You are on page 1of 2

Rozlin Bin Mahat

C-2-7 Kondominium Sentul Utama,


Taman Dato Senu, Sentul,
51000 Kuala Lumpur

Ketua Penolong Pengarah Kanan


Bahagian Pelajaran
Jabatan Agama Wilayah Persekutuan
Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana
50676 Kuala Lumpur 16 Mei 2023

Tuan/Puan,

Rayuan Permohonan Kemasukan ke Sekolah Rendah Agama Ibnu Hajar Al-‘Asqalani

Merujuk perkara di atas, saya bapa kepada Nur Aaira binti Rozlin ingin merayu kepada pihak
Tuan/Puan untuk mempertimbangkan permohonan kemasukan anak saya ke sekolah SRA Ibnu
Hajar Al-‘Asqalani, Taman Dato Senu bagi Tahun Satu Sesi 2024.

2 Butir-butir rayuan adalah seperti berikut:

Nama pelajar : Nur Aaira binti Rozlin


Sekolah : PASTI Ibnu Sina Taman Dato Senu
No Kad Pengenalan : 170315-14-0940

3 Untuk makluman pihak Tuan/Puan Nur Aaira mempunyai abang yang bersekolah di
sekolah ini iaitu Muhammad Raif (1 As-Siddiq). Sekolah ini juga sangat berhampiran dengan
rumah kami iaitu lebih kurang satu kilometer.

4 Faktor kewangan, masalah pengangkutan dan transit menyebabkan saya tidak dapat
menghantar Nur Aaira ke sekolah rendah agama lain yang terletak jauh dari rumah kami.

5 Besarlah harapan saya jika Tuan/Puan dapat mempertimbangkan permohonan saya ini
dan seterusnya memberi peluang kepada anak saya untuk menempatkan diri di SRA Ibnu Hajar
Al-‘Asqalani. Segala pertimbangan daripada pihak Tuan/Puan saya dahului dengan ucapan
terima kasih.

Sekian terima kasih.

Yang Benar,

--------------------------
(Rozlin bin Mahat)
0137797725

You might also like