You are on page 1of 1

TEL : 09 - 6221114

FAX : 09 – 6230800
Email : tba3001trg@gmail.com
___________________________________________________________________________

Ruj. Kami : SKTAM.100-13/1/6(11)


Tarikh : 10 Mei 2022

Semua Ibubapa/Penjaga
Murid Tahun 1 – 5,
SK. Tengku Ampuan Mariam,
Kuala Terengganu.

Tuan,

MAKLUMAN PENANGGUHAN KELAS KAFA

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan majlis Sambutan Hari Guru dan
Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah yang akan melibatkan semua pelajar tahun 1 hingga 6
pada ketetapan yang berikut :

Tarikh : 16 Mei 2022


Hari : Isnin
Masa : 7.45 pagi – 12.45 tgh
Tempat : Dataran Ibnu Khaldun dan Laluan Ilmu

3. Sehubungan dengan itu, dimaklumkan bahawa sesi pembelajaran Kelas KAFA pada hari
tersebut akan DITANGGUHKAN kerana semua guru KAFA terlibat dalam majlis tersebut.

Sekian, terima kasih.

“Mendepani Pendidikan Global”

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’’

Saya yang menjalankan amanah,

MOHD JALANI BIN MAT DESA


Guru Besar,
SK. Tengku Ampuan Mariam,
Kuala Terengganu.

You might also like