) seperti dalam garis panduan
pengurusan pemberian bantuan kepada pertubuhan bukan kerajaan NGO sebagai
contoh jikalau ingin memohon bantuan geran intensif seni daripada Kementerian
Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) ataupun pelbagai jenis bantuan
geran-geran berkelompok yang akan dikeluarkan oleh mana-mana pihak kementerian
atau jabatan-jabatan kerajaan khususnya kepada badan bukan kerajaan NGO yang
berdaftar bertujuan untuk membantu pelaksanaan aktiviti atau program yang berteraskan
matlamat dasar Belia Malaysia (DBM) atau Dasar Sukan Negara (DSN) bagi melayakkan
mendapatkan geran berkelompok serta surat sokongan pelepasan membawa barangan
artifak dan senjata berjadual ke program tersebut agar memudahkan segala urusan dan
dapat meluluskan permohonan daripada pihak kami.
6. Kami juga amat berharap program tersebut akan membantu dalam usaha memulih
dan membangunkan semula sektor pelancongan dan industri sukan negara di Malaysia.
Kami amat berharap menerima jawapan positif dari pihak YAB. Dato' Seri sebelum
program berlangsung pada 7 Ogos 2023 untuk kerja-kerja persiapan dan persediaan.

Sekian, terima kasih.

"UNIK, ANTIK DAN LUAR BIASA"


"SEMOGA MESTIKA MAJU JAYA"
"MALAYSIA MADANI"

Yang benar,

........................................
(SUHAIMI BIN ARIFFIN)
Yang di-Pertua Pengasas
Badan Kebajikan Pertubuhan Artifak Seni Warisan Budaya
dan Khazanah Alam Mestika Malaysia [MESTIKA].

You might also like