You are on page 1of 5

SHAHRUL AZUAN B MOHAMED No 3, Jalan Puncak 2, Puncak Bukit Utama, Bukit Antarabangsa, 68000 Ampang, Selangor

6 JANUARI 2012

Kepada, Yang Berbahagia Dato Haji Khairil b Awang Pengarah, Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan, Pesiaran Duta, Off Jalan Duta, 50604 Kuala Lumpur. Yang Berbahagia Dato , PERMOHONAN KEMASUKAN 2012 MURID TINGKATAN 4 (ANNA ARYSHA BT SHAHRUL AZUAN) KE SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AMINUDDIN BAKI, KUALA LUMPUR ALIRAN SAINS AKAUN. Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas. 2. Saya dengan rendah diri memohon sokongan dan kelulusan Yang Berbahagia Dato , untuk membenarkan anak saya ANNA ARYSHA menyambung sesi persekolahan di peringkat menengah atasan iaitu tingkatan empat DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AMINUDDIN BAKI, KUALA LUMPUR mulai sesi 2012 ini. Sebagai makluman Dato, anak saya sedang bersekolah di Sekolah Menengah Sri Bintang Utara, Shamelin Perkasa, Cheras, Kuala Lumpur semenjak ditingkatan satu setelah mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR 2008 ( 5A ). Beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Sri Bintang Utara, Shamelin Perkasa, Cheras, Kuala Lumpur. Pada tahun 2011, Anna Arysha telah memperolehi keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan PMR ( 8A). Sebagai pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang, beliau layak untuk berada di Aliran Sains maupun Sastera. Walau bagaimanapun beliau ingin mengambil matapelajaran AKAUN didalam aliran SAINS seperti yang ditawarkan oleh SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur dan tidak ditawarkan di SMK Sri Bintang Utara pada tahun ini.

Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur telah sedia maklum merupakan sekolah kawalan dan berprestasi tinggi di Wilayah Persekutuan, maka saya amat berbesar hati jika anak saya diberi peluang untuk meneruskan persekolahannya di sekolah tersebut. Selain itu, anak saya mempunyai dayasaing yang tinggi . Ini akan menambah peluang beliau untuk belajar dalam suasana yang kondusif dan mencabar dikalangan anak-anak yang cemerlang. Anna Arysha juga mempunyai rekod penglibatan yang aktif dalam ko-kurikulum. Berikut merupakan senarai aktiviti-aktiviti penglibatan beliau semasa mendapat didikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Bintang Utara :1. 2. 3. 4. 5. 6. Penolong Ketua Tingkatan 3 Penolong Ketua Rumah Sukan sekolah Ahli Jawatankuasa Interact Club Ahli Jawatankuasa Persatuan Bulan Sabit Merah Terpilih dalam pembentangan kertaskerja Lawatan Pelajar Luarnegara Mewakili sukan olahraga peringkat sekolah

3. Bersama-sama ini dilampirkan salinan keputusan-keputusan peperiksaan yang diperolehi. 4. Saya sekali lagi dengan rendah diri memohon pertimbangan, sokongan dan kelulusan Yang Berbahagia Dato untuk merealisasi hasrat anak saya untuk menyambung pendidikan beliau ke Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur bagi kemasukan Tingkatan 4 tahun 2012. Segala sokongan dan kelulusan dari pihak Yang Berbahagia Dato , saya dahului dengan jutaan terima kasih. Sekian, terima Kasih.

Yang benar,

.. SHAHRUL AZUAN B MOHAMED

SARIZANA BT SABARUDIN 3, Jalan Puncak2 Puncak Bukit Utama, Bukit Antarabangsa 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan. 5 Januari 2012

Pengerusi Kesatuan Selangor Tuan, MEMOHON DERMA SISWA ANAK MENDAPAT 8A DALAM PMR 2011 Adalah dimaklumkan diatas perkara yang disebutkan, saya Sarizana Sabarudin (ID :661001106682) ingin memohon dermasiswa yang telah ditawarkan oleh pihak Kesatuan. Anak saya , Anna Arysha Shahrul Azuan yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara telah mendapat keputusan cemerlang (8A) dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011. Bersama-sama ini saya sertakan salinan keputusan peperiksaan dan kad pengenalan diri anak saya. Diharap mendapat kerjasama dari pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar, SARIZANA BT SABARUDIN

SARIZANA BT SABARUDIN 3, Jalan Puncak2, Puncak Bukit Utama, Bukit Antarabangsa 68000 Ampang , Selangor Darul Ehsan 5 Januari 2012

Pengerusi Kesatuan Kuala Lumpur Tuan, MEMOHON DERMASISWA TAMAT PENGAJIAN PERINGKAT SARJANA 2011 Adalah dimaklumkan saya, Sarizana binti Sabarudin (ID ; 661001106682) telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat Sarjana (Psikologi Pendidikan) pada Oktober 2011. Dengan ini, saya juga ingin memohon dermasiswa yang telah diperuntukkan oleh pihak Kesatuan. Bersama-sama ini, saya lampirkan salinan Sijil Pengajian dan Kad Pengenalan Diri (IC) Diharap mendapat kerjasama dari pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

SARIZANA BT SABARUDIN

SARIZANA BT SABARUDIN 3, Jalan Puncak2, Puncak Bukit Utama, Bukit Antarabangsa 68000 Ampang , Selangor Darul Ehsan 5 Januari 2012

Pengerusi Kesatuan Kuala Lumpur Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN AHLI KELUARGA (BAPA) Adalah dimaklumkan diatas perkara yang tertera, saya Sarizana Sabarudin (661001106682) ingin memaklumkan kematian ayah saya pada 16 Januari 2011. Saya difahamkan Kesatuan ada peruntukkan khairat kematian kepada ahli keluarga ahli yang telah meninggal dunia. Dengan ini, saya ingin memohon sumbangan tersebut .

Sekian, terima kasih. Yang benar,

SARIZANA BT SABARUDIN

You might also like