You are on page 1of 1

Tarikh: 21 Ogos 2023

Kepada

Pusat Perumahan dan Penginapan Universiti (P3U),


Aras 1, Bangunan H23,
Universiti Sains Malaysia,
11800 Gelugor, Pulau Pinang.

Tuan/Puan

SOKONGAN PERMOHONAN DESA SIDANG 2023/2024

Saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas,

1. Pelajar yang bernama Muhammad Amirul Afiq Bin Basri (161215) adalah pelajar
tahun SATU (sidang 2022/2023) dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti
Sains Malaysia. Beliau bakal memegang jawatan sebagai EXCO SUKAN DAN
KEBUDAYAAN dalam Persatuan Gabungan Anak Pulau Pinang (GAPP) bagi sidang
2023/2024.

2. Sebagai seorang pelajar di bawah pantauan saya, saya yakin beliau mampu memberi
kerjasama dengan pihak persatuan dan akan patuh dengan segala peraturan yang bakal
dikeluarkan oleh pihak kami. Selain itu, beliau juga perlu menghadirkan diri dalam program
persatuan GAPP walaupun sibuk dengan pembelajarannya.

3. Oleh yang demikian, saya menyokong dengan permohonan beliau, ini kerana beliau
merupakan barisan exco yang baru pada sidang yang akan datang. Pelbagai program bakal
dilaksanakan oleh pihak persatuan, maka dengan ini beliau sangat memerlukan desasiswa
bagi memudahkan pergerakan beliau untuk menghadiri perjumpaan persatuan, perbincangan
bersama ahli, serta menghadiri program-program yang bakal beliau terlibat. Saya berharap
pihak P3U dapat meluluskan permohonan beliau agar dapat meringankan masalah yang
dihadapi ini.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

….…………………………

Profesor Madya Dr, Mohd Sayuti Bin Hassan


Penasihat,
Gabungan Anak Pulau Pinang,
Universiti Sains Malaysia.

You might also like