You are on page 1of 2

25 Jalan PJS 2C/7A

Taman Medan
46000 Petaling Jaya

Kepada:
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Cheras Indah
Jalan Melati 4
Taman Maju Jaya
56100 Kuala Lumpur 13 Oktober 2019
(U/P : En Bukhari bin Azali, Penolong Kanan PPKI)

PERMOHONAN MENJALANKAN KAJIAN DAN SESI TEMUBUAL KERJA KURSUS

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk

2. Saya Norjasmin binti Suhaimi bersama seorang rakan sekumpulan, Azean binti
Abdullah merupakan pelajar UiTM Puncak Alam dalam program Sarjana Muda Pendidikan
Seni dan Reka Bentuk (EDU550 Psikologi Pendidikan) berhasrat menjalankan kajian kaedah
pembelajaran pelajar istimewa serta berbakat.

3. Skop kajian kami merangkumi cara/kaedah pembelajaran Pembangunan Kognitif dan


Bahasa di kalangan murid Istimewa.

4. Untuk makluman pihak tuan, di dalam kajian itu nanti kami telah diminta untuk
membuat;
1. Interaksi secara bersemuka bersama murid
2. Interaksi/ bual bicara bersama guru-guru/ Penolong Kanan (Pendidikan Khas)
3. Melakukan pemerhatian termasuk rakaman audio visual, video dan fotografi

5. Justeru, besarlah harapan saya agar pihak tuan dapat memberi kebenaran kepada kami
untuk mengadakan kajian dan tinjauan sehari di sekolah tuan bagi menyempurnakan tugasan
kami ini. Pilihan tarikh dan masa yang dicadangkan untuk membuat kajian adalah di antara
pada hari Isnin, 21 Oktober 2019 -Rabu, 30 Oktober 2019 (Mohon pihak sekolah tentukan
tarikh dan waktu)
6. Kami juga berjanji akan akur pada sebarang terma dan syarat yang ditetapkan oleh
pihak sekolah dan memastikan maklumat dan privasi semua individu dan pihak yang terlibat
dalam kajian ini terjamin. Segala data yang diperolehi akan digunakan untuk tujuan ilmiah kami
sahaja dan tidak akan menyalahgunakan

7. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Pengesahan Pelajar daripada pihak UiTM dan
Surat Permohonan Mendapatkan Maklumat bagi projek penyelidikan pelajar untuk rujukan
pihak tuan.

Sekian,terima Kasih.

Yang benar,

Norjasmin Bt. Suhaimi


(K/P: 960922-07-5470)
No Tel: 012-3464 877

You might also like