You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BINJAI

MERU, 41050 KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN


Tel: 03-33921048 Faks: 03-33921048 emel: sksbmeru@yahoo.com

___
Ruj. Kami : SKSB 07/02/001 ( )
Tarikh : 11 Mac 2019

Kepada,

Puan Norasbera Binti Arshad


Pengurus Besar Bank Rakyat,
No. 28 & 30, Jalan Tiara 2C
Bandar Baru Klang 41150 Klang, Selangor

Melalui

Encik Roslan Bin Zakaria


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai, Meru. Klang Selangor

Tuan,

MEMOHON TAJAAN UNTUK PASUKAN BOLA SEPAK SEKOLAH

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pasukan bola sepak SK Sungai Binjai ingin memohon tajaan daripada pihak tuan untuk
penyertaan dalam Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun peringkat MSSD Klang bagi tahun 2019.

3. Untuk pengetahuan pihak tuan, pasukan bola sepak SK Sungai Binjai telah menjadi Johan
MSSD Klang selama 3 tahun berturut- turut iaitu pada 2015, 2016 dan 2017 menjadi Johan Piala MK
LAND pada tahun 2017. Pasukan bola sepak SK Sungai Binjai juga pernah bermain dalam Divisyen 1
Liga Bola Sepak 1MCC Cardiff City bagi tahun 2014, 2015, 2016 dan 2017. Sumbangan ini sedikit
sebanyak dapat memberi suntikan moral kepada kami bagi meneruskan kesinambungan
kecemerlangan pasukan bola sepak SK Sungai Binjai supaya lebih cemerlang pada peringkat yang
lebih tinggi.

4. Keprihatinan pihak tuan, kami dahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“SKSB CEMERLANG”

Yang menjalankan tugas,

.............................................
(MUHAMMAD HAIRUL IZAD BIN ADNAN)
Ketua Jurulatih Bola Sepak SK Sungai Binjai

Pantas dan Prihatin

You might also like