You are on page 1of 2

Muhammad Nazrol bin Hassan

A-05-3A,
Kinrara Mas Apartment,
Jalan Mas 1,
58200, Bukit Jalil,
Kuala Lumpur

Pengarah
Bahagian Pendidikan & Latihan (Pendidikan Menengah)
Ibu Pejabat MARA
Jalan Raja Laut
50609 Kuala
Lumpur
1 Feb 2017

Tuan/Puan,

PERKARA : RAYUAN KEMASUKAN KE MRSM TINGKATAN 4 2017

Merujuk kepada perkara diatas, saya ingin merayu kepada pihak Tuan/Puan untuk
mempertimbangkan semula pemohonan kemasukan anak saya ke Maktab Rendah Sains MARA
(MRSM) tingkatan 4 sesi persekolahan 2017.

2. Dalam peperiksaan Ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun 2016 lepas, anak saya
telah memperoleh keputusan yang baik dengan keputusan 6A 2B 2C dalam mata pelajaran yang
di tawarkan di sekolahnya. Selain memperoleh keputusan tersebut, anak saya juga bergiat aktif
dalam aktiviti kokurikulum dengan menyertai badan beruniform Persatuan Pengakap peringkat
sekolah, sukan bola baling dan badminton peringkat sekolah, Saintis Muda peringkat daerah,
dan juga seorang pengawas sekolah yang berkaliber. Anak saya juga sering aktif dalam
membantu pihak sekolah menjalankan program-program peringkat sekolah.

3. Untuk pengetahuan pihak Tuan/Puan, anak saya ini merupakan anak sulung daripada
tiga orang adik-beradik yang semuanya terdiri daripada perempuan. Jadi, besarlah harapan saya
sebagai seorang ayah untuk melihat anak saya yang pertama mencapai kejayaan yang lebih
cemerlang dalam semua bidang terutama dalam aspek pendidikan.Kebanyakan adik beradik saya
bersekolah di MRSM dan saya sudah tahu selok-belok dan jejak langkah apabila anak saya sudah
habis belajar di MRSM.
4. Dengan kemudahan infrastruktur, suasana pembelajaran yang kondusif dan tenaga
pengajar yang professional yang disediakan oleh pihak MARA di MRSM, saya percaya
kemudahan yang disediakan adalah jauh lebih baik untuk dibandingkan dengan apa yang anak
saya sedang jalani sekarang. Saya berharap anak saya yang sulung ini dapat masuk ke mana-
mana MRSM di semenanjung.

5. Butir-butir rayuan adalah seperti berikut :

Nama Pemohon : Aisyatul Najwa binti Muhammad Nazrol

Sekolah : SMK Seksyen 1, Bandar Kinrara

No.Sijil Lahir : AU 84333

No. K/P : 010514-06-0318

Angka Giliran : BH105K003

MRSM dipilih : Mana-mana MRSM di semenanjung Malaysia

6. Diharapkan pihak Tuan/Puan dapat mempertimbangkan permohonan saya ini


seterusnya memberikan peluang kedua kepada anak saya bagi melanjutkan pelajarannya di
MRSM yang saya percaya merupakan sebuah institusi pendidikan yang terbaik di negara. Segala
pertimbangan daripada pihak Tuan/Puan saya dahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

………………………………………

( MUHAMMAD NAZROL BIN HASSAN)

You might also like