You are on page 1of 11

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru


Telefon : 07-220 0691
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak
Faks : 07-220 0875
80100 Johor Bahru
Portal : https://ppdjb.edu.my/v3/index.php
Johor Darul Ta’zim Email : admin@ppdjb.edu.my

Ruj Tuan : JBA1115/600 – 3/5/1


Ruj.Kami : PPD.HEM.700-5/6/1
Tarikh : Ogos 2021

Guru Besar
SK Taman Bukit Indah

Tuan,

KEBENARAN MENJALANKAN PROGRAM LARIAN HARI MALAYSIA 3.0 (VIRTUAL RUN)


SEKOLAH RENDAH DAERAH JOHOR BAHRU

Dengan segala hormatnya, dimaklumkan bahawa surat tuan 600 – 3/5/1 bertarikh 23 Ogos 2021
adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, pihak. Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Johor Bahru tiada apa-
apa halangan untuk pihak. tuan mengadakan program tersebut. Bagi memastikan program ini
berjalan dengan lancar pihak tuan diminta memenuhi dan mematuhi prosedur berikut: :
2.1 Mendapat kebenaran Guru Besar/Pengetua sekolah yang terlibat.
2.2 Program ini tidak menganggu proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) guru
d a n p elajar yang terlibat.
:2 .. 3 Tiada unsur-unsur paksaan kepada guru dan murid yang menyertai program ini.
2.4 Penyertaan guru dan pelajar adalah mengikut kertas konsep yang dicadangkan serta tiada
implikasi kewangan dan perundang:an kepada pihak sekolah, PPD Johor Bahru serta Jabatan
Pendidikan Johor.
2.5 Pihak tuan diminta untuk menghantar satu salinan laporan bengkel ke Sektor Pembangunan
Murid, PPDJB selepas 2 minggu dilaksanakan.
2.6 Surat kebenaran ini hanya untuk SK Taman Bukit Indah, Johor Bahru yang akan menjalankan
program di atas. Sebarang kebenaran program baharu hendaklah dikemukan kepada Sektor
Pembangunan Murid PPD Johor Bahru.
3. Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan selanjutnya. Sebarang pertanyaan, sila
hubungi En. Ruslan bin Abdul Hamid, Penolong PPD Pembangunan Bakat Murid di talian 013-7207475.
Segala kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan adalah amat dihargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih.

Sekian.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

( MOHD ZAMRI BIN JAMALUDDIN )


Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Pembangunan Murid)
Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
b.p. Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru
KERTAS KERJA
PROGRAM LARIAN HARI MALAYSIA 3.0KM
(VIRTUAL RUN) SEKOLAH RENDAH
DAERAH JOHOR BAHRU

TARIKH:

16 – 18 SEPTEMBER 2021

ANJURAN:

UNIT SUKAN DAN KOKURIKULUM

SK TAMAN BUKIT INDAH, ISKANDAR PUTERI, JOHOR


KERTAS KERJA PROGRAM LARIAN HARI MALAYSIA 3.0KM
(VIRTUAL RUN) SEKOLAH RENDAH
DAERAH JOHOR BAHRU, TAHUN 2021

1.0 PENDAHULUAN

Program Larian Hari Malaysia 3.0KM (Virtual Run) Sekolah Rendah Daerah
Johor Bahru merupakan salah satu acara dijalankan bersempena Sambutan Hari
Malaysia. Program Larian Hari Malaysia 3.0KM (Virtual Run) ini bertujuan untuk
mencungkil bakat dan melibatkan murid secara aktif dalam bersukan. Program ini
juga selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan Dasar 1Murid 1Sukan
(1M1S) yang mahu menjadikan sukan sebagai satu teras bagi kecemerlangan
murid di semua peringkat umur.

2.0 OBJEKTIF PERTANDINGAN

Program Larian Hari Malaysia 3.0KM (Virtual Run) Sekolah Rendah Daerah Johor
Bahru ini diadakan berlandaskan beberapa objektif utama. Antaranya adalah
untuk:
i. Membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan bagi membentuk
individu yang cergas dan patriotik.
ii. Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan warga sekolah daerah Johor
Bahru dalam mengendalikan acara yang memerlukan kerjasama semua pihak
untuk menjayakannya.
iii. Menambahkan ilmu pengetahuan murid dan warga sekolah tentang
alam sekitar yang terdapat di negara kita.
iv. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan serta semangat berjuang
dalam kalangan murid-murid.
3.0 KUMPULAN SASARAN

i. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid di Sekolah Rendah Daerah Johor
Bahru.
ii. Semua peserta mestilah cukup sihat. Ibu bapa perlulah memastikan anak masing-
masing dalam keadaan yang sihat semasa pertandingan diadakan.

4.0 TARIKH/HARI/MASA/TEMPAT PERTANDINGAN

Tarikh : 16 – 18 September 2021 (Khamis - Sabtu)


Masa : *Ikut kesesuaian masing-masing
Tempat : *Ikut kesesuaian masing-masing

5.0 PESERTA

Terbuka kepada semua murid tahap satu dan tahap dua sekolah rendah di
Daerah Johor Bahru

6.0 CARA MENYERTAI PERTANDINGAN


i. Muat turun sebarang aplikasi untuk merekod Larian Merdeka 3.0KM (Virtual
Run) di Google Play Store atau App Store. Lari di mana-mana sahaja yang
anda suka! Pastikan anda merekod larian anda menggunakan aplikasi yang
ditetapkan. Untuk kategori murid, anda diwajibkan melakukan larian ini
bersama ibu bapa/penjaga atas faktor keselamatan.
ii. Pastikan anda mengikut arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan
Negara (MKN) berkaitan Pelan Pemulihan Negara - Fasa 1 SOP Am Sektor
Sukan Dan Rekreasi iaitu:
Aktiviti sukan dan rekreasi secara individu yang dilakukan di kawasan terbuka
tanpa bersentuhan fizikal TERHAD bagi joging, berbasikal, senaman dan
permainan individu tanpa melibatkan pengoperasian fasiliti sukan dan
rekreasi di mana boleh dimainkan secara santai berhampiran kediaman
sahaja dengan mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 2 hingga 3
meter dan dilakukan di kawasan kejiranan bermula 7.00 pagi hingga 8.00
malam.
iii. Ambil sekeping gambar anda sedang melakukan larian sambil memegang
bendera Malaysia.
iv. Setelah tamatkan larian (3KM), anda perlu segera menghantar bukti
penyertaan (submission). Screenshot maklumat larian dan gambar larian,
upload dan isi info yang diperlukan di dalam link yang disediakan.

7.0 APLIKASI ‘RUNNING APPS’

Pihak penganjur mencadangkan agar para peserta menggunakan salah satu


aplikasi yang berikut:

i. Running Walking Jogging Goals


ii. Strava: Run & Ride Training
iii. Nike Run Club
iv. Running Distance Tracker

8.0 PENGHANTARAN PENYERTAAN

Para peserta perlulah menghantar penyertaan di dalam link url yang disediakan
secepatnya dengan lengkap iaitu:

i. Menghantar bukti screenshot larian 3 KM dengan menggunakan sebarang


aplikasi ‘Running Apps’.
ii. Menghantar gambar larian sambil memegang bendera Malaysia.

9.0 PEMBATALAN PENYERTAAN PESERTA

i. Peserta tidak melengkapkan larian sejauh 3 km.


ii. Peserta tidak menghantar dengan lengkap bukti larian (Screenshot Running
Apps & Gambar Larian sambil memegang bendera).
10.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : En. Rasman Bin Abdul Karim


(Guru Besar SKTBI)
Pengerusi : En. Mazuan Bin Mujail
(GPK KOKO)
Naib pengerusi : En. Azrin Bin Zakaria
(GPK Pentadbiran)
Setiausaha : Cik Rosmiera Binti Mohd Basri
Naib Setiausaha : En. Muhammad Syakirin Bin Ariffin
Floor Manager : En Mohd Fahmi Haikal Bin Ashaari
Pengurus Peserta : En Mohd Zaky Bin Asari
Admin (Teknikal) : En Ashadi Bin Tazeli
Rekabentuk dan design : En Ismail Faizal Bin Ahmad
Medal dan Sijil : Wan Mohamad Nadzri Bin Wan Hassan
Seranta dan Publisiti : Shazwina Shamien Binti Abdul Basit
Pengurus Peserta SKTBI : Mohd Fahmi Bin Bahrin
11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
11.1 Medal Larian dan sijil bercetak
HargaSeunit Jumlah
Bil. Butiran Kuantiti
(RM) (RM)

Medal Larian Hari Malysia


1. 500 unit 7.00 x 500 unit 3500.00
3.0KM Virtual Run 2021

2. Sijil bercetak 500 unit 3.00 x 500 unit 1500.00

JUMLAH BESAR 5000.00

Implikasi kewangan: Sumbangan daripada peserta Program Larian ke tabung PIBG SK


Taman Bukit Indah

11.2 Trofi dan sijil pencapaian

HargaSeunit Jumlah
Bil. Butiran Kuantiti
(RM) (RM)

Trofi Larian Hari Malaysia


1. 15 unit - -
3.0KM Virtual Run 2021

2. Sijil pencapaian 15 unit - -

JUMLAH BESAR -

Penyertaan pelajar adalah mengikut kertas konsep yang dicadangkan serta tiada
implikasi kewangan dan perundangan kepada pihak sekolah, Pejabat Pendidikan
Daerah Johor Bahru (PPDJB) serta Jabatan Pendidikan Johor (JPNJ).
12.0 MEDAL DAN SIJIL PENYERTAAN

Semua peserta yang menyertai Program Larian Hari Malaysia 3.0KM (Virtual Run)
Sekolah-sekolah Rendah Daerah Johor Bahru akan mendapat sekeping medal
dan sehelai sijil penyertaan peringkat daerah yang dikeluarkan oleh pihak
penganjur. Sijil penyertaan larian ini boleh digunakan untuk tujuan penilaian
PAJSK tahun 2021. Medal dan sijil penyertaan akan diserahkan kepada
setiausaha sukan sekolah masing-masing pada satu tarikh yang akan ditetapkan.

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru (PPDJB) turut menyediakan trofi dan sijil
pencapaian untuk kategori larian dengan masa terpantas. Trofi dan sijil dan
pencapaian terbaik adalah seperti berikut:

• Tahun 4 – 5 orang
• Tahun 5 – 5 orang
• Tahun 6 – 5 orang

13.0 PAUTAN PENDAFTARAN DAN PENGHANTARAN

Setiap murid perlulah membuat pendaftaran terlebih dahulu pada 1-10 September
2021 di https://bit.ly/pendaftaranLHM3VR. Peserta perlulah membuat bayaran
RM10 ke akaun Bank Islam - 01153010002311 (Nama akaun – Persatuan Ibu
Bapa dan Guru SK Taman Bukit Indah) sebagai penyertaan.

14.0 PERMOHONAN PENGGUNAAN LOGO PPDJB

Pihak sekolah ingin memohon kebenaran penggunaan logo PPDJB untuk tujuan
cetakan sijil penyertaan dan promosi. Pihak sekolah juga ingin memohon jasa baik
Pegawai PPDJB untuk menurunkan tandatangan untuk tujuan cetakan sijil
penyertaan bagi tujuan pemarkahan PAJSK.
Disediakan oleh,

....................................................................
(EN MOHD FAHMI HAIKAL BIN ASHAARI)
Setiausaha Sukan,
Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Indah

Disemak oleh,

..............................................
(EN MAZUAN BIN MUJAIL)
GPK Kokurikulum
Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Indah

Disahkan oleh,

............................…….…...........
(RASMAN BIN ABDUL KARIM)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Indah

You might also like