You are on page 1of 1

Raja Norhamizah binti Raja Norman

Sekolah Kebangsaan Tun Hussein Onn,


Jalan Dua, Kg Pandan,
55100 Kuala Lumpur,
WP Kuala Lumpur.

Unit Pentadbiran
(Bahagian Permohonan Kuarters)
Jabatan Pendidikan WP Kuala Lumpur
Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin
50654 WP KUALA LUMPUR. 27 OKTOBER 2023

Tuan,

RAYUAN PERMOHONAN PENEMPATAN KUARTERS YANG LEBIH BERHAMPIRAN DENGAN


TEMPAT BERTUGAS

Merujuk kepada perkara di atas, saya Raja Norhamizah binti Raja Norman
berjawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ingin membuat rayuan permohonan
penempatan kuarters yang lebih berhampiran dengan tempat bertugas.

2. Rayuan yang saya kemukakan ini adalah atas sebab-sebab yang relevan
kerana:-

2.1 Menjaga ibu mertua yang sudah uzur disebabkan faktor usianya.

2.2 Suami sentiasa bertugas di luar stesen.

3. Untuk makluman pihak tuan, antara kuarters yang berdekatan dengan


tempat bertugas saya adalah:-

3.1 Kuarters Institusi Pendidikan Maluri

3.2 Kuarters Institusi Pendidikan Cheras Indah

4. Sehubungan dengan itu, besarlah harapan saya agar pihak tuan dapat
memberi perhatian dan pertimbangan terhadap permohonan saya ini. Segala
perhatian dan pertimbangan daripada pihak tuan didahului dengan ucapan jutaan
terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

……………………………………………………
(RAJA NORHAMIZAH BINTI RAJA NORMAN)

You might also like